JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan & Kecergasan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Debunga: Gejala, Punca dan Rawatan

    30/07/2022

    6 Tanda Tak Toleran Laktosa Yang Anda Perlu Tahu

    04/07/2022

    Alahan Terhadap Kulapuk atau Kulat: Gejala, Punca dan Rawatan

    21/06/2022

    Apa itu Alahan Kasein? Punca, Simptom dan Rawatan

    29/10/2021

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2021
  • Kesihatan & Kecergasan

    Tidur Selepas Makan: Adakah Baik atau Tidak?

    23/07/2022

    Keracunan Makanan: Gejala, Punca dan Rawatan

    19/07/2022

    Senaman Untuk Orang Semput (Asma)

    14/07/2022

    10 Kelebihan Berbasikal Untuk Kesihatan dan Kecergasan

    06/07/2022

    Fakta Mengenai Warna Air Kencing: Ini yang Anda Perlu Tahu

    17/06/2022
  • Berita

    Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

    11/08/2022

    BL Skincare dan Biela Beauty Mengandungi Racun Berjadual

    04/07/2022

    Air Zam Zam Dilarang Dijual Di Malaysia

    01/07/2022

    Mentega Kacang Jenama Jif Tercemar dengan Bakteria Salmonella

    30/05/2022

    JAKIM Menggantung Lesen Loji Sembelihan Australia

    15/05/2022
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Laman Utama > Buah-buahan > 7 Khasiat Buah Kiwi untuk Kesihatan Berdasarkan Kajian
Buah-buahan

7 Khasiat Buah Kiwi untuk Kesihatan Berdasarkan Kajian

By Iskandar Zulkarnain, MScUpdated:28/02/20213 Mins Read

Buah kiwi mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan manusia. Buah kiwi kaya dengan nutrien seperti vitamin C, vitamin K, vitamin E, folat, kalsium dan kalium (potassium).

Buah kiwi berasal dari selatan China. Kemudiannya dibawa ke New Zealand oleh mubaligh pada tahun 1904. Terdapat dua jenis buah kiwi iaitu yang mempunyai isi hijau dikenali sebagai ‘Hayward‘ dan berisi kuning yang dikenali sebagai ‘Hort 16A‘. Kini, buah kiwi turut ditanam di Itali, China, Chile, Perancis, Greece, Jepun dan USA.

Jika dilihat luarannya, buah kiwi ini mungkin kurang menarik perhatian. Namun, buah yang mempunyai isi berwarna hijau atau kuning ini mempunyai banyak khasiat disamping rasanya yang manis, masam dan tajam.

khasiat buah kiwi

Berikut merupakan 7 khasiat buah kiwi berdasarkan kajian sains:

1. Boleh Membantu Merawat Asma

Dalam satu kajian yang dijalankan terhadap 4104 kanak-kanak, pengambilan buah kiwi yang kaya dengan vitamin C menunjukkan kesan perlindungan signifikan terhadap asma, sesak nafas, batuk pada waktu malam, dan batuk kronik (1).

2. Membantu Penghadaman

Buah kiwi kaya dengan serat larut dan serat tidak larut.

Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa buah kiwi mempunyai kesan yang baik untuk merawat sembelit bagi orang tua dan pesakit sindrom usus rengsa (2,3,4).

Buah kiwi juga mempunyai enzim aktif yang dikenali sebagai aktinidin. Enzim ini baik untuk pencernaan protein (5,6).

3. Meningkatkan Imuniti Badan

Khasiat buah kiwi juga turut merangkumi sistem imuniti badan. Kandungan nutrien dan fitokimia seperti vitamin C, E dan K, folat, karotenoid, kalium dan polifenol berkait dengan sistem imun badan.

Beberapa kajian menunjukkan pengambilan buah kiwi dapat menambah baik fungsi imun dan tindakbalas imun. Buah kiwi juga melindungi sistem imun badan dengan melindungi sel imun daripada kerosakan pengoksidaan (7,8).

4. Kaya dengan Zat Besi

Pengambilan buah kiwi juga bermanfaat kepada mereka yang kekurangan zat besi. Kekurangan zat besi boleh membawa kepada penyakit anemia iaitu kekurangan sel darah merah.

Satu kajian terhadap wanita dengan kekurangan zat besi mendapati pengambilan buah kiwi dengan bijirin diperkaya dengan zat besi adalah lebih baik berbanding buah pisang (9).

5. Membantu Mengawal Tekanan Darah

Satu kajian menunjukkan pengambilan 3 biji sehari buah kiwi hijau selama 8 minggu boleh menurunkan tekanan darah secara signifikan terhadap perokok lelaki (10).

Kajian lain menunjukkan pengambilan buah kiwi dapat mengurangkan tekanan darah lebih baik berbanding buah epal (11).

Untuk jangka panjang, khasiat buah kiwi ini juga dapat mengurangkan risiko penyakit yang disebabkan oleh tekanan darah tinggi seperti strok dan serangan jantung.

6. Baik untuk Kesihatan Mata

Gabungan nutrien seperti vitamin A dan fitokimia seperti lutein dan zeaxantin sesuai untuk penjagaan mata. Komponen-komponen ini penting untuk melindungi mata daripada katarak, degenerasi makular berkaitan usia dan rabun malam (12,13).

7. Meningkatkan Kualiti Tidur

Satu kajian yang dijalankan oleh Taipei Medical University mendapati pengambilan 2 biji buah kiwi sejam sebelum tidur dapat meningkatkan kualiti tidur (14)

Kesimpulan

Buah kiwi adalah buah yang sarat dengan khasiat untuk kesihatan kita. Secara ammnya, buah ini selamat untuk dimakan oleh semua orang.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai alahan, kesan alahan yang boleh dikenalpasti ialah gatal kerongkong, bengkak lidah, masalah untuk menelan, muntah dan gatal-gatal.

Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email
ARTIKEL TERKINI

Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

11/08/2022

Makanan dan Minuman Untuk Merawat Kencing Kotor (Petua)

11/08/2022

Badan Sering Lesu? Anda Mungkin Kekurangan 6 Nutrien Ini

08/08/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • KlinikMinda
  • SihatAfiat

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.