JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan & Kecergasan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Debunga: Gejala, Punca dan Rawatan

    30/07/2022

    6 Tanda Tak Toleran Laktosa Yang Anda Perlu Tahu

    04/07/2022

    Alahan Terhadap Kulapuk atau Kulat: Gejala, Punca dan Rawatan

    21/06/2022

    Apa itu Alahan Kasein? Punca, Simptom dan Rawatan

    29/10/2021

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2021
  • Kesihatan & Kecergasan

    Tidur Selepas Makan: Adakah Baik atau Tidak?

    23/07/2022

    Keracunan Makanan: Gejala, Punca dan Rawatan

    19/07/2022

    Senaman Untuk Orang Semput (Asma)

    14/07/2022

    10 Kelebihan Berbasikal Untuk Kesihatan dan Kecergasan

    06/07/2022

    Fakta Mengenai Warna Air Kencing: Ini yang Anda Perlu Tahu

    17/06/2022
  • Berita

    Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

    11/08/2022

    BL Skincare dan Biela Beauty Mengandungi Racun Berjadual

    04/07/2022

    Air Zam Zam Dilarang Dijual Di Malaysia

    01/07/2022

    Mentega Kacang Jenama Jif Tercemar dengan Bakteria Salmonella

    30/05/2022

    JAKIM Menggantung Lesen Loji Sembelihan Australia

    15/05/2022
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Laman Utama > Kekacang & Legum > 7 Khasiat Tempe Untuk Wanita dan Lelaki
Kekacang & Legum

7 Khasiat Tempe Untuk Wanita dan Lelaki

By JiwaSihatUpdated:19/09/20216 Mins Read

Tempe ialah kacang soya yang telah dimasak dan difermentasi secara terkawal menggunakan kultur pemula seperti Rhizofus sp. Terdapat banyak khasiat tempe yang boleh dimanfaatkan tidak kira kepada wanita atau lelaki.

Tempe adalah makanan tradisional Indonesia yang dihasilkan daripada kacang soya. Makanan ini turut terkenal di rantau Asia Tenggara dan kini boleh didapati di seluruh dunia.

Tempe turut popular dalam kalangan mereka yang mengamalkan diet vegan kerana kandungan protein yang boleh mengantikan daging.

Kandungan protein dalam tempe meliputi ke semua sembilan asid amino perlu (essential amino acid) yang berperanan penting untuk kesihatan tulang dan otot.

Artikel ini akan berkongsi beberapa khasiat tempe yang boleh dimanfaatkan untuk kesihatan yang disokong oleh kajian-kajian sains perubatan.

khasiat tempe

Berikut adalah beberapa khasiat tempe yang bermanfaat kepada kesihatan wanita dan lelaki.

1. Makanan yang Berzat

Tempe mempunyai profil nutrien yang baik. Selain tinggi dengan kandungan protein, tempe turut mengandungi nutrien-nutrien berikut [1]:

  • Protein: 20.3 gram
  • Lemak: 10.8 gram
  • Karbohidrat: 7.6 gram
  • Kalsium: 111 miligram
  • Zat besi: 2.7 miligram
  • Magnesium: 81 miligram
  • Fosforus: 266 miligram
  • Kalium: 412 miligram
  • Zink: 1.1 miligram
  • Mangan: 1.3 miligram
  • Vitamin B1: 0.08 miligram
  • Vitamin B2: 0.36 miligram
  • Vitamin B3: 2.64 miligram
  • Vitamin B5: 0.28 miligram
  • Vitamin B6: 0.22 miligram
  • Folat: 24 mikrogram
  • Vitamin B12: 0.08 mikrogram

Nutrien-nutrien mempunyai pelbagai peranan untuk fungsi badan yang sihat serta melindungi badan daripada penyakit.

2. Mengandungi Prebiotik

Tempe dihasilkan melalui proses fermentasi atau penapaian. Makanan yang difermentasi lazimnya mengandungi probiotik iaitu bakteria baik yang bermanfaat untuk kesihatan.

