JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan & Kecergasan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Debunga: Gejala, Punca dan Rawatan

    30/07/2022

    6 Tanda Tak Toleran Laktosa Yang Anda Perlu Tahu

    04/07/2022

    Alahan Terhadap Kulapuk atau Kulat: Gejala, Punca dan Rawatan

    21/06/2022

    Apa itu Alahan Kasein? Punca, Simptom dan Rawatan

    29/10/2021

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2021
  • Kesihatan & Kecergasan

    Tidur Selepas Makan: Adakah Baik atau Tidak?

    23/07/2022

    Keracunan Makanan: Gejala, Punca dan Rawatan

    19/07/2022

    Senaman Untuk Orang Semput (Asma)

    14/07/2022

    10 Kelebihan Berbasikal Untuk Kesihatan dan Kecergasan

    06/07/2022

    Fakta Mengenai Warna Air Kencing: Ini yang Anda Perlu Tahu

    17/06/2022
  • Berita

    Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

    11/08/2022

    BL Skincare dan Biela Beauty Mengandungi Racun Berjadual

    04/07/2022

    Air Zam Zam Dilarang Dijual Di Malaysia

    01/07/2022

    Mentega Kacang Jenama Jif Tercemar dengan Bakteria Salmonella

    30/05/2022

    JAKIM Menggantung Lesen Loji Sembelihan Australia

    15/05/2022
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Laman Utama > Ikan & Daging > 10 Khasiat Belut Untuk Kesihatan Berdasarkan Kajian
Ikan & Daging

10 Khasiat Belut Untuk Kesihatan Berdasarkan Kajian

By JiwaSihatUpdated:19/09/20217 Mins Read

Belut ialah sejenis ikan yang hidup di kawasan sungai, kolam, paya, sawah padi, tasik dan juga longkang. Khasiat belut jarang diketengahkan sebagai satu sumber makanan yang mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan. Artikel ini menyenaraikan khasiat-khasiat yang boleh diperolehi daripada belut.

Secara umumnya, terdapat dua spesies utama belut di negara-negara Asia Tenggara iaitu Monopterus albus dan Monopterus javanensis. Kedua-dua spesies ini turut dikenali dengan nama panggilan belut sawah dan belut paya.

Mungkin ramai yang tidak menyukainya kerana bentuk badannya yang licin dan kelihatan seperti ular. Namun, belut sebenarnya salah satu sumber protein yang baik selain daripada ikan laut, ayam atau daging lembu.

Masyarakat terdahulu menggunakan belut dalam perubatan tradisional untuk merawat asma, mati pucuk dan mempercepatkan penyembuhan luka.

Khasiat belut ini juga turut mendapat perhatian dalam kajian sains moden akan manfaatnya kepada kesihatan.

khasiat belut

Berikut adalah beberapa khasiat belut berdasarkan sokongan kajian-kajian.

1. Mempunyai Profil Nutrien yang Menarik

Selain tinggi dengan protein, belut juga mempunyai nutrien lain yang menjadikannya satu sumber makanan yang sihat.

Bagi 100 gram belut sawah terdapat nutrien-nutrien berikut [1]:

  • Kalori: 70 kcal
  • Protein: 14.6 gram
  • Karbohidrat: 1.0 gram
  • Lemak: 0.8 gram
  • Kalsium: 49 miligram
  • Fosforus: 155 miligram
  • Zat besi: 1.5 miligram
  • Kalium: 169 miligram
  • Natrium: 55 miligram

Selain itu, belut juga turut mengandungi asid lemak Omega-3 iaitu docosahexaenoic acid (DHA) dan eicosapentaenoic acid (EPA).

2. Kaya dengan Omega-3 (Minyak Ikan)

Belut boleh dikategorikan sebagai ikan berlemak. Ikan berlemak ialah ikan yang tinggi dengan lemak terutamanya asid lemak Omega-3.

Kajian menunjukkan belut sawah tinggi dengan kandungan DHA iaitu kira-kira 0.17 gram bagi setiap 100 gram filet ikan ini. Setanding dengan kandungan DHA ikan salmon. Kandungan DHA ini bertambah selari dengan pertambahan saiz belut tersebut [2].

Asid lemak Omega-3 atau turut dikenali sebagai minyak ikan mempunyai banyak khasiatnya kepada kesihatan.

3. Membantu Penyembuhan Luka

Seperti ikan haruan, belut juga mempunyai khasiat dalam membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan keradangan.

Kajian terhadap haiwan mendapati minyak ekstrak daging belut sawah boleh membantu mengurangkan keradangan dan menpercepatkan penyembuhan luka melalui peningkatan ketebalan lapisan kulit luar [3].

