JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan Badan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2025

    20 Makanan Mengandungi Susu Perlu Dielakkan

    29/08/2025

    Ujian Alahan (Allergy Test): Apa yang Anda Perlu Tahu

    14/06/2025

    Alahan Gandum: Punca, Simptom dan Rawatan

    17/03/2025

    12 Tanda Tak Tolerans Gluten Yang Anda Perlu Tahu

    09/03/2025
  • Kesihatan Badan
    kebaikan sabun susu kambing

    Kebaikan Sabun Susu Kambing untuk Kulit

    31/08/2025

    13 Jenis Senaman Kardio Yang Mudah & Menyeronokkan

    15/06/2025

    Berjalan Vs Berlari: Mana Yang Lebih Baik Untuk Kesihatan?

    11/05/2025
    jaundis

    Jaundis Dewasa (Sakit Kuning): Simptom, Punca dan Rawatan

    25/04/2025

    Petua Menghilangkan Dengkur: 12 Cara Mudah

    21/04/2025
  • Berita
    produk-skin-revolution-acne-clearing-solution

    Produk Skin Revolution-Acne Clearing Solution Beracun

    06/08/2025

    Tepung Gandum Kini Diperkaya Dengan Asid Folik & Zat Besi

    26/07/2025

    Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream Beracun

    11/06/2025

    Kesan Jangka Panjang COVID-19 (Long COVID)

    09/06/2025

    Produk PS 21 Capsule Mengandungi Racun

    07/06/2025
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Home»Minuman & Manisan»7 Khasiat Air Kelapa Yang Anda Tidak Tahu
Minuman & Manisan

7 Khasiat Air Kelapa Yang Anda Tidak Tahu

By Iskandar Zulkarnain, MSc04/05/2025Updated:29/04/2025

Air kelapa sememangnya enak untuk diminum. Terutamanya ketika cuaca panas. Tetapi, tahukah kita apa khasiat air kelapa?

Selain rasanya yang sedap dan menyegarkan, air kelapa turut mengandungi nutrien-nutrien yang baik untuk kesihatan.

Nama saintifik bagi Kelapa ialah Cocos nucifera L. Pokok kelapa banyak tumbuh di kawasan tropika dan sub-tropika. Pokok kelapa juga dikenali sebagai “pokok kehidupan”.

Kedua-dua buah kelapa muda dan tua mengandungi air di dalamnya. Namun, air kelapa muda lebih menjadi pilihan kerana rasanya yang lebih enak.

khasiat air kelapa

Berikut adalah khasiat air kelapa berdasarkan kajian-kajian.

1. Kaya dengan Nutrien Penting

Dalam 100 mililiter air kelapa yang tidak dicampur gula, terdapat nutrien-nutrien seperti berikut (1):

  • Kalori: 18 kcal
  • Protein: 0.22 gram
  • Karbohidrat: 4.24 gram
  • Gula: 3.92 gram
  • Kalsium: 7 miligram
  • Magnesium: 6 miligram
  • Fosforus: 5 miligram
  • Kalium: 165 miligram
  • Natrium: 26 miligram
  • Vitamin C: 9.9 miligram

Air kepala turut mengandungi sedikit mineral zat besi, zink, tembaga dan vitamin B1.

2. Boleh Membantu Mengawal Kadar Gula Darah

Kajian yang dijalankan terhadap haiwan mendapati air kelapa boleh membantu mengawal kadar gula dalam darah bagi haiwan yang menghidap kencing manis (diabetes) (2).

Selain itu, kajian lain menunjukkan kemampuan air kepala untuk membantu mengekalkan kadar gula dalam darah yang baik bagi haiwan yang menghidap diabetes (3).

Kajian lain juga turut mendapat keputusan yang sama di mana air kelapa mengurangkan kadar gula dalam darah dan mengurangkan tekanan oksidatif (4).

Kajian-kajian terhadap makmal menunjukkan kesan yang sangat positif. Namun begitu, kajian klinikal terhadap manusia masih diperlukan untuk mengetahui sama ada air kelapa mempunyai kesan yang sama terhadap manusia.

3. Mengandungi Antioksidan

Diet yang mengandungi banyak antioksidan adalah baik untuk mengatasi masalah radikal bebas yang berlebihan.

Radikal bebas yang berlebihan menyebabkan sel-sel badan mengalami tekanan pengoksidaan yang membawa kepada kerosakan sel dan meningkatkan risiko penyakit.

Satu kajian terhadap tikus makmal dengan kerosakan hati menunjukkan penambahbaikkan dalam tekanan pengoksidaan dan kesan perlindungan terhadap kerosakan hati apabila dirawat dengan air kelapa (5).

