JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan & Kecergasan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Debunga: Gejala, Punca dan Rawatan

    30/07/2022

    6 Tanda Tak Toleran Laktosa Yang Anda Perlu Tahu

    04/07/2022

    Alahan Terhadap Kulapuk atau Kulat: Gejala, Punca dan Rawatan

    21/06/2022

    Apa itu Alahan Kasein? Punca, Simptom dan Rawatan

    29/10/2021

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2021
  • Kesihatan & Kecergasan

    Tidur Selepas Makan: Adakah Baik atau Tidak?

    23/07/2022

    Keracunan Makanan: Gejala, Punca dan Rawatan

    19/07/2022

    Senaman Untuk Orang Semput (Asma)

    14/07/2022

    10 Kelebihan Berbasikal Untuk Kesihatan dan Kecergasan

    06/07/2022

    Fakta Mengenai Warna Air Kencing: Ini yang Anda Perlu Tahu

    17/06/2022
  • Berita

    Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

    11/08/2022

    BL Skincare dan Biela Beauty Mengandungi Racun Berjadual

    04/07/2022

    Air Zam Zam Dilarang Dijual Di Malaysia

    01/07/2022

    Mentega Kacang Jenama Jif Tercemar dengan Bakteria Salmonella

    30/05/2022

    JAKIM Menggantung Lesen Loji Sembelihan Australia

    15/05/2022
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Laman Utama > Kekacang & Legum > Khasiat Kacang Botor Yang Kurang Diberi Perhatian
Kekacang & Legum

Khasiat Kacang Botor Yang Kurang Diberi Perhatian

By JiwaSihatUpdated:24/09/20216 Mins Read

Kacang botor sering disalah sebut sebagai kacang botol. Mungkin kerana bunyinya yang hampir sama. Apa pun panggilannya, ia tetap merujuk kepada subjek yang sama. Artikel ini akan merungkai beberapa khasiat kacang botor untuk kesihatan berdasarkan sokongan-sokongan kajian.

Kacang botor atau nama lainnya kacang kelisa adalah sejenis legum (kacang) yang unik. Ini kerana hampir keseluruhan bahagian tumbuhan ini boleh dimakan dan mempunyai pelbagai manfaat atau khasiat.

Kacang botor atau nama saintifiknya Psophocarpus teteragonolobus adalah spesies legum daripada keluarga Fabaceae iaitu keluarga yang sama dengan kacang soya dan kacang tanah. Kacang botor adalah tumbuhan tropika yang boleh ditanam di negara-negara tropika dan lembap seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Bangladesh.

Selalunya, kacang botor muda dijadikan ulam atau kerabu bagi masyarakat setempat. Ubi daripada pokok kacang botor ini juga boleh dimakan sama ada direbus atau digoreng.

khasiat kacang botor

Dari sudut kesihatan, kacang botor sebenarnya boleh membekalkan banyak khasiat kepada pemakannnya. Namun, khasiat kacang botor ini kurang diketengahkan.

Sebagai panduan kepada anda, berikut adalah beberapa khasiat kacang botor yang mungkin anda tidak tahu mengenainya.

1. Kaya dengan Nutrien Penting

Kacang botor mengandungi nutrien-nutrien penting yang bermanfaat untuk fungsi dan kesihatan badan.

Bagi 100 gram kacang botor muda, terdapat nutrien-nutrien berikut [1]:

  • Kalori/Tenaga: 49 kcal
  • Protein: 7 gram
  • Lemak: 0.9 gram
  • Karbohidrat: 4.3 gram
  • Kalsium: 84 miligram
  • Zat besi: 1.5 miligram
  • Magnesium: 34 miligram
  • Fosforus: 37 miligram
  • Kalium: 223 miligram
  • Zink: 0.4 miligram
  • Mangan: 0.2 miligram
  • Selenium: 1.5 mikrogram
  • Vitamin C: 18.3 miligram
  • Folat: 66 mikrogram
  • Vitamin A: 77 mikrogram

Selain itu, kacang botor turut mengandungi kumpulan vitamin B iaitu vitamin B1, B2, B3, B5 dan B6.

Profil nutrien kacang botor ini juga menunjukkan ia tinggi dengan kandungan folat (16.5% daripada RNI) dan vitamin A (12.8% daripada RNI).

