JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan & Kecergasan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Debunga: Gejala, Punca dan Rawatan

    30/07/2022

    6 Tanda Tak Toleran Laktosa Yang Anda Perlu Tahu

    04/07/2022

    Alahan Terhadap Kulapuk atau Kulat: Gejala, Punca dan Rawatan

    21/06/2022

    Apa itu Alahan Kasein? Punca, Simptom dan Rawatan

    29/10/2021

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2021
  • Kesihatan & Kecergasan

    Tidur Selepas Makan: Adakah Baik atau Tidak?

    23/07/2022

    Keracunan Makanan: Gejala, Punca dan Rawatan

    19/07/2022

    Senaman Untuk Orang Semput (Asma)

    14/07/2022

    10 Kelebihan Berbasikal Untuk Kesihatan dan Kecergasan

    06/07/2022

    Fakta Mengenai Warna Air Kencing: Ini yang Anda Perlu Tahu

    17/06/2022
  • Berita

    Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

    11/08/2022

    BL Skincare dan Biela Beauty Mengandungi Racun Berjadual

    04/07/2022

    Air Zam Zam Dilarang Dijual Di Malaysia

    01/07/2022

    Mentega Kacang Jenama Jif Tercemar dengan Bakteria Salmonella

    30/05/2022

    JAKIM Menggantung Lesen Loji Sembelihan Australia

    15/05/2022
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Laman Utama > Kekacang & Legum > 9 Khasiat Kacang Hazel (Hazelnut) Yang Anda Perlu Tahu
Kekacang & Legum

9 Khasiat Kacang Hazel (Hazelnut) Yang Anda Perlu Tahu

By JiwaSihatUpdated:19/09/20216 Mins Read

Khasiat kacang hazel sesuai diberikan perhatian kerana terdapat pelbagai khasiat yang terkandung didalamnya. Sedikit pengenalan mengenai kacang ini,kacang hazel atau dalam bahasa Inggerisnya Hazelnut adalah sejenis kacang yang diperolehi daripada pokok Corylus.

Pokok Corylus ini berasal dari Eropah dan Asia Barat tetapi kebanyakannya ditanam di negara Turki, Itali, Sepanyol dan juga Amerika Syarikat.

Kacang hazel kini mendapat tempat dalam pemakanan hampir keseluruhan masyarakat di dunia. Kacang ini banyak dijual secara mentah atau dijadikan bahan dalam produk makanan.

Kacang hazel ini mempunyai khasiat yang tersendiri yang menjadikannya sebagai salah satu kekacang yang berkhasiat, sama seperti kacang badam atau kacang pistasio.

Sesetengah masyarakat berpendapat bahawa kacang hazel berkhasiat untuk mengurangkan keradangan dan boleh menurunkan paras kolesterol. Perubatan tradisional Parsi pula menyatakan bahawa kacang haze ini boleh melindungi tisu otak dan boleh menambah baik memori.

khasiat kacang hazel

Artikel ini mengulas dengan lebih lanjut mengenai khasiat kacang hazel untuk kesihatan berdasarkan kajian-kajian sains yang dijalankan.

1. Mengandungi Zat-zat Penting

Walaupun saiznya kecil, kacang hazel mengandungi pelbagai zat penting yang diperlukan oleh badan kita.

Bagi 100 gram kacang hazel yang dipanggang tanpa garam mengandungi [1]:

  • Tenaga/Kalori: 656 kcal
  • Protein: 15 gram
  • Lemak: 62.4 gram
  • Karbohidrat: 17.6 gram
  • Serat: 9.4 gram
  • Kalsium: 123 miligram
  • Zat besi: 4.4 miligram
  • Magnesium: 173 miligram
  • Fosforus: 310 miligram
  • Kalium: 755 miligram
  • Zink: 2.5 miligram
  • Tembaga: 1.75 miligram
  • Mangan: 5.6 miligram
  • Selenium: 4.1 mikrogram
  • Vitamin C: 3.8 miligram
  • Folat: 88 mikrogram
  • Vitamin A: 3 mikrogram
  • Vitamin E: 15.3 miligram

Selain itu, kacang ini turut mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5 dan B6 yang mempunyai peranan penting dalam penghasilan tenaga, menyokong fungsi sistem saraf dan terlibat dalam membaiki DNA.

