• Laman Utama
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang
    • Minuman & Manisan
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Sayur-sayuran
    • Serat Diet
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Petua
    • Rawatan
  • Hubungi Kami
Twitter Pinterest YouTube
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang
    • Minuman & Manisan
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Sayur-sayuran
    • Serat Diet
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Gandum: Punca, Simptom dan Rawatan

    17/03/2021

    12 Tanda Tak Tolerans Gluten Yang Anda Perlu Tahu

    09/03/2021

    Alahan Kafein: Punca, Simptom dan Rawatan

    15/02/2021

    Alahan Ubat: Punca, Simptom dan Rawatan

    13/02/2021

    8 Jenis Alahan Makanan Yang Lazim Berlaku

    25/12/2020
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Petua
    • Rawatan
  • Hubungi Kami
JiwaSihat
Home»Diet & Pemakanan»6 Makanan Menguatkan Tenaga Batin Wanita
Diet & Pemakanan

6 Makanan Menguatkan Tenaga Batin Wanita

JiwaSihatBy JiwaSihat17/12/2020Updated:28/02/20216 Mins Read
Kongsi
Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

Bukan sahaja lelaki, wanita juga turut boleh berdepan masalah lemah tenaga batin. Bagaimana untuk mengatasinya? Ketahui makanan yang boleh membantu menguatkan tenaga batin wanita ini.

Sebenarnya tiada satu peraturan tetap yang boleh menyatakan betul atau salah berkenaan kemahuan seks bagi seorang wanita. Malah, tiada satu ketetapan pun mengenai seberapa kerap seseorang itu harus melakukan hubungan intim.

Banyak faktor yang boleh mempengaruhi dorongan nafsu syahwat seseorang wanita. Termasuklah akibat masalah hormon hinggalah tekanan ditempat kerja.

Antara bentuk lemah tenaga batin atau disfungsi seksual bagi wanita ialah [1]:

  • Hilang kemahuan seksual
  • Kurang rangsangan seksual atau sukar terangsang
  • Sukar untuk mencapai orgasma atau klimaks walaupun mendapat rangsangan mencukupi
  • Rasa sakit semasa berlakunya sentuhan vagina atau rangsangan seksual
saffron-makanan menguatkan tenaga batin wanita

Berikut adalah 6 makanan atau herba yang boleh membantu menguatkan tenaga batin wanita.

1. Saffron

Saffron ialah herba yang diperolehi daripada bunga Crocus sativus.

Herba ini mempunyai banyak kegunaan termasuklah boleh membantu merangsang dan meningkatkan nafsu seks.

Satu kajian telah dijalankan terhadap 38 orang wanita yang mengalami masalah disfungsi seksual akibat ubat antidepresi. Pesakit diberikan 30mg saffron setiap hari selama 4 minggu.

Hasil kajian mendapati pesakit yang menerima saffron menunjukkan penambah baikan dari segi rangsangan dan pelinciran [2].

Di samping itu juga, analisis terhadap 5 kajian lain turut mendapati saffron berkesan untuk membantu menambah baik disfungsi seksual dalam kalangan wanita dan lelaki [3].

2. Ginseng

Selain itu, ginseng juga adalah makanan herba yang turut boleh membantu menguatkan tenaga batin bagi wanita.

Kajian selama 20 minggu yang dijalankan terhadap 32 orang wanita menopaus mendapati ginseng merah boleh membantu meningkatkan kemahuan seks dalam kalangan mereka yang mengambil ginseng ini [4].

Kajian lain turut mendapati ekstrak ginseng merah boleh membantu memulihkan fungsi seksual seperti kemahuan seks, rangsangan, orgasma dan kepuasan dalam kalangan wanita pramenopaus yang mengalami masalah disfungsi seksual [5].

Walau bagaimanapun, ginseng merah mungkin boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit kepala atau sakit perut kepada sesetengah orang.

3. Halba

Halba adalah herba biasa digunakan dalam makanan. Sebenarnya, herba ini turut mempunyai khasiat terhadap tenaga batin wanita.

Halba mengandungi sebatian yang digunakan oleh badan untuk menghasilkan hormon estrogen iaitu hormon seksual wanita [6].

Kajian yang dijalankan terhadap 80 orang wanita sihat mendapati halba boleh meningkatkan kemahuan dan ransangan seks dalam kalangan wanita.

