Nutrisi

15 Makanan Bersifat Antiradang Untuk Anda Amalkan

Pinterest LinkedIn Tumblr

Makanan bersifat antiradang adalah makanan yang boleh membantu anda untuk mengurangkan keradangan yang berlaku.

Keradangan ialah proses tindak balas semulajadi badan terhadap kecederaan atau pencerobohan oleh bendasing seperti bahan kimia, kuman dan sebagainya.

Keradangan yang berkala yang benar-benar menyerang penceroboh badan anda adalah baik untuk kesihatan anda. Tetapi jika keradangan ini berlaku berpanjangan walaupun badan anda tidak diserang oleh penceroboh, maka keradangan ini adalah musuh kepada anda.

Keradangan yang kronik boleh menyebabkan penyakit seperti penyakit jantung, kanser, sakit sendi, kencing manis dan lain-lain lagi.

Makanan bersifat antiradang adalah sumber yang baik untuk melawan keradangan seterusnya mengurangkan risiko terhadap serangan penyakit.

makanan bersifat antiradang

Berikut adalah 15 makanan bersifat antiradang yang mudah dan boleh didapati di pasaran.

1. Ginseng

Ginseng adalah makanan herba yang popular dalam dunia perubatan tradisional dan moden.

Ginseng mengandungi sebatian yang dikenali sebagai “Ginsenosides“. Ginsenosides ini bersifat antiradang dan antioksidan.

Analisis yang dijalankan terhadap 9 kajian termasuk 5 kajian kohort mendapati ginseng boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kanser seperti kanser paru-paru,hati, usus dan gastrik [1].

Kajian lain menunjukkan ekstrak ginseng turut mengurangkan risiko beberapa penyakit kanser seperti kanser mulut, esofagus, perut, kolon, hati dan paru-paru [2].

2. Air Kelapa

Air kelapa bukan sahaja enak diminum malah turut mempunyai ciri-ciri antiradang.

Kajian oleh pengkaji di Pakistan mendapati air kelapa muda dan tua mempunyai ciri-ciri antiradang. Kajian ini juga turut mendapati air kelapa muda mempunyai kesan antiradang yang lebih tinggi berbanding air kelapa tua [3].

3. Belimbing

Buah belimbing juga adalah antara buah yang mempunyai sifat antiradang.

Ini berdasarkan kajian yang dijalankan oleh pengkaji di Brazil yang mendapati polisakarida yang diekstrak daripada buah belimbing mempunyai ciri-ciri antiradang yang berguna untuk merawat sakit akibat keradangan [4].

4. Ginkgo Biloba

Makanan yang bersifat antiradang yang seterusnya ialah Ginkgo biloba.

Ginkgo biloba telah digunakan sejak beribu tahun lamanya dalam perubatan alternatif. Ginkgo biloba biasanya boleh didapati dalam bentuk makanan tambahan (supplement).

Ekstrak daun Ginkgo biloba didapati mempunyai ciri-ciri antiradang dalam ujian yang dijalankan terhadap sel-sel rawan manusia yang mengalami keradangan. Keradangan dan pengurangan rawan pada sendi manusia adalah penyumbang kepada sakit sendi atau osteoartritis [5].

5. Halba

Halba juga adalah herba yang bersifat antiradang.

Herba yang selalu digunakan dalam masakan ini tinggi dengan kandungan antioksidan iaitu flavanoid. Flavanoid ini dipercayai bertanggungjawab terhadap kesan antiradang bagi herba ini.

Dalam ujian makmal yang dijalankan, ekstrak Halba menunjukkan sifat antiradang akut dan kronik [6].

Kajian lain turut mendapati lendir Halba juga menunjukkan sifat antiradangnya terhadap subjek kajian yang menghidap artritis (sakit sendi) [7].

6. Durian Belanda

Durian belanda yang semakin mendapat perhatian ini juga turut mempunyai ciri-ciri antiradang dan analgesik (bahan yang melegakan kesakitan).

Ini berdasarkan satu kajian terhadap haiwan yang mendapati ekstrak buah durian belanda ini menunjukkan ciri-ciri antiradang dan analgesik [8].

Kajian lain juga turut menunjukkan hasil yang sama di mana ekstrak buah durian belanda boleh mencegah keradangan [9].

7. Lengkuas

Lengkuas yang biasanya digunakan dalam masakan ini turut boleh melawan keradangan.

Dalam satu kajian terhadap 261 pesakit sendi lutut, mereka yang mengambil ekstrak halia dan lengkuas dapat mengurangkan kesakitan pada lutut ketika berdiri, kesan ini adalah lebih baik daripada mereka yang mengambil ubat [10].

8. Ikan Haruan

Ikan haruan juga turut mempunyai ciri-ciri antiradang.

Dalam satu kajian yang menggunakan ekstrak ikan haruan berasaskan air dan lipid (lemak) menunjukkan aktiviti antiradang [11].

