JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan & Kecergasan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Debunga: Gejala, Punca dan Rawatan

    30/07/2022

    6 Tanda Tak Toleran Laktosa Yang Anda Perlu Tahu

    04/07/2022

    Alahan Terhadap Kulapuk atau Kulat: Gejala, Punca dan Rawatan

    21/06/2022

    Apa itu Alahan Kasein? Punca, Simptom dan Rawatan

    29/10/2021

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2021
  • Kesihatan & Kecergasan

    Tidur Selepas Makan: Adakah Baik atau Tidak?

    23/07/2022

    Keracunan Makanan: Gejala, Punca dan Rawatan

    19/07/2022

    Senaman Untuk Orang Semput (Asma)

    14/07/2022

    10 Kelebihan Berbasikal Untuk Kesihatan dan Kecergasan

    06/07/2022

    Fakta Mengenai Warna Air Kencing: Ini yang Anda Perlu Tahu

    17/06/2022
  • Berita

    Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

    11/08/2022

    BL Skincare dan Biela Beauty Mengandungi Racun Berjadual

    04/07/2022

    Air Zam Zam Dilarang Dijual Di Malaysia

    01/07/2022

    Mentega Kacang Jenama Jif Tercemar dengan Bakteria Salmonella

    30/05/2022

    JAKIM Menggantung Lesen Loji Sembelihan Australia

    15/05/2022
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Laman Utama > Sayur-sayuran > 7 Khasiat Latok Untuk Kesihatan Berdasarkan Kajian
Sayur-sayuran

7 Khasiat Latok Untuk Kesihatan Berdasarkan Kajian

By Iskandar Zulkarnain, MScUpdated:19/09/20216 Mins Read

Latok atau Anggur Laut ialah sejenis rumpai laut yang mempunyai bentuk seperti gugusan biji anggur. Mungkin ramai tertanya-tanya akan khasiat Latok yang pernah tular di sosial media ini. Oleh itu, kami kongsikan beberapa khasiat Latok berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan.

Latok adalah makanan tradisional bagi suku kaum Bajau Laut di Sabah. Latok ini biasanya dimakan bersama-sama nasi dan ikan yu panggang. Latok ini juga boleh dimakan mentah dengan campuran limau kasturi, cili padi dan kicap.

Nama saintifik bagi latok ialah Caulerpa lentillifera. Latok ini bukan sahaja terkenal di Malaysia bahkan ia turut diminati oleh masyarakat di Jepun, Vietnam, Filipina, Korea dan Indonesia.

Masyarakat di Jepun memanggil Latok sebagai Umibudo yang turut membawa maksud anggur laut. Manakala di Filipina dikenali sebagai Lato atau Arosep, di Vietnam dikenali sebagai Rong nho, di Korea dikenali sebagai Bada podo dan di Indonesia dikenali sebagai Bulung.

Masyarakat tempatan percaya bahawa Latok ini mempunyai khasiat untuk merawat kanser, memelihara kesihatan darah, awet muda, memelihara kesihatan tulang, otot dan juga fungsi saraf [1].

khasiat latok

Berikut adalah beberapa khasiat Latok berdasarkan kajian-kajian awal yang telah dijalankan.

1. Mengandungi Nutrien yang Berkhasiat

Latok mengandungi mineral dan vitamin yang berkhasiat untuk badan.

Kajian oleh pengkaji dari Universiti Malaysia Sabah menunjukkan bahawa Latok mengandungi vitamin C, vitamin A, mineral iodin, serat diet dan juga beta-karotena [2].

Latok juga turut mengandungi asid lemak termasuklah asid lemak tepu, asid lemak monotaktepu dan asid lemak politaktepu seperti Omega-3 dan Omega-6.

Latok juga mengandungi karotenoid seperti zeaxantin, kantaxantin, astaksantin dan beta-karotena [3].

Selain vitamin C dan A, karotenoid ini juga berperanan sebagai sebatian antioksidan dalam rumpai laut ini. Antioksidan dapat membantu badan mengawal atau meneutralkan radikal bebas yang berlebihan dalam badan.

2. Baik untuk Penghidap Kencing Manis

Penyakit kencing manis atau diabetes ialah penyakit metabolik yang menyebabkan gula darah yang tinggi.

Bagi penghidap kencing manis atau diabetes jenis 2, sel-sel badan mereka tidak lagi bertindak balas terhadap insulin sepertimana yang sepatutnya. Sekiranya berada pada tahap yang lebih teruk, badan mereka tidak menghasilkan insulin yang mencukupi.

Akibatnya, akan berlaku peningkatan paras gula dalam darah yang tinggi yang boleh menyebabkan komplikasi yang lebih serius.

Latok didapati berpotensi untuk menjadi agen untuk merawat diabetes atau kencing manis.

Kajian yang dijalankan mendapati ekstrak Latok boleh meningkatkan perembesan insulin dan meningkatkan pengambilan glukosa (gula) dalam sel [4].

Ciri-ciri ini penting terutamanya bagi mereka yang mengalami penyakit diabetes yang teruk dimana sel-sel dalam pankreas mereka telah rosak dan tidak dapat menghasilkan insulin.

3. Baik untuk Kesihatan Jantung

Penyakit jantung koronari berkait rapat dengan masalah kolesterol yang tinggi. Seseorang yang memiliki kolesterol yang tinggi dalam darah berisiko tinggi untuk terkena penyakit jantung koronari.

Khasiat Latok kepada jantung didapati melalui kebolehannya untuk menurunkan paras kolesterol.

