JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan Badan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2025

    20 Makanan Mengandungi Susu Perlu Dielakkan

    29/08/2025

    Ujian Alahan (Allergy Test): Apa yang Anda Perlu Tahu

    14/06/2025

    Alahan Gandum: Punca, Simptom dan Rawatan

    17/03/2025

    12 Tanda Tak Tolerans Gluten Yang Anda Perlu Tahu

    09/03/2025
  • Kesihatan Badan
    kebaikan sabun susu kambing

    Kebaikan Sabun Susu Kambing untuk Kulit

    31/08/2025

    13 Jenis Senaman Kardio Yang Mudah & Menyeronokkan

    15/06/2025

    Berjalan Vs Berlari: Mana Yang Lebih Baik Untuk Kesihatan?

    11/05/2025
    jaundis

    Jaundis Dewasa (Sakit Kuning): Simptom, Punca dan Rawatan

    25/04/2025

    Petua Menghilangkan Dengkur: 12 Cara Mudah

    21/04/2025
  • Berita
    produk-skin-revolution-acne-clearing-solution

    Produk Skin Revolution-Acne Clearing Solution Beracun

    06/08/2025

    Tepung Gandum Kini Diperkaya Dengan Asid Folik & Zat Besi

    26/07/2025

    Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream Beracun

    11/06/2025

    Kesan Jangka Panjang COVID-19 (Long COVID)

    09/06/2025

    Produk PS 21 Capsule Mengandungi Racun

    07/06/2025
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Home»Sayur-sayuran»Khasiat Maca untuk Lelaki dan Wanita (Maca Root)
Sayur-sayuran

Khasiat Maca untuk Lelaki dan Wanita (Maca Root)

By JiwaSihat21/09/2025

Khasiat maca atau akar maca mungkin menjadi persoalan bagi mereka yang belum mencubanya. Mungkin ada juga yang tertanya-tanya akan bukti kajian yang menyokong khasiat maca ini?

Justeru itu,artikel ini akan menyenaraikan khasiat-khasiat maca atau maca root berdasarkan kajian-kajian sebagai panduan kepada anda sebagai pengguna.

Maca atau nama saintifiknya Lepidium meyenii turut dikenali sebagai Peruvian Ginseng. Ia tumbuh di Banjaran Andes di negara Peru. Tumbuhan ini tumbuh pada ketinggian 4,000 meter. Terdapat 3 jenis maca yang dibezakan mengikut warnanya iaitu:

  • Maca merah
  • Maca kuning
  • Maca hitam

Akar maca atau maca root telah lama digunakan oleh penduduk setempat untuk meningkatkan kesuburan dan fungsi seksual terhadap lelaki mahupun wanita. Beberapa kajian ada menyokong khasiat tumbuhan ini. Ini menjadikan permintaan kepada maca terus meningkat.

khasiat maca
Serbuk akar maca

Antara khasiat-khasiat maca atau akar maca kepada kesihatan lelaki dan wanita termasuklah:

1. Mengandungi Nutrien Tertentu

Maca turut mengandungi nutrien-nutrien penting yang boleh menyokong kesihatan badan secara keseluruhannya.

Komposisi maca yang kering terdiri daripada [1]:

  • 10% protein
  • 59% karbohidrat
  • 2% lipid (lemak)
  • 8.5 % serat

Selain itu, maca juga turut mengandungi mineral-mineral lain seperti [1]:

  • Zat besi: 16.6 mg/100 g
  • Kalsium: 150 mg/100 g
  • Tembaga: 5.9 mg/100 g
  • Zink: 3.8 mg/100 g
  • Kalium 2050 mg/ 100 g
  • Mangan: 0.8 mg/100 g

Maca juga mengandungi sebatian yang memainkan peranan penting terhadap khasiat-khasiat tumbuhan ini iaitu glukosinolat.

2. Boleh Meningkatkan Tenaga Batin

Seperti penggunaannya oleh masyarakat setempat di Banjaran Andes, kajian sains turut menyokong pengambilan maca boleh meningkatkan tenaga batin.

