JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan & Kecergasan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Debunga: Gejala, Punca dan Rawatan

    30/07/2022

    6 Tanda Tak Toleran Laktosa Yang Anda Perlu Tahu

    04/07/2022

    Alahan Terhadap Kulapuk atau Kulat: Gejala, Punca dan Rawatan

    21/06/2022

    Apa itu Alahan Kasein? Punca, Simptom dan Rawatan

    29/10/2021

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2021
  • Kesihatan & Kecergasan

    Tidur Selepas Makan: Adakah Baik atau Tidak?

    23/07/2022

    Keracunan Makanan: Gejala, Punca dan Rawatan

    19/07/2022

    Senaman Untuk Orang Semput (Asma)

    14/07/2022

    10 Kelebihan Berbasikal Untuk Kesihatan dan Kecergasan

    06/07/2022

    Fakta Mengenai Warna Air Kencing: Ini yang Anda Perlu Tahu

    17/06/2022
  • Berita

    Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

    11/08/2022

    BL Skincare dan Biela Beauty Mengandungi Racun Berjadual

    04/07/2022

    Air Zam Zam Dilarang Dijual Di Malaysia

    01/07/2022

    Mentega Kacang Jenama Jif Tercemar dengan Bakteria Salmonella

    30/05/2022

    JAKIM Menggantung Lesen Loji Sembelihan Australia

    15/05/2022
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Laman Utama > Buah-buahan > Khasiat Buah Plum dan Prun: Baik Untuk Tulang dan Sembelit
Buah-buahan

Khasiat Buah Plum dan Prun: Baik Untuk Tulang dan Sembelit

By Iskandar Zulkarnain, MScUpdated:23/02/20228 Mins Read

Buah plum ialah buah daripada keluarga Rosaceae iaitu keluarga yang sama dengan buah pic dan aprikot. Buah plum yang dikeringkan dikenali dengan nama prun. Khasiat buah plum dan prun dikatakan bermanfaat untuk kesihatan dan mengatasi masalah sembelit.

Artikel kali ini akan membincangkan khasiat-khasiat buah plum dan prun termasuklah terhadap kesihatan tulang dan masalah sembelit.

Secara umumnya, terdapat 2 jenis buah plum yang biasanya ditanam secara pertanian iaitu buah plum Jepun atau China (Prunus salicina) dan buah pelum Eropah-Asia (Prunus domestica). Buah plum berasal dari negara China dan telah tersebar ke merata-rata tempat seperti negara Jepun, Amerika dan beberapa bahagian di Eropah.

Terdapat beberapa jenis buah plum yang ditanam di Eropah yang dikenali dengan beberapa nama seperti Damsons, Victoria, Greengages dan Mirabelles.

khasiat buah plum

Berikut adalah beberapa khasiat buah plum dan prun yang disokong oleh kajian-kajian sains.

1. Mengandungi Nutrien Berkhasiat

Kandungan-kandungan nutrien dalam buah plum atau prun mempunyai banyak manfaatnya untuk kesihatan tubuh badan.

Bagi 100 gram buah plum, terdapat nutrien-nutrien berikut [1]:

  • Kalori: 46 kcal
  • Protein: 0.7 gram
  • Lemak: 0.3 gram
  • Karbohidrat: 11.4 gram
  • Serat: 1.4 gram
  • Gula: 9.92 gram
  • Kalsium: 6 miligram
  • Zat besi: 0.17 miligram
  • Magnesium: 7 miligram
  • Fosforus: 16 miligram
  • Kalium: 157 miligram
  • Zink: 0.1 miligram
  • Vitamin C: 9.5 miligram
  • Folat: 5 mikrogram
  • Vitamin A: 17 mikrogram
  • Vitamin E: 0.26 miligram
  • Vitamin K: 6.4 mikrogram

Selain itu, buah plum juga turut mengandungi sedikit mineral tembaga dan kumpulan vitamin B.

Manakala bagi prun pula, 100 gram prun mengandungi nutrien-nutrien berikut [1]:

  • Kalori: 240 kcal
  • Protein: 2.2 gram
  • Lemak: 0.4 gram
  • Karbohidrat: 63.9 gram
  • Serat: 7.1 gram
  • Gula: 38.1 gram
  • Kalsium: 43 miligram
  • Zat besi: 0.9 miligram
  • Magnesium: 41 miligram
  • Fosforus: 69 miligram
  • Kalium: 732 miligram
  • Natrium: 2 miligram
  • Zink: 0.4 miligram
  • Tembaga: 0.3 miligram
  • Selenium: 0.3 mikrogram
  • Vitamin C: 0.6 miligram
  • Folat: 4 mikrogram
  • Vitamin A: 39 mikrogram
  • Vitamin E: 0.4 miligram
  • Vitamin K: 59.5 mikrogram

Prun juga mengandungi kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B2, B3 dan B6.

Berbanding buah plum segar, prun mengandungi kalori, karbohidrat dan gula yang lebih tinggi.

