JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan & Kecergasan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Apa itu Alahan Kasein? Punca, Simptom dan Rawatan

    29/10/2024

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2025

    20 Makanan Mengandungi Susu Perlu Dielakkan

    29/08/2025

    Ujian Alahan (Allergy Test): Apa yang Anda Perlu Tahu

    14/06/2025

    Alahan Gandum: Punca, Simptom dan Rawatan

    17/03/2025
  • Kesihatan & Kecergasan

    10 Senaman Kardio yang Boleh Dilakukan Dirumah

    20/10/2024
    kebaikan sabun susu kambing

    Kebaikan Sabun Susu Kambing untuk Kulit

    31/08/2025

    13 Jenis Senaman Kardio Yang Mudah & Menyeronokkan

    15/06/2025

    Berjalan Vs Berlari: Mana Yang Lebih Baik Untuk Kesihatan?

    11/05/2025
    jaundis

    Jaundis Dewasa (Sakit Kuning): Simptom, Punca dan Rawatan

    25/04/2025
  • Berita
    pencemaran acrylamide dan glycidol di dalam biskut

    Isu Pencemaran Acrylamide dan Glycidol Dalam Biskut

    28/10/2024
    produk-skin-revolution-acne-clearing-solution

    Produk Skin Revolution-Acne Clearing Solution Beracun

    06/08/2025

    Tepung Gandum Kini Diperkaya Dengan Asid Folik & Zat Besi

    26/07/2025

    Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream Beracun

    11/06/2025

    Kesan Jangka Panjang COVID-19 (Long COVID)

    09/06/2025
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Home»Alahan»20 Makanan Mengandungi Susu Perlu Dielakkan
Alahan

20 Makanan Mengandungi Susu Perlu Dielakkan

By JiwaSihatUpdated:12/11/2024

Sesetengah orang mungkin perlu untuk mengelak sebarang makanan yang mengandungi susu atas faktor alahan susu atau tak tolerans laktosa.

Alahan susu atau tak tolerans laktosa akan menyebabkan seseorang itu mengalami tindak balas alahan terhadap susu atau sebarang produk yang mengandungi susu.

Alahan susu ini lazimnya melibatkan susu lembu. Tetapi susu lain seperti susu kambing, susu kerbau atau susu biri-biri juga boleh menyebabkan alahan.

Menghindari susu atau produk yang mengandungi susu adalah langkah perawatan utama bagi mereka yang mengalami alahan susu.

Justeru itu, artikel ini akan menyenaraikan beberapa produk makanan yang mungkin mengandungi susu sebagai panduan buat anda atau anak anda yang mengalami alahan susu.

makanan yang mengandungi susu

Semasa melakukan pembelian barangan dapur atau makanan, anda harus melihat label bahan-bahan atau ramuan produk tersebut. Pastikan ia tidak mengandungi “tenusu” atau “dairy“.

Bagi membantu memudahkan anda, berikut adalah produk-produk makanan yang mungkin mengandungi susu.

1. Susu Bebas Laktosa

Susu bebas laktosa direka khas untuk mereka yang mempunyai tak tolerans laktosa tetapi tidak kepada mereka yang mempunyai alahan susu.

Susu jenis ini telah disingkirkan gula susu (laktosa) tetapi masih mempunyai protein susu yang lain.

2. Pengganti Lemak

Perhatikan label-label produk yang menggunakan istilah ini:

  • Protein susu dan telur / “egg and milk protein“
  • Protein dadih / “Whey protein“
  • Protein tenusu / “Dairy protein“

Label-label ini menandakan produk tersebut mengandungi telur dan protein susu yang lazimnya digunakan dalam produk makanan rendah kalori seperti aiskrim, yogurt, keju, marjerin, mayones dan krimer kopi.

3. Kuah Salad

Sebarang kuah salad atau pencicah yang mengandungi susu, yogurt atau krim masam mungkin mengandungi susu.

4. Susu Kambing

Susu kambing atau susu biri-biri juga boleh menyebabkan alahan kerana susu-susu ini masih mempunyai protein susu yang sama seperti susu lembu.

5. Keju Beras atau Soya

Keju jenis ini lazimnya dipasarkan sebagai alternatif kepada keju yang dihasilkan daripada susu bagi mereka yang tak tolerans laktosa.

Namun, keju ini mungkin mengandungi protein susu seperti kasein dan mungkin turut tercemar dengan protein susu akibat dihasilkan di kilang yang turut menghasilkan produk tenusu.