Satu kajian klinikal terhadap lelaki sihat oleh pengkaji dari Universidad Peruana Cayetano Heredia, Peru mendapati maca boleh meningkatkan kemahuan seksual tanpa dipengaruhi oleh paras hormon lelaki [2].

Manakala, satu kajian semula yang melibatkan 4 kajian mendapati 2 daripadanya menunjukkan kesan positif yang ketara terhadap fungsi dan kemahuan seksual wanita menopaus yang sihat dan lelaki dewasa yang sihat.

Lanjutan daripada kajian ini juga turut mendapati maca boleh menambah baik masalah mati pucuk dalam kalangan lelaki [3].

3. Meningkatkan Kesuburan Buat Lelaki

Maca juga boleh membantu meningkatkan kesuburan buat lelaki.

Terdapat banyak faktor yang boleh menjejaskan kesuburan lelaki. Antaranya adalah merokok, obesiti dan minum arak.

Satu kajian semula yang dilakukan oleh pengkaji dari Korea Institute of Oriental Medicine, Korea mendapati maca menunjukkan kesan yang positif terhadap pergerakan sperma bagi lelaki yang tidak subur.

Kajian ini turut mendapati maca boleh mendatangkan kesan yang positif terhadap kualiti air mani bagi lelaki yang sihat [4].

Satu kajian terkini yang dijalankan terhadap pesakit yang mengalami masalah kesuburan melaporkan bahawa pengambilan 2 gram maca selama 12 minggu boleh meningkatkan kepekatan sperma [5].

4. Melegakan Simptom Menopaus Buat Wanita

Maca juga turut mempunyai khasiat kepada kesihatan wanita.

Terdapat satu laporan kes, di mana seorang wanita berusia 32 tahun mengalami simptom-simptom menopaus akibat pembedahan pembuangan rahim. Wanita ini diberikan maca dan suplemen khusus. Hasilnya, pengambilan maca dan suplemen tersebut berjaya melegakan simptom-simptom menopaus tersebut [6].

Satu kajian semula yang melibatkan 4 kajian turut mendapati pengambilan maca boleh membantu merawat simptom-simptom menopaus dalam kalangan wanita [7].

Walau bagaimanapun, pengkaji menyarankan kajian lanjut dilakukan untuk mendapatkan satu kesimpulan yang kukuh.

5. Membantu Meningkatkan Tenaga

Maca juga biasanya dimakan sebagai suplemen sukan untuk meningkatkan ketahanan dan kekuatan atlet.

Khasiat maca ini dapat dibuktikan dalam satu kajian rintis yang melibatkan 8 orang atlet berbasikal yang melengkapkan 40km ujian masa berbasikal sebelum dan selepas pengambilan ekstrak maca.

Kajian ini mendapati pengambilan ekstrak maca selama 14 hari boleh meningkatkan prestasi ujian masa atlet berbasikal tersebut [8].

6. Baik untuk Kulit

Maca juga dilihat dapat membantu melindungi kulit daripada sinaran UV. Sinaran UV daripada matahari boleh membakar dan merosakkan kulit yang tidak dilindungi.

Lama-kelamaan, sinaran UV ini boleh menyebabkan kedutan dan meningkatkan risiko kanser kulit.

Kajian terhadap haiwan mendapati ekstrak maca boleh melindungi kulit haiwan tersebut daripada sinaran UV [9].

Kajian lain yang menggunakan ekstrak daun ketiga-tiga jenis maca mendapati ketiga-tiga jenis ekstrak daun maca ini mempunyai ciri-ciri perlindungan terhadap sinaran UV dan mempunyai aktiviti antioksidan.

Maca merah melindungi kulit melalui aktiviti antioksidannya manakala maca hitam dan kuning melindungi kulit melalui perlindungan daripada perubahan akibat sinaran UV [10].

Kajian-kajian lanjutan masih diperlukan untuk melihat kesan penggunaan maca terhadap kulit manusia.

7. Boleh Mengurangkan Saiz Prostat

Prostat adalah kelenjar yang hanya terdapat pada lelaki.

