JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan Badan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2025

    20 Makanan Mengandungi Susu Perlu Dielakkan

    29/08/2025

    Ujian Alahan (Allergy Test): Apa yang Anda Perlu Tahu

    14/06/2025

    Alahan Gandum: Punca, Simptom dan Rawatan

    17/03/2025

    12 Tanda Tak Tolerans Gluten Yang Anda Perlu Tahu

    09/03/2025
  • Kesihatan Badan
    kebaikan sabun susu kambing

    Kebaikan Sabun Susu Kambing untuk Kulit

    31/08/2025

    13 Jenis Senaman Kardio Yang Mudah & Menyeronokkan

    15/06/2025

    Berjalan Vs Berlari: Mana Yang Lebih Baik Untuk Kesihatan?

    11/05/2025
    jaundis

    Jaundis Dewasa (Sakit Kuning): Simptom, Punca dan Rawatan

    25/04/2025

    Petua Menghilangkan Dengkur: 12 Cara Mudah

    21/04/2025
  • Berita
    produk-skin-revolution-acne-clearing-solution

    Produk Skin Revolution-Acne Clearing Solution Beracun

    06/08/2025

    Tepung Gandum Kini Diperkaya Dengan Asid Folik & Zat Besi

    26/07/2025

    Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream Beracun

    11/06/2025

    Kesan Jangka Panjang COVID-19 (Long COVID)

    09/06/2025

    Produk PS 21 Capsule Mengandungi Racun

    07/06/2025
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Home»Bijirin & Bijian»6 Khasiat Kuaci Bunga Matahari Untuk Kesihatan
Bijirin & Bijian

6 Khasiat Kuaci Bunga Matahari Untuk Kesihatan

By JiwaSihat19/04/2025Updated:19/09/2025

Kuaci bunga matahari adalah biji yang diperolehi daripada pokok bunga matahari yang secara saintifiknya dikenali sebagai Helianthus annus. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kuaci bunga matahari ini mempunyai khasiat yang agak menarik.

Bunga matahari adalah tumbuhan yang berasal dari Amerika Utara, tetapi kini pokok bunga ini ditanam di banyak kawasan di seluruh dunia. Keadaan ini disumbang oleh keupayaan tumbuhan ini untuk menyesuaikan diri dengan perubahan iklim, suhu dan pencahayaan.

Selain dijadikan snek, kuaci bunga matahari ini turut digunakan dalam salad, pembuatan roti dan juga untuk penghasilan minyak.

Kuaci bunga matahari atau biji bunga matahari ini telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, jangkitan kerongkong dan paru-paru, batuk dan selesema dan batuk kokol.

Artikel kali ini akan berkongsi mengenai khasiat-khasiat kuaci bunga matahari berdasarkan kajian yang telah dijalankan.

khasiat kuaci bunga matahari

Berikut adalah beberapa khasiat kuaci bunga matahari yang bermanfaat untuk kesihatan.

1. Sumber Kepada Vitamin & Mineral Penting

Biji atau kuaci bunga matahari ini biasanya dimakan setelah dipanggang, dikeringkan atau diasinkan.

50 gram kuaci bunga matahari tanpa kulit dan tanpa diasinkan boleh membekalkan nutrien-nutrien berikut [1]:

  • Kalori: 291 kcal
  • Protein: 9.7 gram
  • Lemak: 24.9 gram
  • Karbohidrat: 12 gram
  • Serat: 5.6 gram
  • Kalsium: 35 miligram
  • Zat besi: 1.9 miligram
  • Magnesium: 64.5 miligram
  • Fosforus: 578 miligram
  • Kalium: 425 miligram
  • Zink: 2.6 miligram
  • Selenium: 39.6 mikrogram
  • Vitamin C: 0.7 miligram
  • Vitamin B1: 0.05 miligram
  • Vitamin B2: 0.12 miligram
  • Vitamin B3: 3.5 miligram
  • Vitamin B6: 0.4 miligram
  • Folat: 118 mikrogram
  • Vitamin E: 13 miligram
  • Vitamin K: 1.4 mikrogram

Kuaci bunga matahari ini agak tinggi dengan kandungan folat, fosforus dan selenium.