Dalam kajian lain, tikus makmal yang menghidap tekanan darah tinggi yang diberikan diet tinggi gula (fruktosa) dirawat dengan air kelapa. Hasil kajian mendapati terdapat penurunan aktiviti radikal bebas, tekanan darah, tirgliserida dan juga kadar insulin (6).

Walau bagaimanapun, tiada lagi kajian yang dijalankan terhadap manusia.

4. Boleh Mencegah Batu Karang

Batu karang terbentuk apabila kalsium, oksalat dan sebatian lain bergabung membentuk kristal dalam air kencing.

Kemudian, kristal ini akan membentuk batu yang dikenali sebagai batu karang.

Kajian terhadap haiwan mendapati air kelapa boleh menghalangkan pemendapan kristal dalam buah pinggang dan mengurangkan bilangan kristal dalam air kencing (7).

Dalam satu kajian lain terhadap 8 individu sihat mendapati pengambilan air kelapa dapat meningkatkan sitrat urin iaitu bahan utama yang menghalang pembentukan batu karang (8).

5. Boleh Menjadi Minuman Sukan

Air kelapa boleh dikatakan minuman terbaik untuk menghidratkan badan dan mengantikan kembali elektrolit yang hilang semasa bersenam atau bersukan.

Elektrolit adalah mineral yang memainkan peranan penting dalam badan termasuklah untuk keseimbangan bendalir. Antara mineral-mineral ini adalah kalsium, magnesium, kalium dan natrium.

Kajian-kajian mendapati air kelapa muda menghidratkan badan selepas bersenam lebih baik daripada air biasa dan mempunyai elektrolit yang tinggi sama seperti minuman sukan (9, 10).

6. Boleh Mengurangkan Tekanan Darah

Air kelapa boleh membantu mengawal tekanan darah.

Dalam satu kajian terhadap 28 individu yang mempunyai tekanan darah tinggi, air kelapa didapati boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dan tekanan darah diastolik masing-masing sebanyak 71% dan 29% (11).

Tekanan darah diastolik ialah tekanan dalam arteri semasa jantung berkeadaan relaks. Manakala, tekanan darah sistolik ialah tekanan maksimum yang berlaku semasa ventrikel kiri mengkontraksi untuk mengepam darah keluar melalui aorta.

Selain itu, air kelapa juga turut mengandungi kandungan kalium yang tinggi. Kalium adalah salah satu nutrien penting yang boleh mengurangkan tekanan darah bagi mereka yang menghidap tekanan darah tinggi (12).

7. Bersifat Antiradang

Keradangan ialah proses di mana sistem imun badan bertindak balas terhadap perengsa atau bahan iritasi seperti kuman, kecederaan atau bahan kimia.

Contoh paling mudah keradangan ialah luka yang membengkak bertukar merah dan menyakitkan.

Satu kajian terhadap haiwan mendapati air kelapa muda dan air kelapa tua mempunyai ciri-ciri antiradang. Kajian ini juga mendapati air kelapa muda mempunyai kesan antiradang yang lebih kuat berbanding air kelapa tua (13).

Kesimpulan

Air kelapa adalah antara minuman yang sedap dan menyegarkan terutamanya diminum ketika cuaca panas.

Selain rasanya, air kelapa juga mempunyai khasiat yang banyak untuk kesihatan kita. Air kelapa ini baik untuk tekanan darah, gula dalam darah, kesihatan buah pinggang dan bersifat antiradang.

Walaupun memerlukan lebih banyak kajian klinikal, kajian-kajian dijalankan setakat ini menunjukkan banyak kesan positif air kelapa untuk kesihatan.

Akhir sekali, sekiranya anda ingin minum air kelapa ini pastikan tidak menambahnya dengan gula (gula putih).

Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

Comments are closed.

Pilihan Editor

buah nanas

7 Khasiat Buah Nanas yang Menakjubkan

06/09/2025

7 Khasiat Kacang Pekan (Pecan) Untuk Kesihatan (+Kajian)

13/07/2025

15 Makanan Bersifat Antiradang Untuk Anda Amalkan

11/12/2024
Nutrisi a-z

15 Makanan Tinggi Vitamin B3: Boleh Beli di Pasar

03/10/2025

Artikel Terkini

Khasiat Pucuk Ubi Kayu (+Bahaya Yang Wujud)

By JiwaSihat12/10/2025

Makanan yang Boleh Membantu untuk Melawan Kemurungan

By JiwaSihat11/10/2025

Khasiat Jambu Air untuk Kesihatan (Menurut Kajian)

By JiwaSihat10/10/2025
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

©2019-2021 JiwaSihat. Hak Cipta Terpelihara.
  • Jenama Kami
  • KlinikMinda

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.