Walau bagaimanapun, tempe difermentasi menggunakan kulat (fungus) dan dimasak sebelum dimakan, ini menyebabkan tempe rendah dari segi kandungan probiotik.

Tambahan lagi, tempe yang dipasarkan secara komersial biasanya dipasteurkan terlebih dahulu. Ini menyebabkan kemungkinan besar kandungan kandungan bakteria baik dalam tempe adalah rendah.

Namun, terdapat kajian menunjukkan tempe ini kaya dengan prebiotik. Kajian ini mendapati tempe daripada kacang soya merangsang pertumbuhan atau pembiakan bakteria-bakteria baik dalam usus [2].

Prebiotik yang lazimnya terdiri daripada karbohidrat kompleks atau serat menjadi makanan untuk bakteria-bakteria baik dalam usus yang seterusnya menyumbang kepada kesihatan sistem penghadaman [3].

3. Merendahkan Paras Kolesterol

Tempe yang dihasilkan menggunakan kacang soya turut berupaya untuk merendahkan paras kolesterol.

Khasiat ini disumbang oleh kandungan sebatian dalam kacang soya yang dipanggil isoflavon.

Satu analisis yang dijalankan terhadap 11 kajian menyimpulkan bahawa isoflavon soya boleh menurunkan paras jumlah kolesterol dan kolesterol LDL (kolesterol jahat) dengan ketara. Penurunan kolesterol LDL ini lebih besar dalam kalangan individu yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi [4].

Kajian terkini yang dijalankan terhadap 27 peserta yang menghidap kolesterol tinggi turut mendapati makanan yang terdiri daripada kacang soya yang difermentasi boleh menurunkan paras jumlah kolesterol dan kolesterol LDL dengan ketara [5].

4. Merendahkan Tekanan Darah

Selain itu, kandungan isoflavon soya dalam tempe ini juga turut bermanfaat kepada tekanan darah pemakannya.

Ini berdasarkan ulasan kajian yang dijalankan terhadap 14 kajian yang mendapati isoflavon soya boleh menurunkan tekanan darah sistolik secara ketara dalam kalangan orang dewasa [6].

Satu ulasan kajian lain yang melibatkan 1551 wanita pascamenopaus melaporkan bahawa pengambilan protein soya melebihi 25 gram sehari boleh menurunkan tekanan darah. Kesan penurunan ini dipercayai disumbang oleh kandungan sebatian isoflavon dalam kacang soya [7].

5. Menguatkan Tulang

Tempe juga berkhasiat untuk tulang kerana kandungan kalsium yang agak tinggi.

Pengambilan mineral kalsium yang mencukupi penting bagi mengurangkan risiko berlakunya osteoporosis iaitu penyakit yang menyebabkan tulang rapuh dan lemah.

Kajian klinikal yang dijalankan terhadap wanita yang berusia mendapati pengambilan kalsium melalui diet atau suplemen boleh mengurangkan kelesapan tulang dan memelihara ketumpatan tulang [8].

Menariknya lagi, kajian turut menunjukkan bahawa kalsium daripada tempe turut mudah diserap ke dalam badan seperti mana kalsium daripada susu. Ini menjadikan tempe sebagai pilihan makanan yang baik untuk mendapatkan mineral kalsium [9].

6. Boleh Melindungi Hati

Khasiat tempe juga turut merangkumi kesihatan hati. Tempe dilihat berpotensi digunakan untuk merawat kerosakan hati.

Kesan ini dilihat dalam satu kajian yang dijalankan terhadap haiwan yang mengalami kerosakan hati akibat alkohol mendapati pengambilan tempe boleh mengurangkan paras enzim yang menjadi penanda kerosakan hati, menurunkan paras kolesterol dan trigliserida, mengurangkan tekanan oksidatif dan juga nitrik oksida.

Sebaliknya, tempe turut meningkatkan aktiviti-aktiviti antioksidan dalam hati. Keputusan kajian ini menunjukkan tempe boleh memulihkan kerosakan yang berlaku pada hati dan meningkatkan kesan antioksidan [10].

