JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan & Kecergasan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Debunga: Gejala, Punca dan Rawatan

    30/07/2022

    6 Tanda Tak Toleran Laktosa Yang Anda Perlu Tahu

    04/07/2022

    Alahan Terhadap Kulapuk atau Kulat: Gejala, Punca dan Rawatan

    21/06/2022

    Apa itu Alahan Kasein? Punca, Simptom dan Rawatan

    29/10/2021

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2021
  • Kesihatan & Kecergasan

    Tidur Selepas Makan: Adakah Baik atau Tidak?

    23/07/2022

    Keracunan Makanan: Gejala, Punca dan Rawatan

    19/07/2022

    Senaman Untuk Orang Semput (Asma)

    14/07/2022

    10 Kelebihan Berbasikal Untuk Kesihatan dan Kecergasan

    06/07/2022

    Fakta Mengenai Warna Air Kencing: Ini yang Anda Perlu Tahu

    17/06/2022
  • Berita

    Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

    11/08/2022

    BL Skincare dan Biela Beauty Mengandungi Racun Berjadual

    04/07/2022

    Air Zam Zam Dilarang Dijual Di Malaysia

    01/07/2022

    Mentega Kacang Jenama Jif Tercemar dengan Bakteria Salmonella

    30/05/2022

    JAKIM Menggantung Lesen Loji Sembelihan Australia

    15/05/2022
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Laman Utama > Minuman & Manisan > Khasiat Madu Kelulut untuk Kesihatan (Ini Bukti Kajian)
Minuman & Manisan

Khasiat Madu Kelulut untuk Kesihatan (Ini Bukti Kajian)

By Iskandar Zulkarnain, MScUpdated:29/10/20218 Mins Read

Madu kelulut semakin mendapat perhatian dan permintaan tinggi di pasaran kerana khasiat dan nilai perubatannya. Khasiat madu kelulut telah berjaya dibukti dalam pelbagai kajian. Artikel ini akan menerangkan kepada anda akan khasiat madu kelulut berdasarkan kajian-kajian tersebut.

Terdapat kira-kira 500 spesies lebah kelulut di dunia iaitu di Amerika Latin, Afrika, Australia dan Timur dan Selatan Asia. Di Malaysia, terdapat kira-kira 38 spesies lebah kelulut dan 4 daripadanya diusahakan secara komersial.

Komposisi madu kelulut terdiri daripada gula dalam bentuk fruktosa dan glukosa, asid organik, sebatian fenolik seperti asid fenolik dan flavonoid, protein, asid amino, enzim, vitamin dan mineral.

Kandungan polifenolik (antioksidan) dalam madu kelulut adalah 10 kali ganda lebih tinggi berbanding madu lebah biasa. Selain itu, madu kelulut juga sangat berpotensi untuk mencegah penyakit-penyakit kronik.

khasiat madu kelulut
Lebah Kelulut

Berikut ialah khasiat madu kelulut untuk kesihatan kita berdasarkan kajian-kajian sains perubatan.

1. Boleh Membantu Menyembuhkan Luka

Madu telah digunakan oleh pakar bedah era Mesir kuno untuk merawat luka yang terbuka. Madu juga boleh mencegah jangkitan dan mempercepatkan penyembuhan luka. [1]

Khasiat madu kelulut ini dapat dilihat dalam satu kajian yang dijalankan oleh pengkaji dari fakulti farmasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mendapati madu kelulut turut berupaya menyembuhkan luka. [2]

Antioksidan dalam madu kelulut bertindak memutuskan rantaian radikal bebas yang boleh mendatangkan kesan buruk pada kawasan luka. Manakala, sifat antibakteria dalam madu kelulut mencegah jangkitan bakteria dan mempercepatkan penyembuhan.

2. Boleh Membantu Mencegah atau Merawat Penyakit Kencing Manis

Kandungan gula darah yang tinggi, profil lipid (lemak) yang tinggi dan penghasilan insulin yang tidak mencukupi oleh pankreas adalah tanda-tanda kepada penyakit kencing manis (diabetes mellitus).

Banyak kajian yang dijalankan mendapati madu lebah mempunyai kesan antidiabetes.

Pada tahun 2017, kajian yang dijalankan oleh pengkaji dari Universiti Malaysia Kelantan dan Universiti Malaya mendapati madu kelulut juga turut mempunyai ciri-ciri antidiabetes dan turut berpotensi melindungi pankreas daripada rosak atau gagal berfungsi. [3]

Madu kelulut juga didapati mampu mencegah enzim-enzim yang menyebabkan peningkatan gula darah lebih baik daripada madu lebah biasa. [4]

3. Boleh Digunakan untuk Merawat Penyakit Mata

Madu kelulut juga boleh digunakan untuk merawat sakit mata seperti konjunktivitis atau katarak.

Konjunktivitis ialah keradangan pada membran halus yang menutupi bola mata dan lapisan kelopak mata disebabkan oleh jangkitan bakteria, virus atau alahan. Tanda-tanda konjunktivitis ini termasuklah mata menjadi merah, gatal pada mata dan mata berair.