Kacang hazel juga tinggi dengan kandungan asid lemak monotaktepu dan politaktepu. Asid lemak jenis ini dikaitkan dengan kesihatan kardiovaskular.

2. Baik untuk Penghadaman

Kacang hazel mengandungi serat diet yang tinggi yang baik untuk sistem penghadaman. Bagi 100 gram kacang ini, terdapat kira-kira 9 gram serat yang memenuhi 45% daripada saranan pengambilan serat dalam sehari.

Terdapat kajian yang melaporkan bahawa pengambilan serat diet boleh meningkatkan pembuangan air besar bagi mereka yang menghidap sembelit [2].

3. Kaya dengan Antioksidan

Kacang hazel juga kaya dengan antioksidan. Antioksidan ialah sebatian yang boleh mencegah atau meneutralkan radikal bebas daripada merosakkan sel-sel badan.

Sekiranya radikal bebas ini berlebihan dalam badan, ia boleh menyebabkan tekanan pengoksidaan atau tekanan oksidatif. Tekanan pengoksidaan ini banyak dikaitkan dengan penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, diabetes dan lain-lain lagi.

Antara sebatian antioksidan yang terkandung dalam kacang hazel adalah:

  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Asid galik
  • Epikatekin
  • Asid kafeik
  • Kuersetin
  • Asid sinapik

Satu kajian yang dijalankan selama 8 minggu mendapati pengambilan kacang hazel (bersama atau tanpa kulit) boleh mengurangkan tekanan pengoksidaan dengan ketara berbanding mereka yang tidak mengambil kacang ini [3].

Terdapat juga kajian yang melaporka bahawa vitamin E boleh membantu melindungi badan daripada kerosakan sel yang mempunyai kaitan dengan kanser [4].

4. Boleh Menurunkan Paras Kolesterol

Kacang hazel juga turut berkhasiat dalam membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah. Paras kolesterol yang tinggi meningkatkan risiko seseorang itu kepada penyakit jantung atau strok.

Satu kajian melaporkan bahawa diet yang diperkaya dengan kacang hazel didapati boleh mengurangkan paras jumlah kolesterol dan kolesterol LDL (kolesterol jahat) [5].

Satu kajian klinikal terhadap 15 orang lelaki yang menghidap kolesterol tinggi pula mendapati diet yang diperkaya dengan kacang hazel boleh menurunkan paras kolesterol VLDL (kolesterol jahat) dan lemak serta meningkatkan paras kolesterol HDL (kolesterol baik) [6].

5. Boleh Mengurangkan Keradangan

Keradangan adalah tindak balas semulajadi badan manusia sekiranya mengalami jangkitan atau kecederaan. Namun, sekiranya keradangan ini berlaku secara berpanjangan (kronik), maka ia mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan kita.

Pengambilan kacang hazel turut didapati boleh membantu mengurangkan keradangan dalam badan.

Hal ini berdasarkan satu kajian yang diterbitkan pada 2013 yang mendapati pemakanan yang tinggi dengan kacang hazel boleh mengurangkan tanda-tanda keradangan bagi peserta yang menyertai kajian tersebut [7].

6. Berpotensi Mendatangkan Kebaikan Kepada Kesuburan Lelaki

Kacang hazel juga dilihat mempunyai potensi dalam meningkatkan kesuburan lelaki.

Khasiat ini didapati dalam satu kajian terhadap haiwan. Pengambilan kacang hazel didapati boleh menambah baik kualiti sperma, plasma semen (air mani), mengurangkan tekanan pengoksidaan, meningkatkan kandungan vitamin E dalam air mani dan meningkatkan paras hormon testosteron [8].

7. Berpotensi untuk Menambah Baik Ingatan

Seperti perubatan tradisional, kajian perubatan moden juga turut mendapati kacang hazel mempunyai khasiat terhadap ingatan (memori).

Khasiat kacang hazel terhadap ingatan ini dapat dilihat dalam satu kajian yang dijalankan terhadap haiwan.

Kajian ini mendapati pengambilan kacang hazel boleh meningkatkan daya ingatan dan mengurangkan tingkah laku berkaitan dengan keresahan (anxiety). Pengkaji juga percaya bahawa kacang ini mungkin mempunyai kebaikan dalam merawat penyakit Alzheimer [9].

8. Membantu Menurunkan Berat Badan

Kacang hazel juga boleh dijadikan salah satu menu dalam rancangan diet anda sekiranya anda ingin menurunkan berat badan.

