• Laman Utama
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang
    • Minuman & Manisan
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Sayur-sayuran
    • Serat Diet
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Petua
    • Rawatan
  • Hubungi Kami
Twitter Pinterest YouTube
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang
    • Minuman & Manisan
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Sayur-sayuran
    • Serat Diet
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Kafein: Punca, Simptom dan Rawatan

    15/02/2021

    Alahan Ubat: Punca, Simptom dan Rawatan

    13/02/2021

    8 Jenis Alahan Makanan Yang Lazim Berlaku

    25/12/2020

    Petua Hilangkan Alahan Kulit (+ Rawatan Perubatan)

    23/12/2020

    Rinitis Alergi: Simptom, Rawatan dan Petua

    21/12/2020
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Petua
    • Rawatan
  • Hubungi Kami
JiwaSihat
Home»Bijirin & Bijian»10 Khasiat Biji Labu Untuk Kesihatan Lelaki
Bijirin & Bijian

10 Khasiat Biji Labu Untuk Kesihatan Lelaki

Iskandar Zulkarnain, MScBy Iskandar Zulkarnain, MSc28/10/2020Updated:28/02/20218 Mins Read
Kongsi
Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

Enak dimakan sebagai kuaci dan snek. Biji labu sebenarnya makanan yang penuh dengan khasiat. Khasiat biji labu disumbang oleh kandungan nutriennya yang lebih besar jika hendak dibandingkan dengan saiznya yang kecil.

Malah, biji labu ini sepatutnya menjadi makanan wajib bagi orang lelaki. Hendak tahu kenapa? Teruskan membaca.

Biji labu biasanya dijual di pasaran dalam bentuk kuaci. Selain bijinya, buah labu juga turut mengandungi khasiatnya tersendiri. Terdapat banyak jenis labu tetapi yang paling popular di Malaysia ialah labu kuning.

Biji labu mempunyai profil nutrisi yang menarik. Hanya pada kuantiti yang sedikit, biji labu mampu membekalkan lemak sihat, magnesium dan zink yang banyak.

khasiat biji labu

Berikut adalah 10 khasiat biji labu yang disokong oleh kajian-kajian sains.

1. Kaya dengan Mineral Penting

Biji labu ini dijual dalam dua bentuk, sama ada bersama kulit putihnya atau isi dalamnya sahaja yang berwarna hijau.

Secawan biji labu tanpa kulit (144 gram) mengandungi nutrien-nutrien berikut (USDA):

  • Kalori: 827 kcal
  • Protein: 43 gram
  • Karbohidrat: 21.2 gram
  • Serat: 9.36 gram
  • Kalsium: 74.9 miligram
  • Zat besi: 11.6 miligram
  • Magnesium: 792 miligram
  • Fosforus: 1690 miligram
  • Kalium: 1130 miligram
  • Natrium: 25.9 miligram
  • Zink: 11 miligram
  • Tembaga: 1.84 miligram
  • Selenium: 13.5 mikrogram
  • Vitamin C: 2.59 miligram
  • Folat: 82.1 mikrogram
  • Kolina: 90.7 miligram
  • Vitamin K: 6.48 mikrogram

Selain tinggi dengan mineral-mineral penting, biji labu ini juga mengandungi vitamin B1, B2, B3 dan B6.

Biji labu ini juga turut dipasarkan dalam bentuk minyak (minyak biji labu) yang turut kaya dengan khasiatnya.

2. Sumber Kepada Antioksidan

Selain tinggi dengan kandungan mineral seperti magnesium, fosforus dan kalium. Biji labu juga tinggi dengan kandungan antioksidan seperti karotenoid, lutein, zeaxantin dan vitamin E.

Antioksidan penting untuk meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel badan.

Sekiranya radikal bebas melebihi antioksidan, maka akan terjadinya tekanan pengoksidaan. Tekanan pengoksidaan ini dikaitkan dengan banyak penyakit kronik, kanser, penyakit mata dan penyakit Alzheimer.

Antioksidan ini juga dipercayai turut menyumbang dalam khasiat-khasiat biji labu yang lain.

3. Baik Untuk Kesihatan Prostat

Biji labu juga adalah makanan yang baik untuk kesihatan prostat terutamanya untuk melegakan simptom-simptom hiperplasia prostat benigna (BPH).

BPH ini ialah keadaan di mana kelenjar prostat membesar dan boleh menganggu pengaliran air kencing akibat sekatan di salur kencing.

Satu kajian yang dijalankan terhadap 47 orang lelaki yang menghidap BPH mendapati pengambilan minyak biji labu boleh mengurangkan simptom-simptom penyakit hiperplasia prostat benigna dan meningkatkan kualiti hidup [1].

Kajian lain yang dijalankan terhadap 1,431 lelaki yang mengalami BPH turut mendapati pengurangan dari segi simptom-simptom BPH bagi pesakit yang mengambil biji labu [2].