Kajian terhadap haiwan yang diberi makan dengan diet tinggi lemak mendapati Latok boleh menurunkan paras jumlah kolesterol, kolesterol LDL (kolesterol jahat), trigliserida dan meningkatkan paras kolesterol HDL (kolesterol baik) [2].

4. Meningkatkan Sistem Imun Badan

Latok juga mempunyai potensi untuk meningkatkan sistem imun badan untuk melawan sebarang jangkitan atau penyakit.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa sebatian polisakarida dalam Latok boleh menambah baik aktiviti rangsangan sistem imun dengan meningkatkan jumlah sel-sel darah putih, penghasilan nitrik oksida dan meningkatkan keupayaan sel-sel darah putih untuk mencegah jangkitan kuman [5].

Kajian terhadap haiwan pula menunjukkan bahawa sebatian polisakarida daripada Latok berpotensi menjadi prebiotik dan perangsang sistem imun. Kesan ini dilihat apabila sebatian dalam Latok ini meningkatkan penghasilan asid lemak rantaian pendek, meningkatkan komuniti mikrobiota dalam perut dan meningkatkan sistem imun [6].

5. Boleh Mencegah Jangkitan Bakteria

Latok juga turut bersifat antibakteria.

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji dari Sunway University, Malaysia menunjukkan Latok turut mempunyai kesan antibakteria terhadap bakteria Staphylococcus aureus dan Escherichia coli (E.coli) [7].

Bakteria-bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan pada kulit dan keracunan makanan.

6. Boleh Membantu Melancarkan Darah

Darah beku boleh terbentuk dalam saluran darah atau jantung yang seterusnya boleh menghalang peredaran darah dan menyebabkan serangan jantung atau strok. Darah beku ini boleh dirawat dengan ubat antikoagulan (antigumpal).

Kajian pada tahun 2017 melaporkan bahawa Latok mempunyai ciri-ciri antikoagulan iaitu bahan yang boleh mengurangi pembekuan darah dalam badan. Kajian ini turut mendapati darah yang dicampur dengan ekstrak Latok mengambil masa yang paling lama untuk bergumpal iaitu kira-kira 15 minit [8].

7. Mengurangkan Risiko Sindrom Metabolik

Sindrom metabolik ialah istilah kepada gabungan penyakit kencing manis (diabetes), tekanan darah tinggi (hipertensi) dan obesiti.

Gabungan ketiga-tiga penyakit ini boleh meningkatkan risiko seseorang itu terkena serangan strok, penyakit jantung koronari dan kerosakan pada salur darah.

Satu kajian yang dijalankan terhadap haiwan mendapati kumpulan haiwan yang diberi makan diet tinggi lemak dan Latok mengalami penurunan berat badan, tekanan darah sistolik, jumlah kolesterol dalam darah dan keradangan [9].

Manakala haiwan yang diberi makan diet tinggi lemak dan karbohidrat tanpa Latok mengalami obesiti, tekanan darah tinggi, penyakit hati berlemak, kolesterol tinggi dan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Rumusan

Latok adalah makanan tradisi negeri Sabah yang kian mendapat perhatian daripada masyarakat dari negeri lain.

Latok juga mempunyai banyak khasiat yang boleh dimanfaatkan untuk kesihatan tubuh badan. Kajian-kajian awal menunjukkan Latok baik untuk kesihatan jantung, penyakit kencing manis, sindrom metabolik, meningkatkan sistem imun dan lain-lain lagi.

Kajian-kajian yang berterusan termasuklah kajian terhadap manusia masih diperlukan untuk menguatkan lagi dapatan awal ini.

Rujukan
  1. Latok, JKKN Sabah.
  2. Matanjun, P. et al. (2010). Comparison of cardiovascular protective effects of tropical seaweeds, Kappaphycus alvarezii, Caulerpa lentillifera, and Sargassum polycystum, on high-cholesterol/high-fat diet in rats. Journal of medicinal food.
  3. Balasubramaniam, V. et al. (2020). Carotenoid composition and antioxidant potential of Eucheuma denticulatum, Sargassum polycystum and Caulerpa lentillifera. Heliyon.
  4. Sharma, B. R., & Rhyu, D. Y. (2014). Anti-diabetic effects of Caulerpa lentillifera: stimulation of insulin secretion in pancreatic β-cells and enhancement of glucose uptake in adipocytes. Asian Pacific journal of tropical biomedicine.
  5. Sun, Y. et al. (2018). Purification, structural features and immunostimulatory activity of novel polysaccharides from Caulerpa lentillifera. International journal of biological macromolecules.
  6. Sun, Y. et al. (2019). Caulerpa lentillifera polysaccharides enhance the immunostimulatory activity in immunosuppressed mice in correlation with modulating gut microbiota. Food & function.
  7. Yap, W. F. et al. (2019). Decoding Antioxidant and Antibacterial Potentials of Malaysian Green Seaweeds: Caulerpa racemosa and Caulerpa lentillifera. Antibiotics.
  8. Arenajo, A. R. et al. (2017). The potential anticoagulant property of Caulerpa lentillifera crude extract. International journal of health sciences.
  9. du Preez, R. et al. (2020). Caulerpa lentillifera (Sea Grapes) Improves Cardiovascular and Metabolic Health of Rats with Diet-Induced Metabolic Syndrome. Metabolites.
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email
ARTIKEL TERKINI

Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

11/08/2022

Makanan dan Minuman Untuk Merawat Kencing Kotor (Petua)

11/08/2022

Badan Sering Lesu? Anda Mungkin Kekurangan 6 Nutrien Ini

08/08/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • KlinikMinda
  • SihatAfiat

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.