JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan & Kecergasan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Debunga: Gejala, Punca dan Rawatan

    30/07/2022

    6 Tanda Tak Toleran Laktosa Yang Anda Perlu Tahu

    04/07/2022

    Alahan Terhadap Kulapuk atau Kulat: Gejala, Punca dan Rawatan

    21/06/2022

    Apa itu Alahan Kasein? Punca, Simptom dan Rawatan

    29/10/2021

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2021
  • Kesihatan & Kecergasan

    Tidur Selepas Makan: Adakah Baik atau Tidak?

    23/07/2022

    Keracunan Makanan: Gejala, Punca dan Rawatan

    19/07/2022

    Senaman Untuk Orang Semput (Asma)

    14/07/2022

    10 Kelebihan Berbasikal Untuk Kesihatan dan Kecergasan

    06/07/2022

    Fakta Mengenai Warna Air Kencing: Ini yang Anda Perlu Tahu

    17/06/2022
  • Berita

    Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

    11/08/2022

    BL Skincare dan Biela Beauty Mengandungi Racun Berjadual

    04/07/2022

    Air Zam Zam Dilarang Dijual Di Malaysia

    01/07/2022

    Mentega Kacang Jenama Jif Tercemar dengan Bakteria Salmonella

    30/05/2022

    JAKIM Menggantung Lesen Loji Sembelihan Australia

    15/05/2022
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Laman Utama > Diet & Pemakanan > Keperluan Kalori Harian dan Fungsi Kalori
Diet & Pemakanan

Keperluan Kalori Harian dan Fungsi Kalori

By Iskandar Zulkarnain, MScUpdated:18/09/20214 Mins Read

Kalori adalah unit pengukuran yang digunakan untuk mengukur jumlah tenaga yang terdapat dalam makanan dan minuman. Adalah penting untuk mengetahui keperluan kalori harian bagi mengelakkan pengambilan kalori berlebihan.

Istilah kalori mungkin lebih popular dalam kalangan mereka yang berdiet untuk turunkan berat badan. Contohnya dalam plan diet rendah kalori. Walau bagaimanapun, kalori adalah penting untuk semua orang.

Adalah penting untuk kita memastikan makanan yang dimakan itu boleh memenuhi keperluan tenaga yang diperlukan oleh badan.

Badan memerlukan tenaga ini untuk mengawal dan mengekalkan suhu badan, menyokong pertumbuhan badan, aktiviti metabolik dan aktivit fizikal.

Namun begitu, jika seseorang itu mengambil kalori secara berlebihan, kalori yang tidak digunakan sebagai tenaga akan disimpan menjadi lemak. Jika ia berterusan, keadaaan ini akan membawa kepada kegemukan atau obesiti.

keperluan kalori harian

Jenis-jenis Kalori

Kalori boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

  • Kalori kecil (cal). Kalori kecil ialah jumlah tenaga yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 gram (g) air sebanyak 1 darjah celcius (°C).
  • Kalori besar (kcal). Kalori besar pula ialah jumlah tenaga yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 kilogram (kg) air sebanyak 1 darjah celcius (°C). Kalori besar ini juga dipanggil sebagai kilokalori.

1 kcal bersamaan 1,000 cal.

Sebenarnya apabila bercakap mengenai kalori dalam pemakanan, istilah “kalori” itu merujuk kepada kilokalori. Sepertimana yang dapat dilihat di label-label produk makanan, kalori yang dinyatakan merujuk kepada kalori besar iaitu kilokalori (kcal).

Keperluan Kalori Harian Bagi Rakyat Malaysia

Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan Untuk Makanan dan Pemakanan (NCCFN) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan panduan Cadangan Pengambilan Nutrien (RNI) bagi rakyat Malaysia.

Cadangan Pengambilan Nutrien yang diterbitkan pada tahun 2017 ini menggariskan keperluan kalori harian seperti berikut:

jadual RNI kalori lelaki
jadual RNI kalori perempuan

Kalori dalam Makanan

Kalori dalam setiap makanan yang dimakan boleh diketahui melalui dua cara iaitu:

  1. Melalui label pada produk makanan yang dibeli.
  2. Melalui pengiraan kalori.

Pada artikel yang lalu, kami ada berkongsi berkenaan senarai kalori bagi kebanyakan makanan di Malaysia dan cara mengira kalori.