Folat adalah vitamin yang penting untuk ibu mengandung. Kekurangan folat dalam diet ibu mengandung boleh menyebabkan kecacatan tiub saraf bagi bayi yang dikandung [2].

Mineral fosforus pula adalah mineral penting yang membantu mengerakkan otot-otot badan, membantu menghasilkan tenaga dan mengekalkan kekuatan dan kesihatan tulang.

Manakala mineral selenium penting untuk mencegah kerosakan sel-sel.

2. Kaya dengan Antioksidan

Antioksidan adalah sebatian penting yang berfungsi untuk melindungi sel-sel badan daripada kerosakan dan mengurangkan risiko penyakit kronik.

Kuaci bunga matahari mengandungi vitamin dan beberapa sebatian yang bersifat antioksidan seperti vitamin C, vitamin E, karotenoid, flavonoid dan asid fenolik.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa vitamin C boleh melindungi sel-sel badan daripada tekanan pengoksidaan. Tekanan pengoksidaan ini dikaitkan dengan banyak penyakit kronik seperti kanser, diabetes, penyakit jantung dan lain-lain.

Manakala, terdapat kajian yang melaporkan bahawa pengambilan vitamin E berkesan dalam mengurangkan kematian yang disebabkan penyakit kardiovaskular (penyakit berkaitan jantung dan salur darah) [3].

3. Berpotensi Mencegah Jangkitan Bakteria dan Kulat

Salah satu khasiat kuaci bunga matahari mempunyai kebolehan untuk mencegah atau merencatkan pertumbuhan atau pembiakan bakteria serta kulat.

Satu kajian makmal telah dijalankan terhadap ekstrak biji bunga matahari terhadap beberapa spesies bakteria dan kulat seperti Salmonella typhi, Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis, Vibrio cholera, Aspergillus fumigates, Rhizopus stolonifer, Candida albicans dan Fusarium oxysporum.

Kajian ini mendapati ekstrak biji bunga matahari ini menunjukkan kesan antibakteria yang kuat terhadap bakteria jenis Salmonella typhi dan kesan antikulat yang kuat terhadap Rhizopus stolonifer dan Aspergillus fumigates [4].

Bakteria Salmonella typhi adalah bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan dan demam kepialu. Manakala kulat jenis Rhizopus stolonifer (kulat roti) dan Aspergillus fumigates boleh mendatangkan bahaya terutamanya bagi mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah.

Kajian-kajian lanjut masih diperlukan untuk melihat kesan biji atau kuaci bunga matahari ini terhadap manusia.

4. Membantu Mengawal Paras Gula Darah

Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan kesan positif kuaci bunga matahari terhadap paras gula darah dan penyakit diabetes jenis 2.

Satu kajian yang dijalankan terhadap 60 orang pesakit diabetes jenis 2 mendapati pengambilan biji bunga matahari selama 6 bulan boleh menurunkan paras gula darah puasa sebanyak 77 mg/dL berbanding 44 mg/dL bagi kumpulan yang tidak mengambil biji bunga matahari ini [5].

Kajian terhadap haiwan juga mendapati ekstrak biji bunga matahari turut boleh menurunkan paras gula darah bagi haiwan yang menghidap diabetes jenis 2 [6].

5. Membantu Menurunkan Paras Kolesterol

Kuaci bunga matahari juga tinggi dengan kandungan asid linoleik. Asid linoleik ini boleh membantu mengurangkan paras kolesterol dalam badan.

Satu kajian yang dijalankan terhadap 22 orang pesakit diabetes jenis 2 mendapati diet yang disertai biji bunga matahari boleh membantu menurunkan paras jumlah kolesterol, kolesterol LDL (kolesterol jahat), dan trigliserida. Namun, ia turut menyebabkan penurunan kolesterol HDL (kolesterol baik) [7].

Terdapat juga kajian semula yang melaporkan bahawa pengambilan asid linoleik melalui pemakanan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari [8].

6. Membantu Penyembuhan Luka

Asid linoleik ini juga turut mempunyai manfaat dalam membantu penyembuhan luka.