6. Kefir

Kefir adalah susu yang telah difermentasi dan mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan yogurt.

Minuman ini turut mengandungi protein susu.

7. Coklat Susu

Coklat susu atau milk chocolate turut mengandungi susu atau protein susu. Oleh itu, elakkan makanan ini.

8. Daging Deli

Daging deli atau deli meat adalah kepingan-kepingan daging yang selalu dihidangkan dalam sandwic. Daging jenis ini juga mungkin mengandungi protein susu iaitu kasein yang bertindak sebagai pengikat (binder).

9. Sosej

Seperti daging deli, sosej juga mungkin mengandungi protein susu yang digunakan sebagai pengisi dan pemukal daging.

10. Ikan Tuna

Sesetengah jenama ikan tuna dalam tin mungkin mengandungi protein susu seperti kasein. Pastikan anda membaca label ramuan sebelum membelinya.

11. Mentega

Mentega juga harus dielakkan kerana turut dihasilkan daripada susu.

12. Minyak Sapi

Minyak sapi juga harus dielakkan kerana turut dihasilkan daripada susu.

13. Marjerin

Walaupun marjerin lazimnya dihasilkan daripada minyak sayuran, tetapi sesetengah jenama marjerin mungkin mengandungi laktosa, wei (whey) atau kasein.

Pastikan anda membaca label ramuan sebelum membelinya.

14. Kentang Lecek Segera

Kentang lecek (mashed potato) segera mungkin mengandungi mentega atau susu. Sesetengah pengilangkan memasukkan mentega atau susu sebelum campuran tersebut dinyahhidratkan bagi membuatkan produk ini berasa lebih sedap.

15. Ubat-ubatan

Sesetengah ubat-ubatan mengandungi wei (whey). Baca label bagi ubat belian kaunter atau dapatkan ubat bebas susu daripada ahli farmasi.

16. Stik

Sesetengah restoran menggunakan mentega semasa menggril stik bagi membuatnya kelihatan berjus.

Pastikan anda memesan stik yang tidak diletakkan atau dimasak menggunakan mentega semasa makan diluar.

17. Krim Masam

Krim masam juga perlu dielakkan kerana ia turut dihasilkan daripada produk tenusu.

18. Aiskrim

Kira-kira 70% daripada bahan-bahan dalam aiskrim berasal daripada susu.

Walaupun terdapat aiskrim bebas laktosa, aiskrim ini juga mungkin masih mengandungi tenusu. Pastikan anda membaca label sebelum membelinya.

19. Semua Jenis Keju

Semua jenis keju termasuklah keju kotej atau keju serbuk harus dielakkan kerana dihasilkan daripada tenusu.

20. Kastard dan Puding

Kastard atau puding yang dihasilkan menggunakan kastard lazimnya mengandungi susu, krim dan kuning telur.

Elakkan makanan-makanan ini melainkan dinyatakan bahawa ia bebas tenusu (dairy free).

Rumusan

Senarai 20 makanan ini adalah antara makanan yang mungkin mengandungi susu. Menghindari makanan-makanan ini adalah penting bagi mereka yang menghidap alahan susu.

Amalan membaca label ramuan atau bahan-bahan juga dapat mencegah anda daripada termakan makanan yang mengandungi susu.

Rujukan
  • Castle,J. (2021). 18 Foods That May Contain Hidden Milk Ingredients. verywellfit.
  • Smith, D.P & Pedersen, D. (n.d.) Milk Allergy Diet. University of Rochester.
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

Comments are closed.

Pilihan Editor

Nutrisi a-z

13 Makanan Tinggi Selenium Yang Mudah Didapati

22/10/2024
khasiat sayur kubis

8 Khasiat Sayur Kubis yang Menakjubkan

25/08/2025
pencemaran acrylamide dan glycidol di dalam biskut

Isu Pencemaran Acrylamide dan Glycidol Dalam Biskut

28/10/2024

10 Makanan Antipenuaan Membuat Anda Lebih Muda

17/06/2025

Artikel Terkini

Makanan untuk Pesakit COVID: Apa yang Patut Anda Pilih?

By JiwaSihat02/12/2024

Makanan Melegakan Cirit-birit: Apa yang Anda Perlu Makan?

By Iskandar Zulkarnain, MSc26/11/2024

10 Khasiat Goji Berry Yang Ramai Tidak Tahu

By JiwaSihat19/11/2024
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

©2019-2021 JiwaSihat. Hak Cipta Terpelihara.
  • Jenama Kami
  • KlinikMinda

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.