JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan & Kecergasan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Debunga: Gejala, Punca dan Rawatan

    30/07/2022

    6 Tanda Tak Toleran Laktosa Yang Anda Perlu Tahu

    04/07/2022

    Alahan Terhadap Kulapuk atau Kulat: Gejala, Punca dan Rawatan

    21/06/2022

    Apa itu Alahan Kasein? Punca, Simptom dan Rawatan

    29/10/2021

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2021
  • Kesihatan & Kecergasan

    Tidur Selepas Makan: Adakah Baik atau Tidak?

    23/07/2022

    Keracunan Makanan: Gejala, Punca dan Rawatan

    19/07/2022

    Senaman Untuk Orang Semput (Asma)

    14/07/2022

    10 Kelebihan Berbasikal Untuk Kesihatan dan Kecergasan

    06/07/2022

    Fakta Mengenai Warna Air Kencing: Ini yang Anda Perlu Tahu

    17/06/2022
  • Berita

    Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

    11/08/2022

    BL Skincare dan Biela Beauty Mengandungi Racun Berjadual

    04/07/2022

    Air Zam Zam Dilarang Dijual Di Malaysia

    01/07/2022

    Mentega Kacang Jenama Jif Tercemar dengan Bakteria Salmonella

    30/05/2022

    JAKIM Menggantung Lesen Loji Sembelihan Australia

    15/05/2022
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Laman Utama > Produk Tenusu > Khasiat Susu Badam (Pilihan untuk Mereka yang Alahan Susu)
Produk Tenusu

Khasiat Susu Badam (Pilihan untuk Mereka yang Alahan Susu)

By JiwaSihatUpdated:22/09/20214 Mins Read

Susu badam mungkin pada awalnya tidak begitu popular dalam kalangan masyarakat di negara ini. Tetapi, selepas pengenalannya oleh FarmFresh, susu tumbuhan ini mungkin lebih dikenali. Khasiat susu badam tidak kurang hebatnya berbanding susu lembu biasa.

Artikel ini menyenaraikan beberapa khasiat susu badam yang bermanfaat untuk anda sebagai pengguna.

Susu badam adalah susu yang dihasilkan daripada kacang badam. Asasnya, susu badam diperolehi daripada penapisan terhadap campuran antara tepung atau pes kacang badam dengan air.

Bagi peringkat pemprosesan komersial, proses menggunakan tekanan tinggi dan pempasteuran mungkin terlibat untuk meningkatkan kestabilan dan jangka hayat susu tersebut.

khasiat susu badam

Susu badam adalah produk alternatif kepada mereka yang mengalami alahan susu atau tak tolerans laktosa. Ini kerana susu daripada tumbuhan seperti badam tidak mempunyai protein tenusu atau laktosa.

Berikut adalah beberapa khasiat susu badam yang mempunyai banyak kebaikan terhadap kesihatan badan.

1. Kaya dengan Vitamin E

Susu badam kaya dengan vitamin E.

Secara purata, terdapat kira-kira 1.2 hingga 6 miligram vitamin E bagi setiap 100 mililiter susu badam. Walau bagaimanapun, nilai ini berbeza-beza mengikut jenama produk susu ini [1].

Vitamin E adalah vitamin larut lemak yang bertindak sebagai antioksidan. Sifat antioksidan vitamin E ini boleh membantu melindungi sel-sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas.

Selain itu, vitamin E juga penting untuk menguatkan sistem pertahanan badan daripada sebarang serangan bakteria atau virus.

2. Kaya dengan Vitamin A

Susu badam juga turut kaya dengan vitamin A.

Secara umumnya, terdapat kira-kira 60 hingga 180 mikrogram vitamin A dalam 100 mililiter susu badam. Kandungan vitamin A ini juga turut berbeza-beza mengikut pengeluar susu ini [1].

Vitamin A juga merupakan vitamin larut lemak yang penting untuk kesihatan mata, sistem imun dan juga sistem reproduktif.

3. Rendah dengan Kalori

Salah satu khasiat atau kelebihan susu badam adalah rendah dengan kalori.

Kalori bagi setiap 100 mililiter susu badam adalah sekitar 30 hingga 50 kcal. Namun, sekiranya produk susu badam tersebut ditambah dengan gula, kalorinya akan menjadi lebih tinggi.