Kajian makmal juga menunjukkan krim sapuan yang diperbuat daripada ikan haruan juga menunjukkan keberkesannya sebagai agen antiradang terhadap radang kulit [12].

9. Buah Nona

Selain itu, buah Nona juga adalah buah-buahan yang mempunyai sifat antiradang.

Kandungan asid kaurenoik dalam buah Nona mengandungi kesan antiradang yang kuat.

Kajian menunjukkan asid ini mampu mengurangkan keradangan dalam kajian terhadap haiwan [13, 14].

Selain itu, kajian lain turut menunjukkan sifat antiradang buah nona ini dengan menghalang penghasilan sebatian pro-radang [15].

10. Kunyit

Kunyit adalah rempah yang wajib ada dirumah kita. Kunyit mengandungi sebatian aktif yang dikenali sebagai kurkumin.

Kurkumin ini mempunyai kesan antiradang dan antioksidan yang kuat.

Ujian klinikal menunjukkan kurkumin berpotensi sebagai ejen untuk merawat penyakit seperti penyakit radang usus, pankreatitis, artritis (sakit sendi) dan uveitis anterior kronik [16].

11. Lada Hitam

Selain kunyit, lada hitam juga merupakan rempah atau penambah rasa yang turut bersifat antiradang. Lada hitam mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai piperina.

Satu kajian yang dijalankan oleh Chungnam National University dan Korea International University mendapati piperina mempunyai ciri-ciri antiradang [17].

Kajian terhadap tikus makmal mendapati piperina boleh mengurangkan keradangan pada saluran pernafasan akibat asma dan alahan [18,19].

12. Kurma

Kurma adalah makanan sunnah yang turut bersifat antiradang.

Buah kurma telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat demam, sakit perut, bronkitis, edema (sembab), rinitis alergi, cirit-birit dan menyembuhkan luka.

Kajian yang diterbitkan pada tahun 2016 pula mendapati kandungan antioksidan buah kurma seperti polifenol, karotenoid dan antosianin boleh mencegah tekanan pengoksidaan yang boleh mengurangkan risiko terjadinya keradangan [20].

Kajian terhadap haiwan mendapati ekstrak kurma ajwa juga turut menunjukkan sifat antiradang dan mengurangkan kematian sel akibat daripada kerosakan jantung [21].

13. Tomato

Tomato adalah pilihan makanan yang baik untuk melindungi badan anda daripada keradangan.

Selain mengandungi vitamin C, tomato juga mempunyai antioksidan lain yang dikenali sebagai likopena.

Likopena ini mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan seperti mencegah penyakit kardiovaskular dan kanser. Salah satu mekanisme yang dipercayai terlibat ialah likopena ini mengurangkan tindak balas keradangan [22].

Satu kajian yang dijalankan terhadap sel-sel kanser usus manusia mendapati likopena ini menunjukkan kesan antiradang dengan mengekang pengaktifan protein-protein yang menyebabkan keradangan [23].

14. Brokoli

Brokoli adalah sayur yang sangat bermanfaat untuk kesihatan.

Brokoli ini boleh dikatakan makanan wajib bagi mereka yang mengamalkan diet keto dan Atkins.

Brokoli kaya dengan sebatian sulforaphane. Sulforaphane ialah antioksidan yang boleh melawan keradangan dengan mengurangkan paras protein-protein yang mencetuskan keradangan [24, 25].

15. Anggur

Buah anggur juga adalah makanan yang mempunyai sifat antiradang.

Anggur adalah antara sumber terbaik untuk mendapat resveratrol iaitu sebatian antioksidan yang mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan.

Resveratrol ini didapati mempunyai ciri-ciri terapeutik terhadap penyakit seperti kanser, diabetes dan penyakit kardiovaskular. Resveratrol juga didapati boleh menghalang proses keradangan [26, 27].

Makanan Yang Boleh Menyebabkan Keradangan

Selain mengamalkan makanan yang bersifat antiradang. Adalah disarankan untuk kita mengehadkan pengambilan makanan yang boleh menyebabkan keradangan.

Antara makanan yang boleh menyebabkan keradangan ialah:

  • Makanan ringan
  • Karbohidrat bertapis
  • Makan bergoreng dan berminyak
  • Makanan bergula atau manis
  • Daging yang diproses
  • Lemak trans.

Rumusan

Keradangan yang kronik boleh menyebabkan masalah yang lebih besar seperti penyakit. Oleh itu, pengamalan makanan bersifat antiradang boleh mengurangkan risiko seseorang itu terkena penyakit yang disebabkan oleh keradangan.

Selain bersifat antiradang, makanan-makanan ini juga turut kaya dengan khasiat yang lain.