Halba ini juga meningkatkan hormon estrogen dan testosteron bebas dalam kumpulan yang menerima ekstrak halba [7].

4. Tribulus Terrestris

Tribulus Terrestris ialah tumbuhan herba yang akar dan buahnya digunakan dalam perubatan tradisional Cina dan Ayurveda.

Tribulus ini telah digunakan sejak dahulu lagi untuk meningkatkan prestasi atlet dan ahli bina badan. Tumbuhan ini juga didapati turut mempunyai manfaat kepada mereka yang mempunyai masalah seksual dan kesuburan.

Kajian yang dijalankan terhadap 67 orang wanita yang mengalami masalah lemah tenaga batin mendapati kumpulan yang menerima Tribulus terrestris ini menunjukkan peningkatan terhadap kemahuan seks, rangsangan, pelinciran, kepuasan seks dan kesakitan [8].

Keberkesanan Tribulus terrestris ini turut diuji terhadap wanita yang mengalami kecelaruan keinginan seks hipoaktif.

Kajian terhadap 40 orang wanita yang mengalami kecelaruan ini mendapati Tribulus berkesan mengurangkan simptom-simptom berkaitan kecelaruan keinginan seks hipoaktif ini [9].

5. Ginkgo Biloba

Ginkgo biloba adalah tumbuhan purba yang banyak digunakan dalam perubatan tradisional Cina.

Ginkgo biloba dikatakan boleh merangsang nafsu seks pemakannya dengan meningkatkan aliran darah dan mengendurkan salur darah.

Kajian yang dijalankan terhadap 99 orang wanita yang mengalami lemah tenaga batin mendapati ekstrak Ginkgo biloba mempunyai kesan yang kecil tetapi ketara terhadap rangsangan seksual wanita-wanita ini.

Walau bagaimanapun, pengambilan ekstrak Ginkgo pada jangka masa yang panjang tidak menunjukkan peningkatan rangsangan seksual melebihi ubat [10].

Terdapat juga kajian yang mendapati tiada kesan penambah baikan yang ketara bagi pengambilan ekstrak Ginkgo berbanding pengambilan ubat terhadap masalah seksual dalam kalangan lelaki dan wanita [11].

Ginkgo biloba mungkin boleh merangsang nafsu pemakannya, namun kajian menunjukkan keputusan yang tidak konsisten.

6. Kacip Fatimah

Kacip Fatimah adalah tumbuhan herba yang popular bagi masyarakat di negara ini.

Kacip Fatimah dipercayai boleh membantu mengawal selia kitaran darah dan membekalkan tenaga buat wanita.

Tumbuhan herba ini juga digunakan dalam perubatan tradisional untuk meningkatkan nafsu syahwat wanita.

Namun tiada kajian yang khusus dijalankan terhadap Kacip Fatimah akan peranannya dalam mengatasi masalah lemah tenaga batin atau kemahuan seksual.

Terdapat kajian yang mendapati Kacip Fatimah mempunyai kesan afrodisiak seperti Tongkat Ali [12].

Afrodisiak ialah istilah yang diberikan terhadap ubat atau agen yang boleh merangsang nafsu seks dan keupayaan untuk melakukan hubungan seks.

Cara Lain Yang Boleh Menguatkan Tenaga Batin Wanita

Selain penjagaan makanan, terdapat faktor atau cara lain yang boleh dilakukan untuk menguatkan tenaga batin wanita.

Antaranya ialah:

a) Tidur yang cukup

Tidur yang cukup juga penting untuk kesihatan seksual.

Terdapat kajian yang mengaitkan tidur yang panjang dengan kemahuan seks yang lebih tinggi pada keesokkan harinya.

b) Kurangkan stres atau tekanan

Tekanan atau stres boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan termasuklah kepada tenaga batin.

Terdapat kajian yang mendapati stres di tempat kerja boleh menyebabkan masalah seksual dalam kalangan wanita.

c) Bersenam

Bersenam atau kekal aktif boleh membantu menguatkan tenaga batin anda.

Terdapat kajian yang menunjukkan senaman boleh meningkatkan kemahuan seksual dan keterangsangan dalam kalangan wanita yang menghidap PCOS.