Pembesaran kelenjar prostat dipanggil hiperplasia prostat benigna (BPH). Pembesaran saiz kelenjar prostat ini lazim berlaku kepada lelaki yang berumur.

Satu kajian yang dijalankan terhadap haiwan mendapati ekstrak maca merah boleh mengurangkan saiz prostat bagi haiwan yang mengalami hiperplasia prostat benigna ini [11].

Kajian terhadap haiwan yang lain turut mendapati maca merah boleh mengurangkan saiz prostat. Maca merah juga turut mencegah kenaikan berat kelenjar prostat tersebut. Pembesaran prostat ini berjaya dikurangkan selepas 42 hari rawatan menggunakan maca merah [12].

8. Membantu Mengurangkan Kemurungan

Maca juga turut berkhasiat dalam membantu mengurangkan kemurungan atau keresahan.

Kajian awal mendapati pengambilan serbuk maca sebanyak 3.5 gram sehari boleh mengurangkan simptom-simptom psikologi seperti kemurungan dan keresahan dalam kalangan wanita pascamenopaus [13].

Kajian lain turut mendapati pengambilan maca boleh mengurangkan simptom-simptom kemurungan dalam kalangan wanita Cina yang pascamenopaus [14].

9. Meningkatkan Memori dan Pembelajaran

Maca juga dilihat mempunyai khasiat dalam membantu meningkatkan memori dan pembelajaran. Khasiat ini sangat bermanfaat terutamanya bagi mereka yang mengalami penyakit Alzheimer.

Bukti daripada kajian pada tahun 2011 mendapati ekstrak maca hitam boleh meningkatkan memori dalam kalangan haiwan [15].

Satu kajian semula pada tahun 2014 pula menunjukkan maca boleh memulihkan kerosakan terhadap memori dan pembelajaran. Kesan ini boleh membantu merawat penyakit yang menjejaskan proses ini seperti penyakit Alzheimer [16].

10. Boleh Mengurangkan Tekanan Darah

Maca juga dilihat berpotensi membantu mengurangkan tekanan darah bagi mereka yang mengambilnya.

Satu kajian yang dijalankan terhadap wanita pascamenopaus mendapati ekstrak maca boleh menurunkan paras tekanan darah diastolik bagi golongan ini [14].

Walau bagaimanapun, kajian-kajian lanjut masih diperlukan untuk menguatkan lagi hasil dapatan kajian ini.

Keselamatan dan Kesan Sampingan

Secara umumnya, maca adalah selamat untuk dimakan atau digunakan.

Kendatipun begitu, penduduk setempat di Banjaran Andes menyarankan maca ini direbus terlebih dahulu sebelum dimakan kerana maca yang mentah atau segar mungkin mempunyai kesan tidak baik kepada kesihatan.

Bagi mereka yang mempunyai penyakit atau masalah tiroid. Golongan ini harus berhati-hati dengan pengambilan maca.

Ini kerana tumbuhan ini mengandungi sebatian yang dipanggil goitrogen. Goitrogen boleh mengganggu fungsi normal kelenjar tiroid. Sebatian ini lebih memberi kesan terhadap mereka yang telah mengalami kepincangan terhadap fungsi tiroid.

Bagi wanita yang mengandung atau menyusukan anak, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang bentuk suplemen mengandungi maca.

Cara Penggunaan

Biasanya, maca boleh didapati dalam bentuk serbuk, kapsul atau cecair. Maca ada dijual sebagai suplemen atau ditambah dalam makanan.

Maca juga ada digunakan dalam sesetengah produk penjagaan diri.

Tiada dos piawai yang ditentukan untuk penggunaan akar maca atau maca ini. Tetapi pengamal perubatan menyarankan agar bermula dengan 3 gram (1 sudu teh) dan beransur-ansur meningkat kepada 9 gram sehari [17].

Rumusan

Maca adalah tumbuhan dari keluarga sawi yang boleh membantu meningkatkan tenaga batin, fungsi seksual dan kesuburan bagi lelaki dan wanita.

Selain itu, maca turut bermanfaat untuk menambah baik emosi dan mengatasi masalah kemurungan. Terdapat juga kajian yang menunjukkan maca boleh meningkatkan prestasi dan tenaga.