Walau bagaimanapun, kajian lanjut terhadap manusia masih diperlukan.

7. Tinggi dengan Protein

Tempe merupakan makanan yang berasaskan tumbuhan yang tinggi dengan protein.

Tempe selalunya dijadikan menu penganti kepada daging bagi mereka yang mengamalkan diet vegan atau mereka yang vegetarian.

Terdapat kira-kira 20.3 gram protein bagi setiap 100 gram tempe iaitu 33% daripada cadangan pengambilan protein harian bagi rakyat Malaysia dewasa.

Diet yang tinggi protein juga boleh membantu mengawal selera makan dan mengenyangkan.

Satu kajian melaporkan bahawa kudapan (snek) dengan makanan soya tinggi protein boleh mengurangkan selera makan, lebih mengenyangkan dan meningkatkan kualiti diet berbanding kudapan yang tinggi lemak [11].

Rumusan

Tempe adalah salah satu makanan tradisional Indonesia yang turut terkenal di rantau Asia Tenggara seperti Malaysia dan Singapura.

Tempe adalah makanan yang tinggi protein dan turut mengandungi prebiotik. Khasiat-khasiat tempe untuk kesihatan wanita dan lelaki termasuklah merendahkan paras kolesterol, merendahkan tekanan darah, menguatkan tulang dan berpotensi melindungi hati daripada rosak.

Tempe adalah makanan yang mudah dimakan dan boleh digunakan dalam pelbagai masakan.

Rujukan
  1. U.S. Department of Agriculture, Agricultural Research Service. FoodData Central, 2019. fdc.nal.usda.gov.
  2. Kuligowski, M. et al. (2013). Evaluation of bean and soy tempeh influence on intestinal bacteria and estimation of antibacterial properties of bean tempeh. Polish journal of microbiology.
  3. Holscher H. D. (2017). Dietary fiber and prebiotics and the gastrointestinal microbiota. Gut microbes.
  4. Taku, K. et al. (2007). Soy isoflavones lower serum total and LDL cholesterol in humans: a meta-analysis of 11 randomized controlled trials. The American journal of clinical nutrition.
  5. Jung, S. M. et al. (2021). A Non-Probiotic Fermented Soy Product Reduces Total and LDL Cholesterol: A Randomized Controlled Crossover Trial. Nutrients.
  6. Taku, K. et al. (2010). Effects of soy isoflavone extract supplements on blood pressure in adult humans: systematic review and meta-analysis of randomized placebo-controlled trials. Journal of hypertension.
  7. Kou, T. et al. (2017). Effect of soybean protein on blood pressure in postmenopausal women: a meta-analysis of randomized controlled trials. Food & function.
  8. Storm, D. et al. (1998). Calcium supplementation prevents seasonal bone loss and changes in biochemical markers of bone turnover in elderly New England women: a randomized placebo-controlled trial. The Journal of clinical endocrinology and metabolism.
  9. Haron, H. et al. (2010). Absorption of calcium from milk and tempeh consumed by postmenopausal Malay women using the dual stable isotope technique. International journal of food sciences and nutrition.
  10. Mohd Yusof, H. et al. (2013). Hepatoprotective Effect of Fermented Soybean (Nutrient Enriched Soybean Tempeh) against Alcohol-Induced Liver Damage in Mice. Evidence-based complementary and alternative medicine.
  11. Leidy, H. J. et al. (2015). Consuming High-Protein Soy Snacks Affects Appetite Control, Satiety, and Diet Quality in Young People and Influences Select Aspects of Mood and Cognition. The Journal of nutrition.
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email
ARTIKEL TERKINI

Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

11/08/2022

Makanan dan Minuman Untuk Merawat Kencing Kotor (Petua)

11/08/2022

Badan Sering Lesu? Anda Mungkin Kekurangan 6 Nutrien Ini

08/08/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • KlinikMinda
  • SihatAfiat

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.