JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan & Kecergasan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Apa itu Alahan Kasein? Punca, Simptom dan Rawatan

    29/10/2024

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2025

    20 Makanan Mengandungi Susu Perlu Dielakkan

    29/08/2025

    Ujian Alahan (Allergy Test): Apa yang Anda Perlu Tahu

    14/06/2025

    Alahan Gandum: Punca, Simptom dan Rawatan

    17/03/2025
  • Kesihatan & Kecergasan

    10 Senaman Kardio yang Boleh Dilakukan Dirumah

    20/10/2024
    kebaikan sabun susu kambing

    Kebaikan Sabun Susu Kambing untuk Kulit

    31/08/2025

    13 Jenis Senaman Kardio Yang Mudah & Menyeronokkan

    15/06/2025

    Berjalan Vs Berlari: Mana Yang Lebih Baik Untuk Kesihatan?

    11/05/2025
    jaundis

    Jaundis Dewasa (Sakit Kuning): Simptom, Punca dan Rawatan

    25/04/2025
  • Berita
    pencemaran acrylamide dan glycidol di dalam biskut

    Isu Pencemaran Acrylamide dan Glycidol Dalam Biskut

    28/10/2024
    produk-skin-revolution-acne-clearing-solution

    Produk Skin Revolution-Acne Clearing Solution Beracun

    06/08/2025

    Tepung Gandum Kini Diperkaya Dengan Asid Folik & Zat Besi

    26/07/2025

    Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream Beracun

    11/06/2025

    Kesan Jangka Panjang COVID-19 (Long COVID)

    09/06/2025
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Home»Berita»Kesan Jangka Panjang COVID-19 (Long COVID)
Berita

Kesan Jangka Panjang COVID-19 (Long COVID)

By JiwaSihatUpdated:19/09/2025

Kebanyakan mereka yang dijangkiti COVID-19 akan pulih selepas mengalami beberapa minggu yang menyakitkan. Tetapi, ada juga mereka yang mengalami kesan jangka panjang COVID-19 ini. Kesan jangka panjang COVID-19 ini terdiri daripada pelbagai masalah kesihatan yang dialami lebih daripada 4 minggu selepas dijangkiti oleh virus ini.

Selain itu, mereka yang tidak mengalami sebarang simptom semasa mula-mula dijangkiti oleh virus COVID-19 juga boleh mengalami simptom-simptom pasca COVID-19 ini.

Pakar-pakar masih cuba memahami kesan jangka panjang COVID-19 ini dan mengapa ia terjadi serta siapa yang boleh mengalami kesan ini.

Kesan jangka panjang COVID-19 ini juga turut dikenali dengan istilah “Long COVID” atau sindrom pasca COVID-19.

kesan jangka panjang covid-19: long covid

Simptom-simptom Long COVID

Long COVID boleh menyebabkan beberapa simptom yang boleh berterusan berlaku selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan selepas pertama kali dijangkiti.

Long COVID ini juga boleh berlaku kepada semua orang yang dijangkti virus ini tidak kira walaupun individu tersebut hanya mengalami gejala yang ringan.

Antara gejala atau simptom-simptom umum Long COVID ialah:

Simptom-simptom umum:

  • Demam
  • Sakit
  • Kelesuan

Selain itu, seseorang individu yang mengalami Long COVID boleh juga mengalami simptom-simptom khusus yang melibatkan anggota badan seperti:

Otak & Saraf

  • Meracau
  • Hilang tumpuan
  • Pelupa
  • Brain fog
  • Gangguan tidur (insomnia)
  • Hilang keseimbangan badan
  • Kebas
  • Lemah kaki

Telinga, Hidung & Tekak

  • Sakit tekak
  • Sakit telinga
  • Hilang deria bau dan rasa
  • Telinga berdesing (tinnitus)

Sistem Pernafasan

  • Sukar bernafas
  • Batuk

Jantung & Pembuluh Darah

  • Sukar bernafas atau sesak dada
  • Sakit dada
  • Berdebar-debar

Perut & Usus

  • Sakit perut
  • Loya
  • Cirit-birit
  • Kehilangan atau kurang selera makan

Kulit

  • Ruam

Otot & Tulang

  • Sakit sendi
  • Sakit otot

Psikologi

  • Kemurungan
  • Rasa gelisah

Kesan COVID-19 Terhadap Organ

Sindrom pasca COVID-19 juga boleh melibatkan kerosakan terhadap kebanyakan sistem badan seperti jantung, buah pinggang, paru-paru, kulit dan juga fungsi otak.

Kerosakan organ-organ ini boleh meningkatkan risiko kepada masalah kesihatan jangka panjang.

  • Jantung. Kerosakan jantung akibat COVID-19 boleh meningkatkan risiko bekas pesakit untuk mengalami kegagalan jantung atau komplikasi jantung.
  • Otak. Bekas pesakit COVID-19 berisiko untuk mengalami strok, sawan atau sindrom Guillain-Barre (lumpuh sementara) sekiranya otak mengalami kerosakan. Mereka juga berisiko untuk mengalami penyakit Alzheimer atau Parkinson.
  • Paru-paru. Paru-paru yang rosak akibat jangkitan COVID-19 boleh menyebabkan masalah pernafasan jangka panjang.

Bekas pesakit COVID-19 juga berisiko untuk turut mengalami sindrom keradangan multisistem dan penyakit autoimun.

Sindrom keradangan multisistem boleh terjadi terhadap kanak-kanak dan orang dewasa yang menyebabkan beberapa bahagian badan mengalami keradangan atau bengkak.

Autoimun pula ialah penyakit yang berlaku apabila sistem imun badan tersilap menyerang sel-sel badan yang sihat. Akibatnya beberapa bahagian badan akan mengalami bengkak yang menyakitkan.

Rumusan

Simptom-simptom Long COVID dan kesan terhadap organ ini boleh menjejaskan kualiti hidup mereka yang dijangkiti virus ini.

Oleh itu, patuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan diri dan keluarga anda daripada dijangkiti COVID-19.

Rujukan
  • Centers for Disease Control and Prevention. (2021). Post-COVID Conditions [diakses pada 9 Jun 2025].
  • Mayo Clinic Staff. (2021). COVID-19 (coronavirus): Long-term effects. MayoClinic [diakses pada 9 Jun 2025].
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

Comments are closed.

Pilihan Editor

buah delima

10 Khasiat Buah Delima yang Dibuktikan Oleh Sains

27/08/2025

Khasiat Yogurt Untuk Kesihatan Serta Jenis-jenisnya

24/04/2025

5 Khasiat Ganoderma Lucidum: Cendawan Ubat

14/08/2025
pokok betik

7 Khasiat Betik Berdasarkan Kajian Sains

13/08/2025

Artikel Terkini

Makanan untuk Pesakit COVID: Apa yang Patut Anda Pilih?

By JiwaSihat02/12/2024

Makanan Melegakan Cirit-birit: Apa yang Anda Perlu Makan?

By Iskandar Zulkarnain, MSc26/11/2024

10 Khasiat Goji Berry Yang Ramai Tidak Tahu

By JiwaSihat19/11/2024
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

©2019-2021 JiwaSihat. Hak Cipta Terpelihara.
  • Jenama Kami
  • KlinikMinda

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.