Folat adalah nutrien penting terutamanya kepada wanita mengandung bagi mengelakkan kecacatan terhadap bayi. Manakala vitamin A adalah vitamin yang penting untuk kesihatan mata, sistem imun dan sistem reproduktif.

*RNI= recommended nutrient intake (cadangan pengambilan nutrien harian bagi rakyat Malaysia).

2. Rendah Kalori tetapi Tinggi Protein

Kacang botor juga tergolong dalam kumpulan makanan yang rendah kalori. Makanan yang rendah kalori ini sangat berguna kepada mereka yang ingin mengekalkan atau mengurangkan berat badan.

Selain itu juga, kandungan protein yang tinggi dalam kacang botor turut mendatangkan pelbagai khasiat kepada mereka memakannya.

Pemakanan yang tinggi dengan protein boleh mengurangkan rasa lapar, mengurangkan pengambilan makanan dan menambah baik komposisi badan [2].

3. Bersifat Antiradang

Keradangan adalah tindak balas semula jadi badan apabila berlaku jangkitan atau kecederaan pada badan.

Walau bagaimanapun, sekiranya keradangan yang berlaku adalah berpanjangan (kronik), ia boleh mendatangkan kesan negatif terhadap badan.

Keradangan kronik banyak dikaitkan dengan penyakit-penyakit yang serius seperti reumatoid artritis, kanser, penyakit jantung dan lain-lain lagi.

Kajian menunjukkan bahawa kacang botor turut mempunyai sifat antiradang. Ekstrak kacang botor didapati boleh mengurangkan penghasilan pengantara keradangan seperti interleukin-6 (IL-6) dan sitokin yang prokeradangan [3].

Pengurangan parameter-parameter ini menunjukkan bahawa ekstrak kacang botor mempunyai ciri-ciri antiradang.

4. Kaya dengan Antioksidan

Kacang botor juga boleh melindungi sel-sel badan daripada kerosakan akibat daripada radikal bebas.

Khasiat ini disumbang oleh kehadiran pelbagai antioksidan dalam kacang ini. Antara antioksidan yang terdapat dalam kacang botor adalah [1, 4]:

  • Delfinidin
  • Sianidin
  • 4-Hydroxybenzoic acid
  • Asid vanilik
  • Asid kafeik
  • p-Coumaric acid
  • Vitamin C
  • Selenium

Selain itu, antioksidan juga penting bagi mencegah atau mengurangkan berlakunya tekanan oksidatif. Tekanan oksidatif banyak dikaitkan dengan penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, diabetes dan Alzheimer.

5. Bersifat Antibakteria dan Antikulat

Kacang botor juga turut boleh melawan jangkitan bakteria atau kulat.

Khasiat kacang botor ini dapat dilihat dalam satu kajian yang dijalankan oleh pengkaji dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Kajian ini mendapati ekstrak kacang botor berkesan dalam mencegah bakteria jenis Bacillus cereus, Bacillus lincheniformis, Staphylococcus aureus, E. coli, Salmonella, Klebsiella pneumoniae, Pseudomonas aeruginosa serta kulat Candida albicans dan Cryptococcus neoformans [5].

Bakteria-bakteria ini boleh menyebabkan keracunan makanan dan jangkitan pernafasan. Manakala kulat-kulat ini pula boleh menyebabkan jangkitan pada mulut, faraj wanita, jangkitan paru-paru dan sistem saraf.

6. Berpotensi Mencegah Kanser Usus dan Kulit

Akar atau ubi kacang botor turut mempunyai potensi dalam membantu mencegah kanser usus (kanser kolon) dan kanser kulit.

Khasiat ini dapat dilihat dalam satu kajian yang dijalankan oleh pengkaji dari Chiang Mai University, Thailand. Kajian ini mendapati ekstrak butanol daripada ubi kacang botor menunjukkan ciri-ciri antiproliferatif iaitu mencegah pengembang biakan sel-sel kanser usus dan kulit [6].

Namun begitu, kajian ini masih diperingkat awal dan kajian-kajian lanjutan masih diperlukan untuk melihat potensi sebenar kacang botor ini.

