JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan Badan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2025

    20 Makanan Mengandungi Susu Perlu Dielakkan

    29/08/2025

    Ujian Alahan (Allergy Test): Apa yang Anda Perlu Tahu

    14/06/2025

    Alahan Gandum: Punca, Simptom dan Rawatan

    17/03/2025

    12 Tanda Tak Tolerans Gluten Yang Anda Perlu Tahu

    09/03/2025
  • Kesihatan Badan
    kebaikan sabun susu kambing

    Kebaikan Sabun Susu Kambing untuk Kulit

    31/08/2025

    13 Jenis Senaman Kardio Yang Mudah & Menyeronokkan

    15/06/2025

    Berjalan Vs Berlari: Mana Yang Lebih Baik Untuk Kesihatan?

    11/05/2025
    jaundis

    Jaundis Dewasa (Sakit Kuning): Simptom, Punca dan Rawatan

    25/04/2025

    Petua Menghilangkan Dengkur: 12 Cara Mudah

    21/04/2025
  • Berita
    produk-skin-revolution-acne-clearing-solution

    Produk Skin Revolution-Acne Clearing Solution Beracun

    06/08/2025

    Tepung Gandum Kini Diperkaya Dengan Asid Folik & Zat Besi

    26/07/2025

    Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream Beracun

    11/06/2025

    Kesan Jangka Panjang COVID-19 (Long COVID)

    09/06/2025

    Produk PS 21 Capsule Mengandungi Racun

    07/06/2025
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Home»Buah-buahan»Khasiat Jambu Air untuk Kesihatan (Menurut Kajian)
Buah-buahan

Khasiat Jambu Air untuk Kesihatan (Menurut Kajian)

By JiwaSihat10/10/2025

Khasiat jambu air - Jambu air atau nama saintifiknya Syzgium aqueum adalah tumbuhan yang berasal dari Malaysia dan Indonesia. Kini, buah ini telah banyak di tanam di negara-negara tropika terutamanya negara-negara di Asia Tenggara.

Selain menjadi sumber makanan, buah jambu air serta bahagian lain tumbuhan ini turut digunakan dalam perubatan tradisional seperti merawat tekanan darah tinggi, sakit tekak, mencegah atau melegakan skurvi dan meningkatkan pembuangan air kencing.

Terdapat kira-kira lebih 1000 spesies Syzgium yang telah dikenalpasti. Tetapi artikel kali ini menekankan kepada khasiat jambu air spesies Syzgium aqueum (jambu air/jambu air mawar) dan Syzgium samarangense (jambu air madu) yang popular dan banyak dikomersialkan.

khasiat jambu air

Khasiat Buah Jambu Air

Beberapa khasiat buah jambu air yang boleh dimanfaat untuk kesihatan adalah seperti berikut:

1. Mengandungi Nutrien-nutrien Penting

Buah jambu air mengandungi zat atau nutrien yang penting untuk fungsi badan.

Bagi pengambilan buah jambu air sebanyak 100 gram (kira-kira 2 biji), terdapat nutrien-nutrien berikut: [1]

  • Kalori/Tenaga: 17 kcal
  • Protein: 0.8 gram
  • Lemak: 0.1 gram
  • Karbohidrat: 3.1 gram
  • Serat: 0.8 gram
  • Kalsium: 2 miligram
  • Zat besi: 0.2 miligram
  • Fosforus: 5 miligram
  • Kalium: 48 miligram
  • Vitamin C: 16.7 miligram
  • Vitamin A: 1.0 mikrogram

Profil nutrisi bagi jambu air ini menunjukkan jambu air tinggi dengan kandungan vitamin C. Vitamin C mempunyai banyak fungsi kepada badan seperti bertindak sebagai antioksidan, menguatkan sistem imun dan membantu penyerapan zat besi.

2. Boleh Menghidratkan

Seperti namanya, buah jambu air sangat tinggi dengan kandungan air. Kira-kira 95% daripada berat buah ini terdiri daripada air.