Kajian-kajian lanjutan masih diperlukan untuk melihat kesan belut ini dalam penyembuhan luka dalam kalangan manusia.

4. Boleh Meningkatkan Nafsu Syahwat

Masyarakat tempatan percaya bahawa belut sawah boleh meningkatkan tenaga dan nafsu syahwat atau berahi.

Kepercayaan ini mendapat liputan kajian oleh pengkaji daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang melakukan kajian terhadap haiwan. Kajian ini mendapati lemak yang terkandung dalam belut sawah boleh meningkatkan nafsu syahwat (berahi) kepada subjek yang diuji [4].

Walau bagaimanapun, kajian-kajian lanjutan seperti kajian klinikal masih diperlukan untuk mengetahui kuantiti atau dos yang diperlukan untuk mendatangkan kesan yang sama terhadap manusia.

5. Baik untuk Kesihatan Tulang

Belut juga tinggi dengan mineral kalsium. Bagi 100 gram daging belut, terdapat 49 miligram kalsium iaitu membekalkan kira-kira 5% keperluan kalsium harian bagi lelaki dan wanita dewasa.

Kalsium diperlukan oleh badan untuk membina dan menguatkan tulang. Selain itu, jantung, otot dan saraf juga memerlukan kalsium untuk berfungsi dengan baik.

Kekurangan kalsium boleh meningkatkan risiko pereputan tulang dan tulang yang rapuh.

6. Baik untuk Kesihatan Jantung

Kandungan asid lemak Omega-3 dalam belut memainkan peranan penting akan khasiatnya terhadap jantung pemakannya.

Omega-3 ini boleh meningkatkan kesihatan jantung melalui beberapa perkara iaitu:

  • Boleh mengurangkan trigliserida (trigliserida ialah sejenis lemak yang dijumpai dalam darah) [5].
  • Boleh menurunkan tekanan darah [6].
  • Meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik) [7].
  • Mencegah daripada berlaku pembekuan darah yang berbahaya [8].

7. Baik untuk Kesihatan Mata

DHA iaitu salah satu daripada asid lemak Omega-3 merupakan salah satu komponen utama yang membentuk retina mata [9].

Menariknya, belut sawah ialah salah satu sumber makanan yang tinggi dengan DHA.

Selain itu, seseorang itu mungkin akan mengalami masalah penglihatan sekiranya tidak mendapatkan DHA yang mencukupi.

Mereka yang tidak mendapatkan DHA dan EPA yang mencukupi juga berisiko tinggi untuk terkena penyakit degenerasi makular berkaitan usia yang boleh menyebabkan buta [10, 11].

8. Boleh Mengurangkan Keradangan

Keradangan ialah salah satu cara sistem imun melawan jangkitan atau merawat kecederaan.

Walau bagaimanapun, keradangan yang kronik (berpanjangan) berkait rapat dengan penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung, kemurungan dan kanser.

Mengurangkan keradangan boleh membantu merawat simptom-simptom penyakit ini.

Kajian-kajian mendapati terdapat perkaitan antara peningkatan pengambilan Omega-3 dengan pengurangan keradangan [12, 13].

9. Boleh Mengurangkan Risiko Penyakit Asma

Asma ialah penyakit paru-paru kronik yang menyebabkan simptom-simptom seperti batuk, sesak nafas dan berdehit.

Serangan asma yang teruk sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan keradangan dan bengkak pada saluran pernafasan.

Khasiat belut dalam mengurangkan risiko penyakit asma adalah disumbangkan oleh kandungan minyak ikannya.

Satu ulasan dan analisis melaporkan bahawa pengambilan asid lemak Omega-3 (minyak ikan) dalam kalangan kanak-kanak boleh mengurangkan risiko terjadinya asma [14].

Kajian lain turut mendapati pengambilan asid lemak Omega-3 boleh mengurangkan risiko berlakunya asma dalam kalangan golongan belia yang berusia 18 hingga 30 tahun [15].

10. Boleh Melawan Penyakit Autoimun

Kandungan Omega-3 dalam belut turut bermanfaat untuk melawan penyakit autoimun.

Penyakit autoimun ialah penyakit yang menyebabkan sistem imun tersilap menyerang sel-sel badan yang sihat. Penyakit diabetes jenis 1 adalah salah satu contoh penyakit autoimun.

Kajian mendapati Omega-3 juga boleh membantu merawat penyakit seperti artritis reumatoid, kolitis ulseratif dan juga psoriasis [16, 17, 18].

Rumusan

Belut mempunyai peminatnya yang tersendiri. Bagi pengemarnya, masakan belut paprik atau sup belut merupakan juadah yang amat menyelerakan.