Minuman rendah kalori ini sesuai untuk mereka yang ingin mengekalkan atau mengurangkan berat badan mereka.

4. Bebas Laktosa

Khasiat susu badam yang seterusnya adalah bebas laktosa.

Laktosa adalah gula yang terdapat dalam susu biasa seperti susu lembu, susu kambing atau susu haiwan ternakan lain.

Sesetengah orang dilahirkan dengan masalah tak tolerans laktosa. Ini menyebabkan mereka mengalami masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, angin, loya atau cirit-birit sekiranya minum produk tenusu atau produk yang mengandungi tenusu.

Susu daripada tumbuhan seperti susu badam adalah pilihan terbaik untuk golongan tak tolerans laktosa kerana susu jenis ini tidak mengandungi laktosa.

5. Bebas Tenusu

Susu badam juga bebas tenusu. Ini bermakna susu ini bebas daripada protein susu daripada haiwan atau produk yang dihasilkan daripada susu haiwan.

Ciri-ciri ini penting bagi mereka yang mengamalkan diet vegan atau mereka yang tidak makan makanan daripada sumber haiwan atas faktor agama dan sebagainya.

Selain itu, produk bebas tenusu seperti susu badam ini juga turut memberi manfaat kepada mereka yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.

6. Sumber yang Baik Kepada Kalsium

Susu badam juga turut tinggi dengan kalsium.

Oleh kerana susu badam selalu digunakan sebagai penganti kepada susu tenusu, pengilang lazimnya akan memperkayakan susu badam ini dengan kalsium [2].

Kalsium adalah mineral yang penting untuk pertumbuhan dan kesihatan tulang. Selain itu, kalsium juga boleh membantu mengurangkan risiko keretakan tulang dan osteoporosis [3].

Tambahan lagi, kalsium juga turut diperlukan oleh badan untuk fungsi otot, saraf dan jantung.

7. Berpotensi Mencegah Sel Kanser Prostat

Menariknya juga, susu badam dilihat boleh mencegah sel-sel kanser prostat.

Berdasarkan satu kajian, susu badam didapati boleh merencatkan kadar pertumbuhan sel-sel kanser prostat sebanyak 34% [4].

Walau bagaimanapun, kajian-kajian lanjutan masih diperlukan untuk menguatkan dapatkan kajian ini.

Bagaimana untuk Menggunakan Susu Badam

Susu badam boleh diminum atau digunakan dalam pelbagai cara. Berikut adalah beberapa idea berkenaan penggunaan susu badam:

  • Dijadikan minuman yang berkhasiat dan menyegarkan
  • Digunakan bersama-sama sarapan pagi seperti oat, muesli atau bijirin
  • Digunakan dalam smoothie
  • Digunakan dalam masakan
  • Digunakan dalam pembuatan kek atau penkek
  • Digunakan dalam aiskrim buatan sendiri
  • Dijadikan yogurt buatan sendiri
  • Dicampur dalam teh, kopi atau minuman coklat

Rumusan

Susu badam adalah sejenis susu tumbuhan yang boleh menjadi pilihan alternatif kepada mereka yang mempunyai alahan susu, tak tolerans laktosa atau mereka yang mengamalkan diet vegan.

Susu badam turut kaya dengan kandungan vitamin E, vitamin A dan kalsium. Sesetengah susu badam juga turut diperkaya dengan vitamin D.

Anda boleh meminum susu ini seperti mana anda meminum susu biasa.

Rujukan
  1. Vanga, S. K., & Raghavan, V. (2018). How well do plant based alternatives fare nutritionally compared to cow’s milk?. Journal of food science and technology.
  2. Sethi, S. et al. (2016). Plant-based milk alternatives an emerging segment of functional beverages: a review. Journal of food science and technology.
  3. Flynn A. (2003). The role of dietary calcium in bone health. The Proceedings of the Nutrition Society.
  4. Tate, P. L. et al. (2011). Milk stimulates growth of prostate cancer cells in culture. Nutrition and cancer.
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email
ARTIKEL TERKINI

Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

11/08/2022

Makanan dan Minuman Untuk Merawat Kencing Kotor (Petua)

11/08/2022

Badan Sering Lesu? Anda Mungkin Kekurangan 6 Nutrien Ini

08/08/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • KlinikMinda
  • SihatAfiat

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.