Banyak kajian terhadap khasiat maca ini masih diperingkat kajian terhadap haiwan. Justeru itu, khasiat maca yang menarik ini memerlukan banyak lagi kajian klinikal yang lebih besar dan berkualiti tinggi.

Rujukan
  1. Dini, A. et al (1994). Chemical composition of Lepidium meyenii. Food Chemistry.
  2. Gonzales, G. F. et al. (2002). Effect of Lepidium meyenii (MACA) on sexual desire and its absent relationship with serum testosterone levels in adult healthy men. Andrologia.
  3. Shin, B. C. et al. (2010). Maca (L. meyenii) for improving sexual function: a systematic review. BMC complementary and alternative medicine.
  4. Lee, M. S. et al. (2016). The use of maca (Lepidium meyenii) to improve semen quality: A systematic review. Maturitas.
  5. Alcalde, A. M., & Rabasa, J. (2020). Does Lepidium meyenii (Maca) improve seminal quality?. Andrologia.
  6. Ross K. (2021). Nutritional management of surgically induced menopause: A case report. Women’s health.
  7. Lee, M. S. et al. (2011). Maca (Lepidium meyenii) for treatment of menopausal symptoms: A systematic review. Maturitas.
  8. Stone, M. et al. (2009). A pilot investigation into the effect of maca supplementation on physical activity and sexual desire in sportsmen. Journal of ethnopharmacology.
  9. Gonzales-Castañeda, C. and Gonzales, G.F. (2008), Hypocotyls of Lepidium meyenii (maca), a plant of the Peruvian highlands, prevent ultraviolet A-, B-, and C-induced skin damage in rats. Photodermatology, Photoimmunology & Photomedicine.
  10. Gonzales-Castañeda, C. et al. (2011). Photoprotection against the UVB-induced oxidative stress and epidermal damage in mice using leaves of three different varieties of Lepidium meyenii (maca). International journal of dermatology.
  11. Gonzales, C. et al. (2012). Effect of red maca (Lepidium meyenii) on prostate zinc levels in rats with testosterone-induced prostatic hyperplasia. Andrologia.
  12. Gonzales, G. F. et al. (2005). Red maca (Lepidium meyenii) reduced prostate size in rats. Reproductive biology and endocrinology.
  13. Brooks, N. A. et al. (2008). Beneficial effects of Lepidium meyenii (Maca) on psychological symptoms and measures of sexual dysfunction in postmenopausal women are not related to estrogen or androgen content. Menopause.
  14. Stojanovska, L. et al. (2015). Maca reduces blood pressure and depression, in a pilot study in postmenopausal women. Climacteric.
  15. Rubio, J. et al. (2011). Dose-response effect of black maca (Lepidium meyenii) in mice with memory impairment induced by ethanol. Toxicology mechanisms and methods.
  16. Nahid Jivad & Zahra Rabiei (2014). A review study on medicinal plants used in the treatment of learning and memory impairments. Asian Pacific Journal of Tropical Biomedicine.
  17. Cathy Wong. (2020). The Health Benefits of Maca Root. verywellHealth.
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

Comments are closed.

Pilihan Editor

Khasiat Bunga Kantan Yang Dirungkai Oleh Sains

25/04/2025

Punca Tangan Kebas dan Bagaimana Merawatnya?

18/04/2025
ginkgo biloba

8 Khasiat Ginkgo Biloba (Termasuk Kesan Sampingan)

23/03/2025

Ovalette: Fungsi, Kegunaan dan Status Halal

09/12/2024

Artikel Terkini

Khasiat Pucuk Ubi Kayu (+Bahaya Yang Wujud)

By JiwaSihat12/10/2025

Makanan yang Boleh Membantu untuk Melawan Kemurungan

By JiwaSihat11/10/2025

Khasiat Jambu Air untuk Kesihatan (Menurut Kajian)

By JiwaSihat10/10/2025
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

©2019-2021 JiwaSihat. Hak Cipta Terpelihara.
  • Jenama Kami
  • KlinikMinda

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.