• Laman Utama
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang
    • Minuman & Manisan
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Sayur-sayuran
    • Serat Diet
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Petua
    • Rawatan
  • Hubungi Kami
Twitter Pinterest YouTube
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang
    • Minuman & Manisan
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Sayur-sayuran
    • Serat Diet
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Gandum: Punca, Simptom dan Rawatan

    17/03/2021

    12 Tanda Tak Tolerans Gluten Yang Anda Perlu Tahu

    09/03/2021

    Alahan Kafein: Punca, Simptom dan Rawatan

    15/02/2021

    Alahan Ubat: Punca, Simptom dan Rawatan

    13/02/2021

    8 Jenis Alahan Makanan Yang Lazim Berlaku

    25/12/2020
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Petua
    • Rawatan
  • Hubungi Kami
JiwaSihat
Home»Rempah & Herba»6 Khasiat Kacip Fatimah Untuk Wanita Berdasarkan Kajian
Rempah & Herba

6 Khasiat Kacip Fatimah Untuk Wanita Berdasarkan Kajian

Iskandar Zulkarnain, MScBy Iskandar Zulkarnain, MSc04/07/2020Updated:28/02/20215 Mins Read
Kongsi
Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

Kacip fatimah adalah tumbuhan herba yang dipercayai berkhasiat untuk kaum wanita sejak turun-temurun. Umumnya, masyarakat mengenali khasiat Kacip Fatimah hanyalah untuk meningkatkan syahwat seperti mana Tongkat Ali yang digunakan oleh kaum lelaki.

Namun sebenarnya banyak khasiat lain yang terkandung dalam pokok herba ini. Artikel kali ini kami kongsikan khasiat-khasiat yang terkandung dalam tumbuhan herba yang bernama Kacip Fatimah ini.

Kacip Fatimah mempunyai banyak nama panggilan lain seperti Selusuh Fatimah, Kacit Fatimah, Akar Fatimah, Mata Pelanduk Rimba, Tadah Matahari dan Sangkoh. Nama saintifik bagi Kacip Fatimah pula adalah Labisia pumila.

Tumbuhan herba ini boleh didapati di negara-negara Asia Tenggara. Di Malaysia, terdapat 3 jenis Kacip Fatimah yang dibezakan dengan nama saintifiknya iaitu Labisia pumila var. pumila, Labisia pumila var. alata dan Labisia pumila var. lanceolata.

Nenek moyang kita telah menggunakan Kacip Fatimah dalam perubatan tradisional untuk memulihkan tenaga wanita selepas bersalin, melancarkan haid, mengurangkan gejala menopaus dan memudahkan proses kelahiran.

khasiat kacip fatimah
Kacip Fatimah di tapak semaian
Penulis: Cominion melalui Wikipedia

Kajian-kajian yang dijalankan terutamanya oleh pengkaji dari Malaysia mendapati Kacip Fatimah mempunyai banyak khasiat lain dan berpotensi besar untuk dikembangkan lagi penggunaannya.

Berikut adalah beberapa khasiat Kacip Fatimah yang disokong oleh kajian sains:

1. Mengurangkan Gejala Menopaus

Menopaus atau putus haid adalah tanda berakhirnya haid seorang wanita. Sebelum menopaus, seseorang wanita itu akan mengalami gejala-gejala menopaus seperti sukar tidur, emosi yang berubah-ubah, berat bertambah, haid tidak teratur, degupan jantung yang laju dan lain-lain lagi.

Kajian yang dijalankan oleh kumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia terhadap 63 pesakit mendapati ekstrak Kacip Fatimah boleh mengurangkan gejala menopaus walaupun kesannya tidak jauh berbeza daripada ubat moden.

Selain itu, ekstrak Kacip Fatimah ini turun merendahkan tahap trigliserida( lemak dalam darah). Kadar trigliserida yang rendah baik untuk kesihatan jantung wanita yang menopaus (1).

2. Boleh Melambatkan Penuaan Kulit

Kacip Fatimah juga menunjukkan ciri-ciri antipenuaan berdasarkan kandungan bioaktifnya.

Berdasarkan kajian, ekstrak Kacip Fatimah boleh melindungi kulit daripada radikal bebas yang terhasil akibat daripada sinaran UV-B. Khasiat ini dipercayai disebabkan kandungan flavonoid dan asid fenolik dalam tumbuhan ini (2, 3).

Salah satu kandungan flavonoid dalam tumbuhan herba ini ialah kuersetin. Kuersetin ini mempunyai kemampuan untuk melindungi sel-sel daripada tekanan pengoksidaan. Ia juga mempunyai kesan mempermuda ke atas sel-sel tua yang bertanggungjawab menghasilkan kolagen (4).

3. Mencegah Pereputan Tulang (Osteoporosis)

Faktor peningkatan usia dan menopaus mendedahkan kaum wanita kepada perupatan tulang. Ini kerana hormon estrogen yang turut berfungsi dalam melindungi tulang berkurang secara ketara semasa menopaus.