2. Tinggi dengan Antioksidan

Kedua-dua buah plum dan prun kaya dengan antioksidan. Antioksidan boleh membantu badan untuk melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel dalam badan.

Ciri-ciri antioksidan buah plum dan prun banyak disumbang oleh kandungan fenoliknya seperti antosianin, katekin dan asid klorogenik [2].

Selain itu, buah plum dan prun ini juga turut mengandungi antioksidan yang terdiri daripada karotenoid iaitu beta-karotena, lutein dan zeaxantin [2].

3. Baik untuk Kesihatan Tulang

Buah plum kering atau prun berkhasiat untuk kesihatan tulang. Buah prun dikaitkan dengan khasiatnya yang mampu mengurangkan risiko berlakunya kerapuhan tulang.

Khasiat prun untuk tulang ini dilihat dalam beberapa kajian terhadap haiwan yang mendapati pemakanan plum kering boleh membantu mencegah pelesapan tulang (bone loss), meningkatkan ketumpatan dan struktur tulang [3, 4, 5].

Kesan buah plum ini turut dibuktikan dalam beberapa kajian klinikal. Satu kajian klinikal yang melibatkan 160 orang wanita pascamenopaus mendapati pemakanan buah prun sebanyak 100 gram sehari boleh meningkatkan ketumpatan tulang dan mengurangkan risiko pelesapan tulang [6].

Di samping itu juga, kandungan vitamin K dan mineral fosforus, magnesium dan kalium dalam buah prun ini juga turut boleh membantu melindungi tulang.

4. Boleh Merawat Sembelit

Dalam konteks merawat atau melegakan sembelit pula, jus prun atau prun boleh membantu. Khasiat ini dipercayai didorong oleh kandungan serat yang tinggi dalam buah ini.

Kajian yang dijalankan terhadap 30 individu yang mengalami sembelit yang kronik melaporkan bahawa pengambilan jus prun sebanyak 237 mililiter sehari sebelum makan boleh melegakan sembelit. Selain itu, jus ini turut membantu melembutkan najis [7].

Selain jus, buah prun juga boleh membantu merawat sembelit yang ringan hingga sederhana.

Kesan ini dilihat dalam satu kajian yang melibatkan 40 orang individu yang mengalami sembelit. Pengambilan 50 gram prun 2 kali sehari boleh mengurangkan sembelit yang berlaku [8].

5. Boleh Meningkatkan Fungsi Otak

Buah plum atau prun juga turut mempunyai khasiat terhadap fungsi otak seperti fungsi kognitif , mengurangkan kelakuan yang berkaitan keresahan (anxiety) dan juga mengurangkan risiko berlakunya penyakit berkaitan kemerosotan otak seperti penyakit Alzheimer.

Kajian yang dijalankan terhadap haiwan mendapati ekstrak plum boleh meningkatkan memori dan pembelajaran (kognitif) bagi haiwan yang diuji [9].

Kajian yang lain pula mendapati asid klorogenik yang diekstrak daripada buah plum boleh membantu mengurangkan kelakuan yang berkaitan dengan keresahan [10].

Walau bagaimanapun, kajian-kajian yang melibatkan manusia masih diperlukan untuk mengetahui kesan buah plum ini terhadap fungsi otak manusia.

6. Boleh Membantu Mengawal Gula Darah

Diabetes atau penyakit kencing manis ialah penyakit kronik yang berkaitan dengan paras gula dalam darah yang tinggi dan rintangan insulin.

Buah plum dilihat mempunyai kemampuan untuk membantu mengawal paras gula darah seterusnya mengurangkan risiko diabetes atau penyakit kencing manis.

Walaupun buah plum atau prun tinggi dengan nilai karbohidratnya, menariknya kajian menunjukkan pemakanan buah ini tidak menyebabkan peningkatan mendadak gula darah anda selepas memakannya [11].

Kesan ini mungkin disumbangkan oleh peningkatan hormon adiponectin iaitu hormon yang mengawal selia gula dalam darah [12].

Satu kajian kohort juga menunjukkan pemakanan buah plum turut boleh membantu mengurangkan risiko terkena penyakit diabetes jenis 2 [13].

7. Baik untuk Kesihatan Jantung

Buah plum dan prun juga berkhasiat untuk kesihatan jantung. Ini berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan yang melihat kesan pengambilan buah ini terhadap tekanan darah tinggi dan paras kolesterol.

Tekanan darah tinggi (hipertensi) dan paras kolesterol yang tinggi adalah dua faktor yang menyumbang kepada risiko penyakit jantung.

Satu kajian klinikal mendapati terhadap mereka yang mengambil prun dan jus prun menunjukkan penurunan dari segi tekanan darah dan paras kolesterol dalam darah serta kolesterol LDL (kolesterol jahat) [14].

Kajian lain yang dijalankan terhadap mereka yang menghadapi kolesterol tinggi mendapati pengambilan buah prun sebanyak 100 gram sehari boleh menurunkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) [15].