Rumusan

Masalah lemah tenaga batin bukan boleh terjadi kepada lelaki sahaja. Bahkan, wanita juga boleh mengalami masalah lemah tenaga batin dan hilang kemahuan seksual.

Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini dan salah satu daripadanya ialah melalui pemakanan makanan yang boleh menguatkan tenaga batin bagi wanita tersebut.

Dapatkan nasihat doktor atau pakar sakit puan jika anda mengalami masalah lemah tenaga batin atau hilang kemahuan seksual.

Rujukan
Rujukan
  1. Mayo Clinic Staff. (2018). Female sexual dysfunction. Mayo Clinic [diakses pada 9 Disember 2020].
  2. Kashani, L., et al. (2013). Saffron for treatment of fluoxetine-induced sexual dysfunction in women: randomized double-blind placebo-controlled study. Human psychopharmacology.
  3. Ranjbar, H., & Ashrafizaveh, A. (2019). Effects of saffron (Crocus sativus) on sexual dysfunction among men and women: A systematic review and meta-analysis. Avicenna journal of phytomedicine.
  4. Oh, K. J., et al. (2010). Effects of Korean red ginseng on sexual arousal in menopausal women: placebo-controlled, double-blind crossover clinical study. The journal of sexual medicine.
  5. Chung, H. S., et al. (2015). The Effect of Korean Red Ginseng on Sexual Function in Premenopausal Women: Placebo-Controlled, Double-Blind, Crossover Clinical Trial. Evidence-based complementary and alternative medicine.
  6. Sreeja, S., et al. (2010). In vitro estrogenic activities of fenugreek Trigonella foenum graecum seeds. The Indian journal of medical research.
  7. Rao, A., et al. (2015). Influence of a Specialized Trigonella foenum-graecum Seed Extract (Libifem), on Testosterone, Estradiol and Sexual Function in Healthy Menstruating Women, a Randomised Placebo Controlled Study. Phytotherapy research.
  8. Akhtari, E., et al. (2014). Tribulus terrestris for treatment of sexual dysfunction in women: randomized double-blind placebo – controlled study. Daru : journal of Faculty of Pharmacy, Tehran University of Medical Sciences.
  9. Vale, F., et al. (2018). Efficacy of Tribulus Terrestris for the treatment of premenopausal women with hypoactive sexual desire disorder: a randomized double-blinded, placebo-controlled trial. Gynecological endocrinology.
  10. Meston, C. M., et al. (2008). Short- and long-term effects of Ginkgo biloba extract on sexual dysfunction in women. Archives of sexual behavior.
  11. Wheatley D. (2004). Triple-blind, placebo-controlled trial of Ginkgo biloba in sexual dysfunction due to antidepressant drugs. Human psychopharmacology.
  12. Osman, Asiah et al. (2007). Determination of bioactive peptide (4.3 KDA) as an aphrodisiac marker in six Malaysian plants. Journal of Tropical Forest Science.
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

ARTIKEL BERKAITAN

Panduan Berbuka Puasa di Bulan Ramadan

09/04/2021

10 Makanan Kaya Dengan Probiotik Yang Baik Untuk Badan

05/04/2021

Makanan Diet: 12 Makanan Perlu Untuk Anda Kuruskan Badan

13/03/2021

Comments are closed.

Pilihan Editor

Minuman Tenaga: Baik atau Tidak Untuk Anda?

11/04/2021
minyak zaitun dan buah zaitun

5 Khasiat Minyak Zaitun Untuk Lelaki dan Wanita

29/07/2019

9 Khasiat Daun Bay (Daun Salam) Untuk Kesihatan (+Kajian)

21/02/2021
buah kiwi

7 Khasiat Buah Kiwi untuk Kesihatan Berdasarkan Kajian

29/08/2019

Artikel Terkini

6 Khasiat Kuaci Bunga Matahari Untuk Kesihatan

By JiwaSihat19/04/2021

Kanser Usus: Tanda Yang Perlu Anda Awasi & Pencegahannya

By JiwaSihat17/04/2021

Khasiat Bunga Lawang Untuk Kesihatan Disokong Oleh Kajian

By JiwaSihat15/04/2021
Twitter Pinterest YouTube RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
©2019-2021 JiwaSihat. Hak Cipta Terpelihara.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.