Khasiat madu kelulut terhadap kesihatan mata ditunjukkan dalam satu kajian makmal yang dijalankan di University of Cape Coast, Ghana. Kajian ini mendapati madu kelulut dapat menyingkatkan tempoh jangkitan pada mata akibat daripada bakteria Staphylococcus aureus dan Pseudomonas aeruginosa. [5]

Selain itu, satu kajian makmal mendapati titisan madu kelulut kepada tikus yang mempunyai katarak mata menunjukkan kelewatan dari segi perkembangan katarak. Ini menunjukkan madu kelulut berpotensi mencegah penyakit katarak. [6]

4. Berpotensi Mencegah Kanser

Madu kelulut juga didapati boleh mencegah perkembangan kanser kolon. Dalam kajian ini, madu kelulut diberikan secara makan kepada tikus makmal dan hasilnya menunjukkan pengurangan pada perkembangan kanser ini. [7]

Kajian makmal yang lain juga mendapati madu kelulut menunjukkan keupayaan untuk membunuh sel-sel kanser hati. [8]

Khasiat madu kelulut dalam membantu mencegah kanser mungkin disumbang oleh sebatian fenolik yang terkandung di dalamnya.

Kuersetin, apigenin, krisin dan luteolin adalah sebatian polifenol dalam madu kelulut yang mempunyai kesan antikanser. [9]

Kajian-kajian lanjutan termasuk kajian klinikal masih diperlukan untuk menguatkan lagi hasil kajian yang sedia ada.

5. Baik untuk Kesuburan Lelaki

Secara umumnya, madu mempunyai khasiat kepada kesuburan dengan menambahbaik hormon yang berkaitan dengan kesuburan.

Kajian yang dijalankan terhadap madu kelulut mendapati madu kelulut boleh meningkatkan kualiti sperma dalam tikus yang menghidap penyakit kencing manis. [10]

Selain itu, khasiat madu kelulut juga turut didapati boleh meningkatkan jumlah, pergerakan dan daya maju sperma dalam tikus yang tidak mempunyai penyakit kencing manis. [10]

Kajian-kajian makmal ini menunjukkan potensi madu kelulut yang boleh memberi manfaat kepada manusia. Kajian-kajian klinikal yang lebih lanjut harus dijalankan untuk mengesahkan kesan yang sama terhadap manusia.

6. Boleh Membantu Mengurangkan Berat Badan

Madu kelulut juga berkhasiat dalam membantu mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2018 oleh pengkaji dari Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia, madu kelulut didapati boleh membantu mengurangkan berat badan tikus yang mengalami obesiti. [11]

Tikus yang obes ini diberikan madu kelulut selama 6 minggu. Hasil kajian tersebut menunjukkan penurunan berat badan serta penurunan kadar trigliserida dan kolesterol LDL (kolestrerol jahat).

7. Boleh Mencegah Jangkitan Bakteria

Seperti madu lebah biasa, madu kelulut juga boleh mencegah jangkitan bakteria.

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji dari Universiti Malaya mendapati madu kelulut menunjukkan aktiviti antibakteria terhadap bakteria jenis S. aureus, E. coli dan P. aeruginosa. [12]

Bakteria-bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan pada kulit, cirit-birit dan juga jangkitan pada paru-paru atau darah.

Terdapat juga kajian lain yang menunjukkan kesan antibakteria madu kelulut terhadap bakteria S. aureus, E. faecalis, E. coli dan P. aeruginosa.

Menariknya lagi, madu ini menunjukkan kesan antibakteria tanpa pengaruh daripada hidrogen peroksida. Ini menunjukkan sifat antibakteria madu kelulut ini adalah kuat,malahan lebih kuat jika dibandingkan dengan madu Manuka. [13]

Madu Manuka adalah madu lebah yang terkemuka dari New Zealand dan Australia.

8. Boleh Menjadi Pelembap Semulajadi

Madu kelulut juga mempunyai ciri-ciri pelembap. Kehadiran komponen seperti gula, protein, asid laktik, gliserin, propilena glikol dan sorbitol dalam madu kelulut menyumbang kepada sifat pelembapnya.

Terdapat juga kajian yang menyatakan gabungan antara vitamin B,E, K dan mineral kalium, fosforus serta kalsium turut menyumbang kepada kelembapan madu ini.

Ciri-ciri pelembap ini berguna dalam penyembuhan luka.

Madu kelulut mempunyai kelembapan yang lebih tinggi daripada madu lebah biasa. Kelembapan disekeliling luka penting bagi mencegah jangkitan baru dan mewujudkan kitaran oksigen yang berkesan. [14]

9. Baik untuk Kesihatan Otak

Seperti madu lebah biasa, madu kelulut juga menunjukkan potensi yang baik untuk kesihatan otak.

