JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan & Kecergasan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Debunga: Gejala, Punca dan Rawatan

    30/07/2022

    6 Tanda Tak Toleran Laktosa Yang Anda Perlu Tahu

    04/07/2022

    Alahan Terhadap Kulapuk atau Kulat: Gejala, Punca dan Rawatan

    21/06/2022

    Apa itu Alahan Kasein? Punca, Simptom dan Rawatan

    29/10/2021

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2021
  • Kesihatan & Kecergasan

    Tidur Selepas Makan: Adakah Baik atau Tidak?

    23/07/2022

    Keracunan Makanan: Gejala, Punca dan Rawatan

    19/07/2022

    Senaman Untuk Orang Semput (Asma)

    14/07/2022

    10 Kelebihan Berbasikal Untuk Kesihatan dan Kecergasan

    06/07/2022

    Fakta Mengenai Warna Air Kencing: Ini yang Anda Perlu Tahu

    17/06/2022
  • Berita

    Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

    11/08/2022

    BL Skincare dan Biela Beauty Mengandungi Racun Berjadual

    04/07/2022

    Air Zam Zam Dilarang Dijual Di Malaysia

    01/07/2022

    Mentega Kacang Jenama Jif Tercemar dengan Bakteria Salmonella

    30/05/2022

    JAKIM Menggantung Lesen Loji Sembelihan Australia

    15/05/2022
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Laman Utama > Buah-buahan > 8 Khasiat Jambu Batu Serta Daunnya Untuk Kesihatan
Buah-buahan

8 Khasiat Jambu Batu Serta Daunnya Untuk Kesihatan

By Iskandar Zulkarnain, MScUpdated:28/02/20213 Mins Read

Khasiat jambu batu merangkumi pelbagai aspek, daripada penyakit kronik hinggalah kepada kebaikan untuk kulit. Nutrien-nutrien yang terdapat dalam jambu batu ini memberi banyak manfaat kepada kesihatan.

Buah jambu batu (Psidium guajava) berasal dari Amerika Tengah. Buahnya berbentuk bujur hingga bulat yang mempunyai isi berwarna merah jambu atau putih.

Daunnya pula boleh dijadikan teh herba dan ekstraknya dijadikan makanan tambahan. Daun jambu ini juga boleh digunakan untuk mengurangkan hanyir ikan air tawar.

khasiat buah jambu batu

Berikut adalah 8 khasiat jambu batu dan daun jambu batu:

1) Bermanfaat Kepada Penghidap Kencing Manis

Beberapa kajian mendapati jambu batu boleh mengawal gula darah.

Kajian terhadap haiwan dan tabung uji mendapati ekstrak daun jambu batu boleh menambah baik paras gula darah, kawalan gula darah jangka panjang dan rintangan insulin (1,2,3).

Kajian terhadap manusia juga menunjukkan hasil yang memberangsangkan.

Satu kajian terhadap 19 orang individu, meminum teh daun jambu batu boleh merendahkan paras gula darah selepas makan. Kesan ini bertahan selama 2 jam (3).

Satu kajian lain terhadap 20 penghidap kencing manis (diabetes jenis 2) mendapati meminum teh daun jambu batu mengurangkan paras gula darah lebih 10% selepas makan (3).

2) Mengurangkan Senggugut

Daun jambu batu telah digunakan secara tradisional oleh masyarakat di India untuk kesihatan wanita sejak dahulu lagi.

Dalam satu kajian terhadap 197 orang wanita yang mengalami masalah senggugut mendapati pengambilan ekstrak daun jambu batu sebanyak 6 mg sehari mengurangkan kesakitan. Malahan lebih berkesan berbanding ubat biasa (4).

3) Mencegah Sembelit & Mengurangkan Cirit-birit

Buah jambu batu merupakan sumber terbaik untuk mendapatkan serat diet.

Sebekas buah jambu batu seberat 165 gram boleh membekalkan 30% RNI (recommended nutrient intake) bagi serat diet untuk rakyat Malaysia.

Oleh itu, pemakanan buah jambu batu mempromosikan pergerakan usus yang sihat dan mencegah sembelit.

Tambahan lagi, ekstrak daun jambu batu ini juga boleh mengurangkan keamatan dan tempoh cirit-birit (5 ,6 ,7 ).

4) Meningkatkan Imuniti

Kekurangan vitamin C banyak dikaitkan dengan peningkatan risiko jangkitan dan penyakit.

Menariknya, buah jambu batu juga kaya dengan vitamin C. Bagi 100 gram buah jambu batu terdapat 228 mg iaitu lebih tiga kali ganda RNI (70 mg) untuk vitamin C.

Vitamin C juga mempunyai peranan penting untuk mengekalkan kesihatan sistem imunisasi (8).

Walaupun vitamin C dilihat tidak boleh mencegah demam selesema, namun vitamin C boleh mengurangkan tempoh demam selesema (9).

5) Mempunyai Ciri-ciri Antikanser

Buah jambu juga kaya dengan antioksidan seperti likopina.

Dalam satu kajian mendapati, pengambilan likopina yang tinggi boleh mengurangkan risiko kanser prostat (10).

Ujian tabung uji juga menunjukkan, likopina menghalang perkembangan sel dan memudahkan kematian sel kanser payudara. Likopina juga menunjukkan tidak balas yang sama terhadap sel kanser kolorektal (11, 12).

6) Bagus untuk Kulit

Buah jambu batu ini juga mempunyai ciri-ciri anti penuaan. Kandungan vitamin C, vitamin A dan antioksida yang lain seperti likopina boleh melindungi kulit daripada kedutan dan garis penuaan (13).

Vitamin C yang tinggi dalam buah jambu batu ini juga berguna dalam pembentukan kolagen untuk kulit (14).

Kesimpulan

Banyak khasiat buah jambu batu serta daunnya yang boleh dimanfaatkan oleh kita.

Selain itu, buah ini juga mudah didapati digerai-gerai di bahu jalan ataupun kawasan rehat dan rawat (R&R) dan boleh dinikmati secara segar.

Buah ini rendah kalori, kaya dengan serat diet dan pilihan baik untuk diet yang sihat. Selain buahnya, daun jambu batu ini juga kaya dengan sifat terapeutiknya.

Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email
ARTIKEL TERKINI

Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

11/08/2022

Makanan dan Minuman Untuk Merawat Kencing Kotor (Petua)

11/08/2022

Badan Sering Lesu? Anda Mungkin Kekurangan 6 Nutrien Ini

08/08/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • KlinikMinda
  • SihatAfiat

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.