Kajian menunjukkan kandungan antioksidan dalam Kacip Fatimah boleh melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan keradangan serta mengakibatkan kelesapan tulang (kemusnahan tulang).

Selain itu, Kacip Fatimah juga boleh memberi kesan fitoestrogenik kepada pemakannya. Kesan ini boleh memberi kesan positif ke atas tulang tanda kesan sampingan berbanding kaedah terapi penggantian estrogen (5).

Fitoestrogen ialah sebatian fitokimia yang memberi kesan serupa seperti hormon estrogen. Kacip Fatimah tidak akan menyebabkan keracunan selagi digunakan dibawah kadar yang dibenarkan.

4. Bersifat Antikulat

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji dari Universiti Putra Malaysia turut mendapati ketiga-tiga jenis Kacip Fatimah yang boleh diperolehi di Malaysia ini mempunyai sifat antikulat.

Ekstrak akar dan daun Kacip Fatimah diuji terhadap terhadap kulat spesies Fusarium sp., Candida sp., dan Mucor sp. Kulat-kulat ini boleh menyebabkan jangkitan pada anggota badan seperti mata, pernafasan dan juga jangkitan yis pada faraj.

Kesan pelindungan yang tertinggi boleh dilihat dalam ekstrak daun Kacip Fatimah jenis var. pumila terhadap kulat Candida sp. dan Kacip Fatimah jenis var. alata terhadap kulat Mucor sp. (7).

5. Bersifat Antibakteria

Khasiat Kacip Fatimah yang seterusnya pula ialah tumbuhan ini boleh melawan jangkitan bakteria.

Kajian oleh Prof Madya Dr. Hawa ZE Jaafar dari Universiti Putra Malaysia terhadap ekstrak daun, batang dan akar Kacip Fatimah mendapati tumbuhan ini mempunyai sifat antibakteria (8).

Ujian telah dijalankan terhadap bakteria Micrococcus luteus, Bacillus subtilis, Bacillus cereus, Staphylococcus aureus, Enterobacter aerogenes, Klebsiella pneumonia, Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa. Bakteria-bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti jangkitan pada kulit, keracunan makanan, pneumonia dan cirit-birit.

6. Kaya dengan Antioksidan

Antioksidan ialah molekul yang berperanan dalam melawan atau meneutralkan radikal bebas. Radikal bebas boleh menyebabkan kerosakan sel. Sekiranya radikal bebas melebihi antioksidan, akan berlaku tekanan pengoksidaan. Tekanan pengoksidaan akan membawa kepada pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, kanser, strok dan lain-lain.

Kacip Fatimah mempunyai banyak kandungan antioksidan yang dikenali sebagai asid gallik, asid kafeik, asid benzoik, asid sinamik, pirogalol, asid askorbik dan beta-kerotin (9).

Dilaporkan juga, tiada perbezaan ketara mengenai kandungan antioksidan ini antara Kacip Fatimah jenis var. pumila dan var. alata.

Dimana boleh didapati Kacip Fatimah ini?

Kacip Fatimah kini telah banyak digunakan dalam produk-produk kesihatan. Produk-produk ini boleh didapati di kedai-kedai jamu atau secara atas talian. – Dapatkan Kacip Fatimah secara atas talian.

Kesimpulan

Selain yang dituntut oleh penggunaan tradisional, kajian-kajian perubatan moden juga mendapati banyak khasiat Kacip Fatimah yang boleh dimanfaatkan untuk kesihatan terutamanya kepada wanita.

Kacip Fatimah berkhasiat untuk mengurangkan gejala menopaus, melambatkan penuaan kulit, mencegah pereputan tulang, bersifat antikulat dan antibakteria serta kaya dengan antioksidan.

Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian klinikal diperlukan untuk menguatkan lagi dapatan yang diperolehi dalam kajian awal ini.

Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

ARTIKEL BERKAITAN

Khasiat Bunga Lawang Untuk Kesihatan Disokong Oleh Kajian

15/04/2021

9 Khasiat Daun Bay (Daun Salam) Untuk Kesihatan (+Kajian)

21/02/2021

12 Khasiat Halia Hitam Untuk Kesihatan Yang Disokong Kajian

17/02/2021

Comments are closed.

Pilihan Editor

kekacang

7 Makanan Yang Menyebabkan Kembung Perut

15/10/2019

Petua Hilangkan Alahan Kulit (+ Rawatan Perubatan)

23/12/2020
kalori makanan

Senarai Kalori Makanan Malaysia Serta Cara Mengira Kalori

10/12/2019

Cara Hilangkan Kulit Berminyak: Amalkan 11 Petua ini

22/06/2020

Artikel Terkini

6 Khasiat Kuaci Bunga Matahari Untuk Kesihatan

By JiwaSihat19/04/2021

Kanser Usus: Tanda Yang Perlu Anda Awasi & Pencegahannya

By JiwaSihat17/04/2021

Khasiat Bunga Lawang Untuk Kesihatan Disokong Oleh Kajian

By JiwaSihat15/04/2021
Twitter Pinterest YouTube RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
©2019-2021 JiwaSihat. Hak Cipta Terpelihara.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.