Kandungan air yang tinggi bagi buah jambu air menjadikan buah ini sebagai makanan yang boleh menghidratkan.

Mendapatkan air yang mencukupi setiap hari adalah penting bagi mengawal selia suhu badan, mengekalkan kelinciran sendi, mencegah jangkitan dan memastikan organ badan dapat berfungsi dengan baik.

3. Boleh Membantu Penghadaman

Kandungan serat diet dalam buah jambu air juga boleh membantu kelancaran proses penghadaman bagi mereka yang memakannya.

Pemakanan makanan yang kaya dengan serat boleh mencegah daripada berlakunya sembelit. Kajian turut melaporkan bahawa serat diet boleh membantu meningkatkan kekerapan pembuangan air besar bagi mereka yang mengalami sembelit. [2]

4. Boleh Melindungi daripada Radikal Bebas

Antioksidan adalah sebatian yang boleh melindungi badan daripada radikal bebas. Radikal bebas ini boleh merosakkan sel-sel badan yang sihat.

Ketidakseimbangan antara antioksidan dan radikal bebas boleh menyebabkan berlakunya tekanan oksidatif. Tekanan oksidatif banyak dikaitkan dengan beberapa penyakit seperti kanser, diabetes, atau penyakit jantung.

Jambu air turut mengandungi banyak antioksidan seperti: [3, 4]

  • Vitamin C
  • Epigallocatechin
  • Vescalagin
  • Castalagin
  • Proanthocyanidins (samarangenin)
  • Antosianin
  • Kuersetin
  • Asid galik
  • Asid elagik

Selain itu, terdapat juga kajian yang menunjukkan khasiat jambu air dalam melindungi badan daripada tekanan oksidatif, radikal bebas dan berpotensi untuk digunakan dalam merawat penyakit berkaitan tekanan oksidatif. [5]

5. Berpotensi Mencegah Kanser

Jambu air juga turut didapati berpotensi dalam membantu mencegah atau melawan kanser.

Kajian awal mendapati sebatian yang terkandung dalam jambu air mawar berpotensi untuk menjadi agen antitumor dalam mencegah kanser payudara. [6]

Selain itu, kandungan sebatian kuersetin yang terkandung dalam buah jambu air juga turut mempunyai ciri-ciri antikanser.

Kuersetin telah didapati boleh merencatkan pembiakan pelbagai kanser seperti kanser prostat, serviks, paru-paru, payudara, dan usus. [7]

Walau bagaimanapun, masih banyak kajian yang diperlukan untuk menguatkan lagi hasil kajian ini.

Khasiat Daun Jambu Air

Selain buahnya, daun jambu air juga turut mempunyai banyak khasiatnya. Perubatan tradisional menggunakan serbuk daun jambu air yang kering untuk merawat lidah rekah.

Kajian-kajian moden juga turut mendapati daun jambu air mempunyai banyak khasiat dan potensi dalam perawatan.

1. Boleh Menjadi Agen Pemutih Kulit

Daun jambu air berpotensi untuk digunakan dalam produk kecantikan atau kosmetik sebagai agen pemutih kulit atau agen untuk merawat hiperpigmentasi.

Khasiat daun jambu air ini dapat dilihat dalam satu kajian oleh pengkaji dari Monash University (Malaysia). Kajian tersebut mendapati ekstrak daun jambu air boleh merencatkan penghasilan melanin.

Kesan perencatan malanin bagi ekstrak daun jambu air ini dilihat setanding dengan kesan yang ditunjukkan oleh asid kojik (sebatian yang lazimnya digunakan sebagai agen pemutih kulit). [8]

2. Berpotensi Mengawal Paras Gula Darah

Daun jambu air juga turut didapati berpotensi digunakan untuk membantu menurunkan paras gula darah.

Kajian mendapati ekstrak daun jambu berkesan dalam merencatkan enzim yang berperanan dalam penguraian karbohidrat kepada gula iaitu α-glukosidase dan α-amilase. [9]

Perencatan enzim α-glukosidase dan α-amilase boleh mengurangkan penyerapan gula dalam usus seterusnya merendahkan paras gula dalam darah.