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa pengambilan kacang hazel tidak menyebabkan kenaikan berat badan. Kesan ini dipercayai kerana kacang ini boleh menambah baik kapasiti antioksidan dalam badan [10].

Terdapat juga kajian lain yang mengaitkan pengambilan kekacang boleh mengurangkan peningkatan berat dan dan mengurangkan risiko obesiti. Dalam kajian ini peserta yang makan lebih kacang kurang berisiko mendapat berat badan yang berlebihan berbanding mereka yang tidak makan kacang [11]

9. Boleh Melawan Jangkitan Bakteria

Kacang hazel juga didapati mempunyai khasiat dalam melawan jangkitan bakteria.

Ekstrak kacang hazel didapati mempunyai aktiviti antibakteria yang tinggi terhadap bakteria jenis Bacillus cereus, B. subtilis dan Staphylococcus aureus [12].

Bakteria-bakteria ini adalah bakteria yang lazimnya menyebabkan keracunan makanan.

Rumusan

Kacang hazel adalah salah satu daripada beberapa jenis kekacang yang mempunyai rasa yang enak dan berkhasiat. Kacang ini boleh dipelbagaikan dalam masakan atau penghasilan produk makanan.

Selain itu, kacang hazel turut mempunyai pelbagai khasiat yang bermanfaat kepada kesihatan tubuh badan. Kajian perubatan moden mendapati kacang hazel mengandungi zat-zat penting dan kaya dengan antioksidan.

Kacang hazel juga baik untuk sistem penghadaman, boleh membantu menurunkan paras kolesterol, mengurangkan keradangan, berpotensi meningkatkan kesuburan lelaki, menambah baik daya ingatan, membantu menurunkan berat badan dan boleh melawan jangkitan bakteria.

Justeru itu, amalan menjadikan kacang hazel sebagai snek dalam diet harian adalah satu amalan yang baik.

Rujukan
  1. U.S. Department of Agriculture, Agricultural Research Service. FoodData Central, 2019. fdc.nal.usda.gov.
  2. Yang, J. et al. (2012). Effect of dietary fiber on constipation: a meta analysis. World journal of gastroenterology.
  3. Deon, V. et al. (2015). Can hazelnut intake modulate oxidative stress and lipid-related markers in children with primary dyslipidemia?. Annals of Nutrition and Metabolism.
  4. Alqahtani, S., & Kaddoumi, A. (2015). Vitamin E transporters in cancer therapy. The AAPS journal.
  5. Perna, S. et al. (2016). Effects of Hazelnut Consumption on Blood Lipids and Body Weight: A Systematic Review and Bayesian Meta-Analysis. Nutrients.
  6. Mercanligil, S. M. et al. (2007). Effects of hazelnut-enriched diet on plasma cholesterol and lipoprotein profiles in hypercholesterolemic adult men. European journal of clinical nutrition.
  7. Orem, A. et al. (2013). Hazelnut-enriched diet improves cardiovascular risk biomarkers beyond a lipid-lowering effect in hypercholesterolemic subjects. Journal of clinical lipidology.
  8. Kara, H. et al. (2019). Hazelnut consumption improves testicular antioxidant function and semen quality in young and old male rats. Food chemistry.
  9. Bahaeddin, Z., et al. (2017). Hazelnut and neuroprotection: Improved memory and hindered anxiety in response to intra-hippocampal Aβ injection. Nutritional neuroscience.
  10. Di Renzo, L. et al. (2019). A Hazelnut-Enriched Diet Modulates Oxidative Stress and Inflammation Gene Expression without Weight Gain. Oxidative medicine and cellular longevity.
  11. Freisling, H. et al. (2017). Nut intake and 5-year changes in body weight and obesity risk in adults: results from the EPIC-PANACEA study. Eur J Nutr.
  12. Oliveira, I. et al. (2008). Chemical composition, and antioxidant and antimicrobial activities of three hazelnut (Corylus avellana L.) cultivars. Food and chemical toxicology.
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email
ARTIKEL TERKINI

Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

11/08/2022

Makanan dan Minuman Untuk Merawat Kencing Kotor (Petua)

11/08/2022

Badan Sering Lesu? Anda Mungkin Kekurangan 6 Nutrien Ini

08/08/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • KlinikMinda
  • SihatAfiat

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.