Kajian yang dijalankan terhadap haiwan mendapati rawatan luka menggunakan minyak biji bunga matahari menunjukkan penambahbaikkan sebanyak 300% selepas 3 hari rawatan dan kesan penyembuhan luka ini jelas kelihatan selepas 7 hari rawatan [9].

Satu kajian klinikal yang dijalankan terhadap bayi pramatang (bayi pracukup bulan) melaporkan bahawa penggunaan minyak biji bunga matahari secara sapuan pada kulit bayi ini sebanyak 3 kali sehari boleh menambah baik keadaan kulit dan mengurangkan jangkitan yang berpunca di hospital [10].

Rumusan

Kuaci bunga matahari adalah biji-bijian yang mempunyai khasiatnya tersendiri. Umumnya, kuaci bunga matahari ini dijadikan snek bagi masyarakat di negara ini.

Selain mengandungi mineral dan vitamin penting, kuaci bunga matahari ini turut berkhasiat dalam membantu mencegah jangkitan bakteria atau kulat, mengawal paras gula darah dan kolesterol serta boleh membantu dalam penyembuhan luka.

Walau bagaimanapun, pengambilan kuaci ini haruslah pada kadar yang sederhana kerana bijian ini agak tinggi dengan nilai kalorinya.

Rujukan
  1. U.S. Department of Agriculture, Agricultural Research Service. FoodData Central, 2019. fdc.nal.usda.gov.
  2. van Gool, J. D. et al. (2018). Folic acid and primary prevention of neural tube defects: A review. Reproductive toxicology.
  3. Traber, M. G., & Stevens, J. F. (2011). Vitamins C and E: beneficial effects from a mechanistic perspective. Free radical biology & medicine.
  4. Rajakannu, et al. (2012). Phytochemical screening, antimicrobial activity and in vitro antioxidant investigation of methanolic extract of seeds from Helianthus annuus L. Che Sci Rev Lett.
  5. Anon. (2016). Effects of sunflower seeds on fasting blood glucose in diabetes mellitus type 2 patients.
  6. Saini, S. & Sharma, S.. (2013). Antidiabetic effect of Helianthus annuus L., seeds ethanolic extract in streptozotocin- nicotinamide induced type 2 diabetes mellitus. International Journal of Pharmacy and Pharmaceutical Sciences.
  7. Richmond, K. et al. (2012). Markers of cardiovascular risk in postmenopausal women with type 2 diabetes are improved by the daily consumption of almonds or sunflower kernels: a feeding study. ISRN nutrition.
  8. Farvid, M. S. et al. (2014). Dietary linoleic acid and risk of coronary heart disease: a systematic review and meta-analysis of prospective cohort studies. Circulation.
  9. Romero, M. et al. (2004). The effects of topical application of sunflower-seed oil on open wound healing in lambs. Acta Cirurgica Brasileira.
  10. Darmstadt, G. L. et al. (2004). Topically applied sunflower seed oil prevents invasive bacterial infections in preterm infants in Egypt: a randomized, controlled clinical trial. The Pediatric infectious disease journal.
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

Comments are closed.

Pilihan Editor

telinga berdengung

Telinga Berdengung: Punca dan Rawatan

30/01/2025

10 Khasiat Limau Nipis Untuk Kesihatan Berdasarkan Kajian

24/09/2025
vitamin D

10 Makanan Tinggi Vitamin D Dalam Menu Harian

16/09/2025
buah strawberi

8 Khasiat Strawberi Serta Kebaikannya Untuk Kesihatan

21/09/2025

Artikel Terkini

Khasiat Pucuk Ubi Kayu (+Bahaya Yang Wujud)

By JiwaSihat12/10/2025

Makanan yang Boleh Membantu untuk Melawan Kemurungan

By JiwaSihat11/10/2025

Khasiat Jambu Air untuk Kesihatan (Menurut Kajian)

By JiwaSihat10/10/2025
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

©2019-2021 JiwaSihat. Hak Cipta Terpelihara.
  • Jenama Kami
  • KlinikMinda

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.