3. Baik untuk Sistem Penghadaman

Daun jambu air madu juga didapati mempunyai khasiat terhadap sistem penghadaman.

Kajian terhadap haiwan melaporkan bahawa ekstrak daun jambu air madu boleh mengurangkan ulser dalam perut dan keradangan akibat ulser ini. Kajian ini menunjukkan bahawa ekstrak daun jambu air madu berpotensi digunakan untuk mencegah ulser perut yang disebabkan oleh ubat antiradang bukan steroid (NSAID). [10]

Rumusan

Buah jambu air adalah buah-buahan tempatan yang menghidratkan dan enak dimakan. Selain dimakan segar, buah jambu air turut dimakan sebagai rojak, ditambah perisa atau dijadikan jem.

Buah jambu air mengandungi nutrien dan antioksidan yang baik untuk kesihatan. Selain itu, kandungan serat diet dalam jambu air boleh melancarkan penghadaman. Kajian turut mendapati jambu air berpotensi mencegah kanser dan merawat penyakit berkaitan tekanan oksidatif.

Daun jambu air juga turut berpotensi untuk digunakan sebagai agen pemutih kulit dan berpotensi untuk mengawal paras gula darah.

Rujukan
  1. Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia. 1997. Malaysian Food Composition Database. myfcd.moh.gov.my
  2. Yang, J. et al. (2012). Effect of dietary fiber on constipation: a meta analysis. World journal of gastroenterology.
  3. Nonaka, G.I. et al. (1992). Tannins and Related Compounds. CXIX. Samarangenins A and B, Novel Proanthocyanidins with Doubly Bonded Structures, from Syzygium samarangens and S. aqueum. Chemical and Pharmaceutical Bulletin.
  4. Simirgiotis, M. J. et al. (2008). Cytotoxic chalcones and antioxidants from the fruits of a Syzygium samarangense (Wax Jambu). Food chemistry.
  5. Sobeh, M. et al. (2018). Syzygium aqueum: A Polyphenol- Rich Leaf Extract Exhibits Antioxidant, Hepatoprotective, Pain-Killing and Anti-inflammatory Activities in Animal Models. Front. Pharmacol.
  6. Evangeline C. Amor. et al. (2007). Cytotoxic C-Methylated Chalcones from Syzygium samarangense. Pharmaceutical Biology.
  7. Jeong, J. H. et al. (2009). Effects of low dose quercetin: cancer cell-specific inhibition of cell cycle progression. Journal of cellular biochemistry.
  8. Palanisamy, U. D. et al. (2011). Standardized extract of Syzygium aqueum: a safe cosmetic ingredient. International journal of cosmetic science.
  9. Thamilvaani Manaharan. et al. (2012). Flavonoids isolated from Syzygium aqueum leaf extract as potential antihyperglycaemic agents. Food Chemistry.
  10. Mahmoud, M. F. et al. (2021). Syzygium samarangense leaf extract mitigates indomethacin-induced gastropathy via the NF-κB signaling pathway in rats. Biomedicine & pharmacotherapy.
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

Comments are closed.

Pilihan Editor

daun pudina

10 Khasiat Daun Pudina Untuk Lelaki dan Wanita

20/03/2025
habuk

Alahan Terhadap Habuk: Punca, Tanda dan Rawatan

03/02/2025

10 Cara Turunkan Paras Gula Dalam Darah Yang Mudah

25/01/2025

Petua Hilangkan Alahan Kulit (+ Rawatan Perubatan)

23/12/2024

Artikel Terkini

Khasiat Pucuk Ubi Kayu (+Bahaya Yang Wujud)

By JiwaSihat12/10/2025

Makanan yang Boleh Membantu untuk Melawan Kemurungan

By JiwaSihat11/10/2025

Khasiat Jambu Air untuk Kesihatan (Menurut Kajian)

By JiwaSihat10/10/2025
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

©2019-2021 JiwaSihat. Hak Cipta Terpelihara.
  • Jenama Kami
  • KlinikMinda

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.