Kajian terhadap haiwan mendapati madu kelulut boleh mengurangkan keresahan dan melemahkan penyakit berkaitan otak seperti penyakit Parkinson dan Alzheimer melalui aktiviti antioksidannya. [15]

Namun begitu, kajian-kajian lebih lanjut terutamanya terhadap manusia untuk menguatkan lagi hasil kajian yang sedia ada.

10. Sumber Baru untuk Pemanis (Trehalulose)

Madu kelulut yang diperolehi dari Malaysia, Australia dan Brazil adalah madu yang mengandungi sebatian trehalulose. Trehalulose ini adalah komponen pemanis (gula) utama bagi madu kelulut di Malaysia, Australia dan Brazil.

Trehalulose ini mempunyai formula molekul yang sama dengan sukrosa tetapi mempunyai kadar pelepasan gula ke dalam salur darah lebih rendah berbanding sukrosa. Ini menjadikan madu kelulut sebagai makanan yang rendah indeks glisemik.

Selain itu juga, trehalulose ini juga tidak menyebabkan pereputan gigi dan bersifat antioksidan. Ciri-ciri ini dipercayai menjadi penyumbang kepada khasiat-khasiat madu kelulut. [16]

Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Madu Kelulut?

Madu kelulut boleh didapati di kedai-kedai yang menjual makanan kesihatan atau secara atas talian – Dapatkan madu kelulut online

Rumusan

Pada asasnya, khasiat madu kelulut mempunyai ciri-ciri perubatan yang hampir sama dengan madu lebah lain.

Tetapi ada juga kajian yang menunjukkan madu kelulut lebih kuat atau lebih berkesan dalam merawat sesuatu penyakit atau masalah kesihatan. Madu kelulut sesuai digunakan untuk merawat luka hinggalah kepada mencegah obesiti.

Khasiat madu kelulut ini boleh dimanfaatkan sama ada khusus untuk merawat penyakit atau sebagai makanan kesihatan.

Rujukan
  1. Ahmed, A. K. et al. (2003). Honey-medicated dressing: transformation of an ancient remedy into modern therapy. Annals of plastic surgery.
  2. Abd Jalil, M. A. et al. (2017). Stingless Bee Honey, the Natural Wound Healer: A Review. Skin pharmacology and physiology.
  3. Aziz, M. et al. (2017). Pancreatoprotective effects of Geniotrigona thoracica stingless bee honey in streptozotocin-nicotinamide-induced male diabetic rats. Biomedicine & pharmacotherapy.
  4. Krishnasree, V. & Mary Ukkuru, P. (2017). In vitro antidiabetic activity and glycemic index of bee honeys. Indian Journal of Traditional Knowledge 16(1): 134-140.
  5. Ilechie, A. A. et al. (2012). The efficacy of stingless bee honey for the treatment of bacteria-induced conjunctivitis in guinea pigs. Journal of experimental pharmacology.
  6. Vit, Patricia. (2002). Effect of stinglessbee honey in selenite induced cataracts. Apiacta 3.
  7. Saiful Yazan, L. et al. (2016). Chemopreventive Properties and Toxicity of Kelulut Honey in Sprague Dawley Rats Induced with Azoxymethane. BioMed research international.
  8. Kustiawan, P. M. et al. (2014). In vitro cytotoxicity of Indonesian stingless bee products against human cancer cell lines. Asian Pacific journal of tropical biomedicine.
  9. Hossen, M. S. et al. (2017). Beneficial roles of honey polyphenols against some human degenerative diseases: A review. Pharmacological reports.
  10. Budin, S. B. et al. (2017). Kelulut Honey Supplementation Prevents Sperm and Testicular Oxidative Damage In Streptozotocin-Induced Diabetic Rats. Jurnal Teknologi.
  11. Mohd Rafie, A. Z. et al. (2018). Supplementation of Stingless Bee Honey from Heterotrigona itama Improves Antiobesity Parameters in High-Fat Diet Induced Obese Rat Model. Evidence-based complementary and alternative medicine.
  12. Zainol, M. I. et al.(2013). Antibacterial activity of selected Malaysian honey. BMC complementary and alternative medicine.
  13. Temaru, E. et al. (2007). Antibacterial activity of honey from stingless honeybees (Hymenoptera; Apidae; Meliponinae). Polish journal of microbiology.
  14. Abd Jalil, M. A. et al. (2017). Stingless Bee Honey, the Natural Wound Healer: A Review. Skin pharmacology and physiology.
  15. Arshad, N. ‘.et al. (2020). Stingless Bee Honey Reduces Anxiety and Improves Memory of the Metabolic Disease-induced Rats. CNS & neurological disorders drug targets.
  16. Fletcher, M. T. et al. (2020). Stingless bee honey, a novel source of trehalulose: a biologically active disaccharide with health benefits. Scientific reports.
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email
ARTIKEL TERKINI

Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

11/08/2022

Makanan dan Minuman Untuk Merawat Kencing Kotor (Petua)

11/08/2022

Badan Sering Lesu? Anda Mungkin Kekurangan 6 Nutrien Ini

08/08/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • KlinikMinda
  • SihatAfiat

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.