4. Baik Untuk Kesihatan Pundi Kencing

Selain mempunyai kebaikan kepada kesihatan prostat lelaki, biji labu juga didapati baik untuk kesihatan pundi kencing lelaki dan wanita.

Satu kajian terhadap 45 orang lelaki dan wanita berusia 40 tahun ke atas mendapati ekstrak minyak biji labu berkesan untuk mengurangkan simptom-simptom berkaitan pundi kencing yang terlebih aktif [3].

Simptom-simptom pundi kencing terlebih aktif ini adalah seperti berikut:

  • Rasa ingin kencing secara tiba-tiba dan sukar untuk dikawal.
  • Kerap kencing, lebih 8 kali sehari.
  • Bangun lebih 2 kali pada waktu malam untuk kencing.
  • Terkencing semasa rasa ingin kencing atau semasa batuk atau ketawa.

5. Berpotensi Mengurangkan Risiko Kanser

Pemakanan biji labu juga berpotensi mengurangkan risiko kanser seperti kanser payudara, perut dan prostat.

Satu kajian makmal yang menguji ekstrak biji labu terhadap sel-sel kanser prostat, payudara dan kolorektal mendapati ekstrak biji labu ini boleh mencegah pembesaran sel-sel kanser sekitar 40-50% [4].

Kajian pencerapan yang dilakukan di Jerman turut mendapati pemakanan biji labu boleh mengurangkan risiko kanser payudara dalam kalangan wanita yang telah menopaus [5].

6. Baik Untuk Kesihatan Jantung

Kandungan antioksidan dan mineral magnesium, fosforus, zink serta asid lemak dalam biji labu boleh menyumbang kepada kesihatan jantung.

Kajian terhadap haiwan mendapati minyak biji labu boleh mengurangkan kolesterol tinggi. Kesan ini dipercayai disebabkan oleh kandungan antioksidan dan asid lemak dalam minyak biji labu yang digabungkan dengan ubat [6].

Kolesterol tinggi adalah salah satu penyumbang kepada penyakit jantung.

Satu kajian terhadap 35 orang wanita menopaus selama 12 minggu mendapati pengambilan minyak biji labu sebanyak 2 gram sehari boleh meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik) dan mengurangkan tekanan darah diastolik [7].

Dua faktor ini penting untuk kesihatan jantung.

7. Boleh Membantu Merendahkan Paras Gula Darah

Tidak terhenti di situ, khasiat biji labu juga turut dipercayai boleh menurunkan paras gula darah. Gula darah yang tinggi boleh menyebabkan penyakit kencing manis atau diabetes jenis 2.

Kajian terhadap terhadap haiwan menunjukkan biji labu yang dicampur dengan biji flax boleh mengurangkan kenaikan gula darah [8, 9].

Dalam satu kajian semula juga turut mendapati bahawa biji labu dan makromolekul didalamnya mempunyai ciri-ciri untuk merendahkan gula darah dan boleh membantu mengawal paras gula darah [10].

Kandungan magnesium yang tinggi dalam biji labu juga mungkin turut bertanggungjawab terhadap kesannya terhadap gula dalam darah.

Ini berdasarkan satu kajian terhadap 127 932 individu lelaki dan wanita mendapati pengambilan magnesium mengurangkan risiko penyakit kencing manis (diabetes) [11].

8. Boleh Meningkatkan Kualiti Sperma Lelaki

Biji labu dipercayai boleh meningkatkan kualiti sperma kerana kandungan zink yang tinggi.

Secawan biji labu (144 gram) mengandungi 11 miligram zink iaitu lebih 170% daripada keperluan harian zink yang dicadangkan kepada lelaki dewasa di Malaysia.

Paras zink yang rendah dikaitkan dengan kualiti sperma yang rendah dan meningkatkan ketidaksuburan dalam kalangan orang lelaki [12].

9. Kaya dengan Serat

Biji labu juga merupakan salah satu makanan yang tinggi dengan serat.

Serat adalah nutrien penting untuk memastikan kesihatan sistem penghadaman kita.

Selain mengelakkan sembelit, pemakanan tinggi serat juga turut boleh dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit diabetes jenis 2, penyakit jantung dan obesiti [13].

Secawan biji labu (144 gram) membekalkan kira-kira 9 gram serat iaitu 45% daripada cadangan pengambilan serat harian bagi rakyat Malaysia.

10. Membantu Meningkatkan Kualiti Tidur

Akhir sekali, biji labu juga boleh dikatakan “ubat” untuk mendapatkan tidur yang lebih baik. Khasiat ini sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sukar tidur atau insomnia.

Biji labu mengandungi asid amino yang dikenali sebagai “triptofan”. Triptofan ini dipercayai boleh meningkatkan kualiti tidur.

Pengambilan 1 gram triptofan diperlukan untuk meningkatkan kualiti tidur [14].

Ini bermakna anda perlu makan sekurang-kurangnya 200gram biji labu untuk mendapatkan jumlah triptofan sebanyak itu.