Rujukan
Rujukan
  1. Jin, X., et al. (2016). Ginseng consumption and risk of cancer: A meta-analysisJournal of ginseng research.
  2. Yun, T. K., & Choi, S. Y. (1995). Preventive effect of ginseng intake against various human cancers: a case-control study on 1987 pairsCancer epidemiology, biomarkers & prevention.
  3. Rao, S. S., & Najam, R. (2016). Coconut water of different maturity stages ameliorates inflammatory processes in model of inflammationJournal of intercultural ethnopharmacology.
  4. Leivas, C. L., et al. (2016). Substituted galacturonan from starfruit: Chemical structure and antinociceptive and anti-inflammatory effectsInternational journal of biological macromolecules.
  5. Chen, Y. J., et al. (2013). EGb761 inhibits inflammatory responses in human chondrocytes and shows chondroprotection in osteoarthritic rat kneeJournal of orthopaedic research.
  6. N. Subhashini, et al.(2011). Anti-inflammatory and In vitro Antioxidant Property of Trigonella foenum graecum SeedsJournal of Pharmacology and Toxicology.
  7. Sindhu, G., et al. (2012). Anti-inflammatory and antioxidative effects of mucilage of Trigonella foenum graecum (Fenugreek) on adjuvant induced arthritic ratsInternational immunopharmacology.
  8. Ishola, I. O., et al. (2014). Mechanisms of analgesic and anti-inflammatory properties of Annona muricata Linn. (Annonaceae) fruit extract in rodentsJournal of medicinal food.
  9. Oliveira, A. P., et al. (2017). Exploratory Studies on the in Vitro Anti-inflammatory Potential of Two Herbal Teas (Annona muricata L. and Jasminum grandiflorum L.), and Relation with Their Phenolic CompositionChemistry & biodiversity.
  10. Altman, R. D., & Marcussen, K. C. (2001). Effects of a ginger extract on knee pain in patients with osteoarthritisArthritis and rheumatism.
  11. Zakaria, Z. A., et al. (2008). Antinociceptive, antiinflammatory and antipyretic properties of Channa striatus fillet aqueous and lipid-based extracts in ratsMethods and findings in experimental and clinical pharmacology.
  12. Mohamad Isa, I. I.,et al. (2016). Channa striatus cream down-regulates tumour necrosis factor (TNF)-alpha gene expression and alleviates chronic-like dermatitis in mouse modelJournal of ethnopharmacology.
Rujukan point 9-15
  1. Silva, J. J., et al. (2015). Effects of Kaurenoic Acid and Arginine on Random Skin Flap Oxidative Stress, Inflammation, and Cytokines in RatsAesthetic plastic surgery.
  2. Sosa-Sequera, M. C., et al. (2010). Kaurenic acid: An in vivo experimental study of its anti-inflammatory and antipyretic effectsIndian journal of pharmacology.
  3. Wu, P., et al. (2014). Anti-inflammatory cyclopeptides from exocarps of sugar-applesFood chemistry.
  4. Jurenka J. S. (2009). Anti-inflammatory properties of curcumin, a major constituent of Curcuma longa: a review of preclinical and clinical researchAlternative medicine review.
  5. Hyung, G.K. et al. (2012). Piperine inhibits PMA-induced cyclooxygenase-2 expression through downregulating NF-κB, C/EBP and AP-1 signaling pathways in murine macrophages. Food and Chemical Toxicology.
  6. Aswar, U., et al. (2015). Antiallergic effect of piperine on ovalbumin-induced allergic rhinitis in micePharmaceutical biology.
  7. Kim, S. H., & Lee, Y. C. (2009). Piperine inhibits eosinophil infiltration and airway hyperresponsiveness by suppressing T cell activity and Th2 cytokine production in the ovalbumin-induced asthma modelThe Journal of pharmacy and pharmacology.
  8. Taleb, H., et al. (2016). Chemical characterisation and the anti-inflammatory, anti-angiogenic and antibacterial properties of date fruit (Phoenix dactylifera L.)Journal of ethnopharmacology.
  9. Al-Yahya, M., et al. (2016). ‘Ajwa’ dates (Phoenix dactylifera L.) extract ameliorates isoproterenol-induced cardiomyopathy through downregulation of oxidative, inflammatory and apoptotic molecules in rodent modelPhytomedicine.
  10. Palozza, P., et al. (2010). Tomato Lycopene and Inflammatory Cascade: Basic Interactions and Clinical ImplicationsCurrent medicinal chemistry.
  11. Cha, J. H., et al. (2017). Anti-inflammatory effect of lycopene in SW480 human colorectal cancer cellsNutrition research and practice.
  12. Hwang, J. H., & Lim, S. B. (2014). Antioxidant and Anti-inflammatory Activities of Broccoli Florets in LPS-stimulated RAW 264.7 CellsPreventive nutrition and food science.
  13. Folkard, D. L., et al. (2015). Effect of Sulforaphane on NOD2 via NF-κB: implications for Crohn’s diseaseJournal of inflammation (London, England).
  14. de Sá Coutinho, D., et al. (2018). Anti-Inflammatory Effects of Resveratrol: Mechanistic InsightsInternational journal of molecular sciences.
  15. Csiszar A. (2011). Anti-inflammatory effects of resveratrol: possible role in prevention of age-related cardiovascular diseaseAnnals of the New York Academy of Sciences.