JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan & Kecergasan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Debunga: Gejala, Punca dan Rawatan

    30/07/2022

    6 Tanda Tak Toleran Laktosa Yang Anda Perlu Tahu

    04/07/2022

    Alahan Terhadap Kulapuk atau Kulat: Gejala, Punca dan Rawatan

    21/06/2022

    Apa itu Alahan Kasein? Punca, Simptom dan Rawatan

    29/10/2021

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2021
  • Kesihatan & Kecergasan

    Tidur Selepas Makan: Adakah Baik atau Tidak?

    23/07/2022

    Keracunan Makanan: Gejala, Punca dan Rawatan

    19/07/2022

    Senaman Untuk Orang Semput (Asma)

    14/07/2022

    10 Kelebihan Berbasikal Untuk Kesihatan dan Kecergasan

    06/07/2022

    Fakta Mengenai Warna Air Kencing: Ini yang Anda Perlu Tahu

    17/06/2022
  • Berita

    Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

    11/08/2022

    BL Skincare dan Biela Beauty Mengandungi Racun Berjadual

    04/07/2022

    Air Zam Zam Dilarang Dijual Di Malaysia

    01/07/2022

    Mentega Kacang Jenama Jif Tercemar dengan Bakteria Salmonella

    30/05/2022

    JAKIM Menggantung Lesen Loji Sembelihan Australia

    15/05/2022
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Laman Utama > Sayur-sayuran > 9 Khasiat Lobak Merah: Bukan Sekadar Untuk Mata
Sayur-sayuran

9 Khasiat Lobak Merah: Bukan Sekadar Untuk Mata

By Iskandar Zulkarnain, MScUpdated:28/02/20215 Mins Read

Khasiat lobak merah menjadikan lobak merah sebagai sayuran yang sihat untuk dimakan. Selain sejarahnya yang agak unik, lobak merah adalah sayuran yang mudah untuk dihidangkan dan dimakan. Di Malaysia,jus karot susu adalah menu yang tidak asing lagi di kedai makan atau restauran.

Lobak merah atau nama saintifiknya Daucus carota ialah sayuran berakar yang telah ditanam sejak beribu tahun dahulu.

Berdasarkan sejarah, lobak ini pada asalnya tidak bewarna jingga seperti sekarang, ia berwarna kuning, putih, merah dan ungu. Lobak pada asalnya adalah tumbuhan liar. Lobak yang pertama ditanam dilaporkan di Afghanistan kira-kira 1,100 tahun dahulu.

Sayur yang terawal dikenali sebagai lobak merah direkodkan pada abad ke-10 di Persia (Iran) dan Asia Minor (Anatolia). Pada asalnya, lobak berwarna ungu atau putih. Kemudiannya mengalami mutasi yang menghasilkan lobak berwarna kuning. Dari lobak kuning inilah lobak berwarna jingga dihasilkan (1).

khasiat lobak merah
Lobak merah boleh dimakan mentah atau dimasak

Berikut adalah beberapa khasiat lobak merah berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan.

1. Kaya dengan Nutrien Penting

Bagi 100 gram lobak merah mentah, terdapat nutrien-nutrien seperti berikut (USDA):

  • Kalori: 41 kcal
  • Protein: 0.93 gram
  • Lemak: 0.24 gram
  • Karbohidrat: 9.58 gram
  • Serat: 2.8 gram
  • Kalsium: 4.74 miligram
  • Zat besi: 0.3 miligram
  • Magnesium: 12 miligram
  • Fosforus: 35 miligram
  • Kalium: 320 miligram
  • Natrium: 69 miligram
  • Vitamin C: 5.9 miligram
  • Vitamin B1: 0.07 miligram
  • Vitamin B2: 0.06 miligram
  • Vitamin B3: 1.0 miligram
  • Vitamin B6: 0.14 miligram
  • Folat: 19 mikrogram
  • Vitamin A: 835 mikrogram
  • Vitamin E: 0.66 miligram
  • Vitamin K: 13.2 mikrogram

Lobak merah turut mengandungi kuantiti karotenoid yang tinggi seperti

  • Beta-karotin:8285 mikrogram
  • Alfa-karotin: 3477 mikrogram
  • Likopena: 1 mikrogram
  • Lutein dan zeaxantin: 256 mikrogram

Tambahan lagi, lobak merah turut mengandungi mineral seperti zink, tembaga dan selenium.

2. Mengurangkan Risiko Kanser

Diet yang tinggi dengan karotenoid seperti beta-karotin dan poliasetilena boleh membantu mencegah beberapa jenis kanser.

Satu analisis yang dijalankan di China mendapati pengambilan lobak merah dalam diet harian dapat mengurangkan risiko kanser prostat (2).

Selain itu, satu analisis lain mendapati pengambilan lobak ini dapat mengurangkan risiko kanser payudara, gastrik dan pundi kencing (3, 4, 9).

Satu kajian mendapati ekstrak atau sari daripada lobak merah dapat membunuh dan mengekang perkembangan sel-sel leukimia (5).

3. Baik untuk Kesihatan Mata

Lobak merah boleh membantu dalam kesihatan mata dan mencegah daripada rabun malam.