Kajian yang dijalankan terhadap 120 individu juga mendapati makanan yang kaya dengan zink boleh membantu meningkatkan kecekapan tidur bagi mereka yang sihat [15].

Rumusan

Biji labu ialah salah satu makanan sihat yang kaya dengan pelbagai khasiat.

Selain mudah untuk dimakan atau dijadikan kudapan, biji labu juga adalah makanan yang mesra buat mereka yang berdiet.

Lelaki perkasa di luar sana harus menjadikan biji labu sebagai makanan harian atau makanan pilihan kerana kemampuannya untuk menjaga kesihatan prostat dan meningkatkan kualiti sperma.

Jadi, jangan berlengah untuk mendapatkan manfaat daripada biji labu ini!

Beli biji labu atas talian.

Rujukan
Rujukan
  1. Hong, H., et al. (2009). Effects of pumpkin seed oil and saw palmetto oil in Korean men with symptomatic benign prostatic hyperplasia. Nutrition research and practice.
  2. Vahlensieck, W., et al. (2015). Effects of pumpkin seed in men with lower urinary tract symptoms due to benign prostatic hyperplasia in the one-year, randomized, placebo-controlled GRANU study. Urologia internationalis.
  3. Nishimura, M., et al. (2014). Pumpkin Seed Oil Extracted From Cucurbita maxima Improves Urinary Disorder in Human Overactive Bladder. Journal of traditional and complementary medicine.
  4. Medjakovic, S., et al. (2016). Pumpkin seed extract: Cell growth inhibition of hyperplastic and cancer cells, independent of steroid hormone receptors. Fitoterapia.
  5. Zaineddin, A. K., et al. (2012). The association between dietary lignans, phytoestrogen-rich foods, and fiber intake and postmenopausal breast cancer risk: a German case-control study. Nutrition and cancer.
  6. al-Zuhair, H., et al. (1997). Efficacy of simvastatin and pumpkin-seed oil in the management of dietary-induced hypercholesterolemia. Pharmacological research.
  7. Gossell-Williams, M., et al. (2011). Improvement in HDL cholesterol in postmenopausal women supplemented with pumpkin seed oil: pilot study. Climacteric : the journal of the International Menopause Society.
  8. Makni, M., et al. (2011). Antidiabetic effect of flax and pumpkin seed mixture powder: effect on hyperlipidemia and antioxidant status in alloxan diabetic rats. Journal of diabetes and its complications.
  9. Makni, M., et al. (2010). Flax and Pumpkin seeds mixture ameliorates diabetic nephropathy in rats. Food and chemical toxicology.
  10. Adams, G. G., et al. (2014). The hypoglycemic effect of pumpkin seeds, Trigonelline (TRG), Nicotinic acid (NA), and D-Chiro-inositol (DCI) in controlling glycemic levels in diabetes mellitus. Critical reviews in food science and nutrition.
  11. Lopez-Ridaura, R., et al. (2004). Magnesium intake and risk of type 2 diabetes in men and women. Diabetes care.
Rujukan point 8-10
  1. Colagar, A. H., et al. (2009). Zinc levels in seminal plasma are associated with sperm quality in fertile and infertile men. Nutrition research.
  2. Anderson, J. W., et al. (2009). Health benefits of dietary fiber. Nutrition reviews.
  3. Halson S. L. (2014). Sleep in elite athletes and nutritional interventions to enhance sleep. Sports medicine (Auckland, N.Z.).
  4. Saito, H., et al. (2017). Zinc-rich oysters as well as zinc-yeast- and astaxanthin-enriched food improved sleep efficiency and sleep onset in a randomized controlled trial of healthy individuals. Molecular nutrition & food research.
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

ARTIKEL BERKAITAN

Khasiat Oat (Kenapa Anda Perlu Amalkannya)

23/02/2020

6 Khasiat Beras Perang yang Anda Belum Tahu

02/09/2019

Khasiat Chia Seed Untuk Kesihatan Lelaki dan Wanita

30/08/2019

Comments are closed.

Pilihan Editor

10 Cara Turunkan Paras Gula Dalam Darah Yang Mudah

25/01/2021

5 Khasiat Daun Kunyit yang Ramai Tidak Tahu

06/01/2020

Makanan Untuk Pesakit Talasemia Untuk Kekal Sihat

27/04/2020

23 Makanan Tinggi Vitamin K Yang Mudah Didapati

22/09/2019

Artikel Terkini

7 Khasiat Ubi Keledek Untuk Kesihatan Berdasarkan Kajian

By Iskandar Zulkarnain, MSc05/03/2021

Tanda-tanda Penyakit Jantung, Terhadap Lelaki atau Wanita

By JiwaSihat03/03/2021

Cara Memutihkan Kulit Tanpa Produk Kosmetik

By JiwaSihat01/03/2021

Subscribe to Updates

Dapatkan pelbagai artikel kami secara mingguan terus ke peti mel anda.

telegram
Twitter Pinterest YouTube RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
©2019-2021 JiwaSihat. Hak Cipta Terpelihara.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.