• Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan & Kecergasan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Debunga: Gejala, Punca dan Rawatan

    30/07/2025

    6 Tanda Tak Toleran Laktosa Yang Anda Perlu Tahu

    04/07/2025

    Alahan Terhadap Kulapuk atau Kulat: Gejala, Punca dan Rawatan

    21/06/2025

    Apa itu Alahan Kasein? Punca, Simptom dan Rawatan

    29/10/2024

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2025
  • Kesihatan & Kecergasan

    Tidur Selepas Makan: Adakah Baik atau Tidak?

    23/07/2025

    Keracunan Makanan: Gejala, Punca dan Rawatan

    19/07/2025

    Senaman Untuk Orang Semput (Asma)

    14/07/2025

    10 Kelebihan Berbasikal Untuk Kesihatan dan Kecergasan

    06/07/2025

    Fakta Mengenai Warna Air Kencing: Ini yang Anda Perlu Tahu

    17/06/2025
  • Berita

    Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

    11/08/2025

    BL Skincare dan Biela Beauty Mengandungi Racun Berjadual

    04/07/2025

    Air Zam Zam Dilarang Dijual Di Malaysia

    01/07/2025

    Mentega Kacang Jenama Jif Tercemar dengan Bakteria Salmonella

    30/05/2025

    JAKIM Menggantung Lesen Loji Sembelihan Australia

    15/05/2025
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Laman Utama > Diet & Pemakanan > Makanan dan Minuman Untuk Merawat Kencing Kotor (Petua)
Diet & Pemakanan

Makanan dan Minuman Untuk Merawat Kencing Kotor (Petua)

By JiwaSihat5 Mins Read

Kencing kotor ialah satu jangkitan saluran kencing (urinary tract infection) yang biasanya disebabkan oleh bakteria. Sebagai salah satu langkah perawatan, terdapat makanan dan minuman yang boleh diambil untuk merawat kencing kotor.

Kencing kotor lebih cenderung berlaku kepada golongan wanita berbanding lelaki. Hal ini disebabkan oleh struktur saluran kencing pada wanita adalah lebih pendek sehingga memudahkan penularan jangkitan bakteria dari luar.

Gejala-gejala yang boleh disebabkan oleh kencing kotor adalah seperti:

  • Pedih semasa kencing
  • Kerap kencing
  • Air kencing berbau busuk
  • Air kencing keruh
  • Sakit di bahagian pelvis terutamanya di bahagian ari-ari
kranberi boleh merawat kencing kotor

Selain rawatan perubatan, terdapat juga makanan dan minuman yang boleh membantu merawat atau mengurangkan gejala-gejala kencing kotor.

Antaranya adalah:

1. Minum Banyak Air

Meminum banyak air terutamanya air kosong boleh membantu mencairkan air kencing dan menyingkirkan bakteria.

Selain itu, elakkan pengambilan minuman yang boleh merengsakan pundi kencing sehingga jangkitan telah pulih. Contohnya seperti air kopi, alkohol, minuman ringan atau minuman yang mengandungi kafein.

Minuman-minuman tersebut boleh memburukkan lagi gejala kerap kencing yang dialami.

2. Minum Jus Kranberi Tanpa Gula

Jus kranberi asli atau yang tidak ditambah gula tambahan adalah antara minuman yang terkenal dalam membantu merawat masalah kencing kotor atau jangkitan saluran kencing.

Kranberi bertindak dengan membantu menghalang bakteria daripada melekat pada saluran kencing.

Kajian pada tahun 2016 yang melibatkan 373 peserta mendapati pengambilan 240 ml jus kranberi sehari boleh mengurangkan episod jangkitan saluran kencing yang berulang-ulang. [1]

Satu analisis yang melibatkan 23 kajian turut melaporkan bahawa kranberi boleh dianggap terapi adjuvan (bantuan) dalam mencegah atau mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing. [2]

3. Tingkatkan Pengambilan Vitamin C

Seterusnya, kencing kotor atau jangkitan saluran kencing boleh dicegah atau dikurangkan melalui peningkatan pengambilan vitamin C, tidak kira melalui pengambilan suplemen atau daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

Terdapat kajian yang menunjukkan vitamin C boleh mengurangkan risiko kepada jangkitan saluran kencing. Kajian yang melibatkan wanita muda tersebut mendapati vitamin C boleh melindungi daripada jangkitan saluran kencing. [3]

Satu kajian lain yang dijalankan terhadap wanita mengandung melaporkan bahawa pengambilan vitamin C pada dos 100mg setiap hari boleh mengurangkan hampir 50% jangkitan saluran kencing berbanding mereka yang tidak mengambil vitamin C. [4]

4. Memakan Probiotik

Probiotik ialah bakteria baik yang membantu badan berfungsi dengan baik dengan melawan bakteria jahat. Selain usus besar, probiotik juga hidup di bahagian-bahagian badan yang lain. Contohnya di saluran kencing, faraj, mulut dan kulit.