Belut boleh dikategorikan sebagai ikan berlemak kerana tinggi dengan kandungan minyak ikan (Omega-3). Kandungan minyak ikan ini memainkan peranan utama terhadap khasiatnya kepada kesihatan kita.

Khasiat belut ini sesuai untuk lelaki yang lemah tenaga batin atau kepada sesiapa sahaja yang memerlukan penjagaan kesihatan dalaman mereka seperti kesihatan jantung, tekanan darah, kesihatan mata dan lain-lain lagi.

Kajian yang berterusan masih diperlukan untuk merungkai khasiat-khasiat belut terhadap kesihatan manusia.

Rujukan
  1. Fery Lusviana Widiany. (2019). Nutritional Content of Food Containing Various Mixtures of Eel (Monopterus albus) Flour and Tempeh Flour as Supporting Nutrients for Hemodialysis Patients. Pakistan Journal of Nutrition.
  2. Endinkeau, K. & K.K. Tan. (1993). Profile of Fatty Acid Contents in Malaysian Freshwater Fish. Pertanika J. Trop. Agric. Sci. 16(3): 215-221.
  3. Hendrawan, V. F., et al. (2019). The potency of eel meat (Monopterus albus) extract on tumor necrosis factor alpha (TNF-α) expression and epidermal thickness incision wounds on rats (Rattus norvegicus). Journal of advanced veterinary and animal research.
  4. Nor Intan Fazleen Zulkefli & Ridzwan Hashim. (2017). Evaluation of the Aphrodisiac Potential of Rice Field Eel,Monopterus albus Extracts in Male Mice. Sains Malaysiana 46(6): 845-849.
  5. Cazzola, R., et al. (2007). Age- and dose-dependent effects of an eicosapentaenoic acid-rich oil on cardiovascular risk factors in healthy male subjects. Atherosclerosis.
  6. Ramel, A., et al. (2010). Moderate consumption of fatty fish reduces diastolic blood pressure in overweight and obese European young adults during energy restriction. Nutrition.
  7. Bernstein, A. M., et al. (2012). A meta-analysis shows that docosahexaenoic acid from algal oil reduces serum triglycerides and increases HDL-cholesterol and LDL-cholesterol in persons without coronary heart disease. The Journal of nutrition.
  8. Marchioli, R., et al. (2002). Early protection against sudden death by n-3 polyunsaturated fatty acids after myocardial infarction: time-course analysis of the results of the Gruppo Italiano per lo Studio della Sopravvivenza nell’Infarto Miocardico (GISSI)-Prevenzione. Circulation.
  9. Anderson, G. J., et al. (1990). Docosahexaenoic acid is the preferred dietary n-3 fatty acid for the development of the brain and retina. Pediatric research.
  10. SanGiovanni, J. P., & Chew, E. Y. (2005). The role of omega-3 long-chain polyunsaturated fatty acids in health and disease of the retina. Progress in retinal and eye research.
  11. Merle, B. M., et al. (2014). Circulating omega-3 Fatty acids and neovascular age-related macular degeneration. Investigative ophthalmology & visual science.
  12. Kiecolt-Glaser, J. K., et al. (2011). Omega-3 supplementation lowers inflammation and anxiety in medical students: a randomized controlled trial. Brain, behavior, and immunity.
  13. Simopoulos A. P. (2002). Omega-3 fatty acids in inflammation and autoimmune diseases. Journal of the American College of Nutrition.
  14. Yang, H., et al. (2013). Fish and fish oil intake in relation to risk of asthma: a systematic review and meta-analysis. PloS one.
  15. Li, J., et al. (2013). Intakes of long-chain omega-3 (n-3) PUFAs and fish in relation to incidence of asthma among American young adults: the CARDIA study. The American journal of clinical nutrition.
  16. Berbert, A. A., et al. (2005). Supplementation of fish oil and olive oil in patients with rheumatoid arthritis. Nutrition.
  17. Balbás, G. M., et al. (2011). Study on the use of omega-3 fatty acids as a therapeutic supplement in treatment of psoriasis. Clinical, cosmetic and investigational dermatology.
  18. Papadia, C., et al. (2010). Omega-3 fatty acids in the maintenance of ulcerative colitis. JRSM short reports.
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email
ARTIKEL TERKINI

Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

11/08/2022

Makanan dan Minuman Untuk Merawat Kencing Kotor (Petua)

11/08/2022

Badan Sering Lesu? Anda Mungkin Kekurangan 6 Nutrien Ini

08/08/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • KlinikMinda
  • SihatAfiat

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.