Fungsi Kalori dan Penjagaan Kesihatan

Setiap orang memerlukan kalori untuk hidup. Tanpa tenaga (kalori) sel-sel badan akan mati dan organ dalam badan akan berhenti berfungsi. Manusia mendapatkan tenaga hanya melalui makanan dan minuman.

Sekiranya seseorang itu makan dan minum mengikut kalori yang diperlukan oleh badan mereka setiap hari, mereka mungkin mempunyai kesihatan yang baik. Namun, jika kalori yang diambil itu berlebihan , mereka mungkin menghadapi masalah kesihatan.

Setiap makanan hampir mempunyai ketiga-tiga komponen utama ini iaitu karbohidrat, protein dan lemak. Tiga komponen ini adalah sumber kepada kalori setiap makanan yang dimakan.

  • Setiap 1 gram (g) karbohidrat mengandungi 4 kilokalori (kcal).
  • Setiap 1 gram (g) protein mengandungi 4 kilokalori (kcal).
  • Setiap 1 gram (g) lemak mengandungi 9 kilokalori (kcal).

Kemajuan teknologi dan budaya kerja masa kini menyebabkan ramai yang bekerja di pejabat dan menjadi kurang aktif. Di tambah pula dengan akses kepada makanan segera dan makanan diproses yang mudah untuk diperolehi. Keadaan ini menyebabkan peningkatan kepada masalah kesihatan yang berpunca daripada pemakanan dan obesiti.

Apa yang harus kita lakukan?

Walaupun ia agak sukar, namun tidak mustahil untuk berjaya dilakukan. Beberapa amalan atau tips ini boleh diamalkan untuk mengurangkan pengambilan kalori dalam rutin harian kita. Antaranya adalah:

  • Kurang atau berhenti minum minuman bergula. Sebaliknya banyakkan minum air kosong atau air mineral.
  • Kurang atau berhenti makan makanan berproses. Makanan seperti ini tinggi dengan kandungan lemak, gula dan garam.
  • Kurang atau berhenti makan makanan segera. Makanan seperti ini biasanya tinggi dengan kandungan lemak dan garam.
  • Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayur dan buah mempunyai mineral dan vitamin yang diperlukan untuk badan kekal sihat.
  • Sentiasa bersenam atau lakukan aktiviti fizikal. Contohnya seperti berjoging, berbasikal dan berkebun. Kementerian Kesihatan Malaysia mencadangkan seorang orang dewasa berumur 18 hingga 64 tahun menjalankan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.

Rumusan

Pada artikel kali ini dapat diketahui mengenai apa itu kalori dan peranannya untuk tubuh dan kesihatan kita. Bagi mereka yang ingin menguruskan badan, langkah pengurangan kalori adalah langkah yang baik.

Keperluan kalori setiap orang adalah berbeza-beza. Secara umumnya, Cadangan Pengambilan Nutrien (RNI) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia boleh dijadikan rujukan dan panduan kerana telah melalui kajian dan memenuhi 97.5% keperluan populasi.

Rujukan
  • National Coordinating Committee on Food and Nutrition. 2017. RNI: Recommended Nutrient Intakes for Malaysia.
  • Yvette Brazier. 2017. How many calories do you need? https://www.medicalnewstoday.com/articles/263028 [diakses pada 11 Ogos 2020].
  • Bahagian Pendidikan Kesihatan. 2017. Senaman. https://www.infosihat.gov.my/index.php/senaman [diakses pada 11 Ogos 2020].
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email
ARTIKEL TERKINI

Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

11/08/2022

Makanan dan Minuman Untuk Merawat Kencing Kotor (Petua)

11/08/2022

Badan Sering Lesu? Anda Mungkin Kekurangan 6 Nutrien Ini

08/08/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • KlinikMinda
  • SihatAfiat

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.