7. Mempunyai Ciri-ciri Antidiabetes

Seterusnya, kacang botor juga turut mempunyai ciri-ciri antidiabetes. Ini bermakna kacang botor ini mempunyai ciri-ciri yang boleh membantu mengawal paras gula darah terutamanya bagi penghidap diabetes atau penyakit kencing manis.

Satu kajian mendapati ekstrak kacang botol menunjukkan ciri-ciri antidiabetes yang paling tinggi berbanding beberapa sayur-sayuran lain yang diuji. Ekstrak kacang botor ini boleh mengurangkan penghasilan gula yang terhasil akibat daripada degradasi karbohidrat [4].

Kajian-kajian lanjutan terutamanya terhadap manusia masih diperlukan untuk menguatkan lagi hasil kajian ini.

8. Membekalkan Sumber Kalsium yang Baik

Kacang botor juga merupakan sumber yang baik untuk mendapatkan mineral kalsium.

Mineral kalsium penting untuk tulang dan gigi yang kuat. Kekurangan kalsium boleh menjejaskan kesihatan tulang seterusnya meningkatkan risiko kepada penyakit osteoporosis.

100 gram kacang botor muda boleh membekalkan kira-kira 8% kalsium harian bagi lelaki dan wanita dewasa berdasarkan cadangan pengambilan nutrien (RNI).

Menariknya, satu kajian melaporkan bahawa ketersediaan biologi kalsium bagi kacang botor adalah baik jika dibandingkan dengan susu dan boleh menjadi sumber mendapatkan kalsium selain daripada susu dan sayur-sayuran daripada keluarga Brassica (brokoli, kubis atau kubis bunga) [7].

Ketersediaan biologi bermaksud jumlah sesuatu nutrien yang dihadam yang boleh diserap dan tersedia untuk kegunaan tubuh.

Rumusan

Kacang botor adalah legum yang kurang dimanfaatkan sepenuhnya. Sebenarnya, kacang botor mempunyai banyak khasiat yang tersimpan yang masih belum dirungkaikan sepenuhnya.

Selain rendah kalori dan tinggi dengan protein, kacang botor turut didapati mempunyai ciri-ciri antiradang, antioksidan, antibakteria, antikulat dan juga antidiabetes. Kacang botor juga merupakan makanan yang baik untuk mendapatkan mineral kalsium.

Khasiat-khasiat ini menjadikan kacang botor sebagai satu pilihan makanan yang baik untuk kesihatan. Kajian-kajian berterusan masih diperlukan bagi merungkai lebih banyak khasiat atau keistimewaan legum ini.

Rujukan
  1. U.S. Department of Agriculture, Agricultural Research Service. FoodData Central, 2019. fdc.nal.usda.gov.
  2. Haghighat, N. et al. (2021). Effects of 6 Months of Soy-Enriched High Protein Compared to Eucaloric Low Protein Snack Replacement on Appetite, Dietary Intake, and Body Composition in Normal-Weight Obese Women: A Randomized Controlled Trial. Nutrients.
  3. Bassal, H. et al. (2021). Study of the Antioxidant and Anti-Inflammatory Properties of the Biological Extracts of Psophocarpus tetragonolobus Using Two Extraction Methods. Molecules.
  4. Suttisansanee, U. et al. (2021). Phytochemicals and In Vitro Bioactivities of Aqueous Ethanolic Extracts from Common Vegetables in Thai Food. Plants.
  5. Sasidharan, S. et al. (2008). Antimicrobial activities of Psophocarpus tetragonolobus (L.) DC extracts. Foodborne pathogens and disease.
  6. Manosroi, A. et al. (2015). In vitro anti-proliferative activity on colon cancer cell line (HT-29) of Thai medicinal plants selected from Thai/Lanna medicinal plant recipe database “MANOSROI III”. Journal of ethnopharmacology.
  7. Charoenkiatkul, S. et al. (2008). Calcium absorption from commonly consumed vegetables in healthy Thai women. Journal of food science.
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email
ARTIKEL TERKINI

Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

11/08/2022

Makanan dan Minuman Untuk Merawat Kencing Kotor (Petua)

11/08/2022

Badan Sering Lesu? Anda Mungkin Kekurangan 6 Nutrien Ini

08/08/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • KlinikMinda
  • SihatAfiat

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.