Kandungan lutein dan zeaxantin iaitu karatenoid dalam lobak dapat membantu melindungi mata daripada kerosakan akibat cahaya biru, menambah baik kerabunan, mengurangkan risiko degenerasi makula berkaitan usia dan juga katarak (6).

Di samping itu, lobak juga kaya dengan vitamin A. Kekurangan vitamin A boleh membawa kepada rabun malam (7).

4. Merendahkan Tahap Kolestrol

Satu kajian terhadap haiwan mendapati diet dengan lobak merah menunjukkan penurunan kadar kolestrol dalam hati yang signifikan dan turut diikuti dengan penurunan kadar trigliserida dalam hati (8).

Pengambilan lobak merah mengubah penyerapan kolesterol dan perkumuhanan asid hempedu serta meningkatkan antioksidan.

Walau bagaimanapun, dapatan ini memerlukan lebih banyak kajian yang dilakukan terhadap manusia untuk mengesahkan khasiat lobak merah ini.

5. Kaya dengan Antioksidan

Lobak merah juga kaya dengan antioksidan iaitu sebatian karotenoid, fenolik, poliasetelina dan vitamin C (10).

Antioksidan sememangnya terkenal dengan sifatnya yang boleh meneutralkan radikal bebas yang boleh membawa masalah kesihatan kepada kita seperti kanser, penyakit kardiovaskular, diabetes, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson dan penyakit mata.

6. Meningkatkan Kesihatan Kulit

Kandungan karotenoid dan vitamin C dalam lobak merah juga boleh membantu mengekal dan meningkatkan kesihatan kulit.

Karotenoid seperti beta-karotin melindungi kulit daripada sinaran UV yang boleh menyebabkan selaran matahari (sunburn) dengan meningkatkan pertahanan kulit terhadap sinaran ini (11).

Di samping itu juga, vitamin C juga turut berperanan dalam pembentukan kolagen dan turut melindungi kulit daripada sinaran UV. Selain itu, vitamin C juga boleh membantu dalam masalah penuaan kulit dan kulit kering (12).

7. Baik untuk Kesihatan Jantung

Tiga gabungan nutrien dalam lobak merah mempunyai fungsi yang bagus untuk kesihatan jantung.

Gabungan antioksidan, kalium dan serat dalam sayur ini mempunyai peranan masing-masing untuk mengekalkan jantung yang sihat.

Terdapat kajian yang mendapati antioksidan seperti vitamin C, vitamin E, folat dan beta-karotin memainkan peranan dalam mengurangkan risiko penyakit jantung koronari (13).

Kalium pula berperanan untuk mengekalkan tekanan darah berada pada tahap yang normal serta mengimbangi kesan negatif garam (natrium).

Serat diet pula banyak dikaitkan dengan kesihatan kardiovaskular termasuklah kesihatan jantung. Individu yang mengambil serat diet yang tinggi boleh mengurangkan risiko terkena penyakit jantung koronari dan strok sebanyak 7%-24% (14).

8. Meningkatkan Sistem Imun

Vitamin C juga berperanan dalam meningkatkan sistem imunisasi badan. Vitamin ini membantu badan membina antibodi dan meningkatkan penyerapan zat besi sekaligus mengelakkan jangkitan.

Peranan vitamin C dapat dilihat apabila vitamin ini mengalakkan penghasilan sel darah putih yang berfungsi sebagai pelindung kepada badan daripada jangkitan.

Vitamin C juga membantu sel-sel darah putih ini berfungsi dengan efektif disamping melindungi sel-sel ini daripada kerosakan akibat daripada radikal bebas (15, 16).

9. Boleh Mencegah Sembelit

Selain baik untuk kesihatan jantung, serat diet dalam lobak merah juga boleh mencegah masalah sembelit.

Oleh itu, sekiranya anda mengalami masalah sukar untuk membuang air besar atau sembelit, sertakan lobak merah dalam menu harian anda.

Risiko Berkaitan Lobak Merah

Secara umumnya, lobak merah adalah selamat untuk dimakan oleh semua orang.

Cuma bagi sesetengah individu seperti penghidap hipotiroidisme yang tidak dapat menukar beta-karotin kepada vitamin A, pengambilan lobak merah pada kadar yang banyak boleh mendatangkan masalah.

Terdapat juga kajian yang melaporkan bahawa lobak merah boleh menyebabkan alahan bagi mereka yang mempunyai alahan terhadap debunga (17).

Kesimpulan

Lobak merah telah sekian lama popular dalam masyarakat tentang kebaikannya untuk mata. Kajian sains membuktikan khasiat lobak merah untuk kesihatan mata.

Selain itu, lobak merah mempunyai khasiat dan manfaat dalam mengurangkan risiko kanser, merendahkan kolesterol, tinggi dengan antioksidan , baik untuk kulit, baik untuk kesihatan jantung dan meningkatkan sistem imun.

Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email
ARTIKEL TERKINI

Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

11/08/2022

Makanan dan Minuman Untuk Merawat Kencing Kotor (Petua)

11/08/2022

Badan Sering Lesu? Anda Mungkin Kekurangan 6 Nutrien Ini

08/08/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • KlinikMinda
  • SihatAfiat

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.