Pengambilan probiotik juga boleh membantu mengurangkan risiko terhadap jangkitan saluran kencing atau kencing kotor.

Satu analisis pada tahun 2013 mendedahkan bahawa pengambilan probiotik yang terdiri daripada bakteria Lactobacillus berkesan dan selamat dalam mencegah jangkitan saluran kencing yang berulang-ulang dalam kalangan wanita dewasa. [5]

Di samping itu, kajian lain yang dijalankan terhadap 85 orang kanak-kanak pula mendapati pengambilan probiotik (Lactobacillus dan Bifidobacterium) bersama-sama antibiotik lebih berkesan dalam mengurangkan jangkitan saluran kencing yang berulang-ulang berbanding antibiotik sahaja. [6]

Probotik boleh diperolehi dalam bentuk suplemen atau makanan-makanan seperti yogurt, teh kombucha, kimchi, tapai, tempe atau tempoyak.

5. Suplemen D-Mannose

D-Mannose ialah sejenis gula ringkas yang boleh dijumpai dalam buah kranberi. D-Mannose ini biasanya dijual dalam bentuk suplemen atau makanan tambahan.

Pengambilan suplemen D-Mannose juga dipercayai boleh mencegah jangkitan saluran kencing. Kesan ini disebabkan oleh kebolehan D-Mannose untuk menghalang bakteria daripada melekat pada saluran kencing.

Kajian pada tahun 2016 mendapati D-Mannose berkesan dalam membantu mencegah jangkitan saluran kencing yang berulang-ulang dan juga boleh membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit. [7]

Perubahan Gaya Hidup - Menjaga Kebersihan Diri

Selain pemakanan, perubahan gaya hidup juga boleh membantu mencegah jangkitan saluran kencing atau kencing kotor ini.

Mengamalkan kebersihan diri terutamanya kepada golongan wanita boleh mencegah daripada jangkitan saluran kencing.

Antara langkah-langkah penjagaan kebersihan diri yang boleh dilakukan adalah:

  • Membersihkan bahagian faraj ke dubur selepas membuang air besar.
  • Kerap menyalin pad atau tuala wanita ketika haid.
  • Tidak menahan kencing terlalu lama bagi mencegah pertambahan bakteria.

Rumusan

Kencing kotor atau jangkitan saluran kencing adalah masalah yang sering mengganggu kehidupan seseorang terutamanya golongan wanita. Lebih parah lagi, ia boleh berlaku secara berulang-ulang.

Selain rawatan perubatan biasa, terdapat beberapa petua atau rawatan dirumah yang boleh dilakukan untuk mencegah dan merawat masalah ini. Contohnya seperti pengambilan vitamin C, jus kranberi atau probiotik.

Sekiranya petua atau rawatan dirumah ini tidak berkesan, sila dapatkan rawatan daripada doktor atau ahli profesional kesihatan.

Rujukan
  1. Maki, K. C. et al. (2016). Consumption of a cranberry juice beverage lowered the number of clinical urinary tract infection episodes in women with a recent history of urinary tract infection. The American journal of clinical nutrition.
  2. Xia, J. Y. et al. (2021). Consumption of cranberry as adjuvant therapy for urinary tract infections in susceptible populations: A systematic review and meta-analysis with trial sequential analysis. PloS one.
  3. Foxman, B., & Chi, J. W. (1990). Health behavior and urinary tract infection in college-aged women. Journal of clinical epidemiology.
  4. Ochoa-Brust, G. J. et al. (2007). Daily intake of 100 mg ascorbic acid as urinary tract infection prophylactic agent during pregnancy. Acta obstetricia et gynecologica Scandinavica.
  5. Grin, P. M. et al. (2013). Lactobacillus for preventing recurrent urinary tract infections in women: meta-analysis. The Canadian journal of urology.
  6. Mohseni, M. J. et al. (2013). Combination of probiotics and antibiotics in the prevention of recurrent urinary tract infection in children. Iranian journal of pediatrics.
  7. Domenici, L. et al. (2016). D-mannose: a promising support for acute urinary tract infections in women. A pilot study. European review for medical and pharmacological sciences.
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email
ARTIKEL TERKINI

10 Khasiat Lobak Putih Untuk Lelaki dan Wanita

25/08/2025

Makanan yang Baik Untuk Usus Luka (+Makanan yang Tidak Baik)

22/08/2025

10 Khasiat Petola Untuk Kesihatan (Ini Buktinya!)

18/08/2025
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • KlinikMinda
  • SihatAfiat

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.