8. Mungkin Boleh Melawan Kanser

Buah plum dan prun juga berpotensi untuk merawat kanser. Kandungan antioksidan menyumbang kepada kesan antikanser ini.

Kajian-kajian tabung uji menunjukkan ekstrak buah plum dan prun boleh merencatkan pemerebakan sel-sel kanser payudara, usus, serviks, gastrik , hati dan juga leukemia [16, 17, 18].

Walau bagaimanapun, masih banyak kajian lanjutan terutamanya melibatkan manusia yang diperlukan untuk melihat kesan kebaikan buah plum dan prun ini terhadap kanser.

Rumusan

Buah plum dan prun adalah buah yang berkhasiat dan mudah dimakan.

Buah ini boleh dimakan segar, dibuat jus atau dicampurkan dalam salad. Buah plum yang dikeringkan (prun) juga enak dimakan sebagai kudapan.

Buah plum dan prun ini mempunyai banyak khasiat kepada kesihatan tubuh badan manusia. Selain mengandungi nutrien-nutrien yang berkhasiat tinggi, buah plum dan prun ini juga turut kaya dengan antioksidan.

Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa buah ini boleh membantu menguatkan tulang, melegakan sembelit, meningkatkan fungsi otak, baik untuk kesihatan jantung dan lain-lain.

Rujukan
  1. U.S. Department of Agriculture, Agricultural Research Service. FoodData Central, 2019. fdc.nal.usda.gov.
  2. Igwe, E. O., & Charlton, K. E. (2016). A Systematic Review on the Health Effects of Plums (Prunus domestica and Prunus salicina). Phytotherapy research.
  3. Rendina, E., Hembree, K. D., Davis, M. R., Marlow, D., Clarke, S. L., Halloran, B. P., Lucas, E. A., & Smith, B. J. (2013). Dried plum’s unique capacity to reverse bone loss and alter bone metabolism in postmenopausal osteoporosis model. PloS one.
  4. Smith, B. J. et al. (2014). Effects of dried plum supplementation on bone metabolism in adult C57BL/6 male mice. Calcified tissue international.
  5. Bernard P. H. et al. (2010). Dietary Dried Plum Increases Bone Mass in Adult and Aged Male Mice. The Journal of Nutrition.
  6. Hooshmand, S. et al. (2011). Comparative effects of dried plum and dried apple on bone in postmenopausal women. The British journal of nutrition.
  7. Cheskin, L.J. et al. (2008). A Naturalistic, Controlled, Crossover Trial of Plum Juice versus Psyllium versus Control for Improving Bowel Function. The Internet Journal of Nutrition and Wellness.
  8. Attaluri, A. et al. (2011). Randomised clinical trial: dried plums (prunes) vs. psyllium for constipation. Alimentary pharmacology & therapeutics.
  9. Shahidi, S. et al. (2013). Effect of Prunus domestica L. (mirabelle) on learning and memory in mice. Ancient science of life.
  10. Bouayed, J. et al. (2007). Chlorogenic acid, a polyphenol from Prunus domestica (Mirabelle), with coupled anxiolytic and antioxidant effects. Journal of the neurological sciences.
  11. Stacewicz-Sapuntzakis M. (2013). Dried plums and their products: composition and health effects–an updated review. Critical reviews in food science and nutrition.
  12. Mirmiran, P. et al. (2014). Functional foods-based diet as a novel dietary approach for management of type 2 diabetes and its complications: A review. World journal of diabetes.
  13. Fruit consumption and risk of type 2 diabetes: results from three prospective longitudinal cohort studies. BMJ 2013; 347 :f6935.
  14. Ahmed, T. et al. (2010). Use of prunes as a control of hypertension. Journal of Ayub Medical College.
  15. Tinker, L. F., Schneeman, B. O., Davis, P. A., Gallaher, D. D., & Waggoner, C. R. (1991). Consumption of prunes as a source of dietary fiber in men with mild hypercholesterolemia. The American journal of clinical nutrition, 53(5), 1259–1265. https://doi.org/10.1093/ajcn/53.5.1259
  16. Yu, M. H et al. (2009). Induction of apoptosis by immature plum in human hepatocellular carcinoma. Journal of medicinal food.
  17. Noratto, G. et al. (2009). Identifying peach and plum polyphenols with chemopreventive potential against estrogen-independent breast cancer cells. Journal of agricultural and food chemistry.
  18. Lea, M. A. et al. (2008). Inhibition of growth and induction of differentiation of colon cancer cells by peach and plum phenolic compounds. Anticancer research.
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email
ARTIKEL TERKINI

Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

11/08/2022

Makanan dan Minuman Untuk Merawat Kencing Kotor (Petua)

11/08/2022

Badan Sering Lesu? Anda Mungkin Kekurangan 6 Nutrien Ini

08/08/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • KlinikMinda
  • SihatAfiat

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.