JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan & Kecergasan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Debunga: Gejala, Punca dan Rawatan

    30/07/2022

    6 Tanda Tak Toleran Laktosa Yang Anda Perlu Tahu

    04/07/2022

    Alahan Terhadap Kulapuk atau Kulat: Gejala, Punca dan Rawatan

    21/06/2022

    Apa itu Alahan Kasein? Punca, Simptom dan Rawatan

    29/10/2021

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2021
  • Kesihatan & Kecergasan

    Tidur Selepas Makan: Adakah Baik atau Tidak?

    23/07/2022

    Keracunan Makanan: Gejala, Punca dan Rawatan

    19/07/2022

    Senaman Untuk Orang Semput (Asma)

    14/07/2022

    10 Kelebihan Berbasikal Untuk Kesihatan dan Kecergasan

    06/07/2022

    Fakta Mengenai Warna Air Kencing: Ini yang Anda Perlu Tahu

    17/06/2022
  • Berita

    Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

    11/08/2022

    BL Skincare dan Biela Beauty Mengandungi Racun Berjadual

    04/07/2022

    Air Zam Zam Dilarang Dijual Di Malaysia

    01/07/2022

    Mentega Kacang Jenama Jif Tercemar dengan Bakteria Salmonella

    30/05/2022

    JAKIM Menggantung Lesen Loji Sembelihan Australia

    15/05/2022
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Laman Utama > Minuman & Manisan > Keburukan Arak: Bagaimana Arak Merosakkan Badan Anda
Minuman & Manisan

Keburukan Arak: Bagaimana Arak Merosakkan Badan Anda

By Iskandar Zulkarnain, MScUpdated:18/09/20216 Mins Read

Kebelakangan ini kita banyak mendengar kematian akibat dilanggar oleh pemandu mabuk. Ramai jiwa yang tidak bersalah menjadi korban. Lebih menyedihkan, hukuman yang dikenakan kepada “pembunuh” tersebut amatlah tidak setimpal. Artikel kali ini kami akan kongsikan keburukan arak dan bagaimana ia merosakkan tubuh badan peminumnya.

Arak adalah minuman yang memabukkan. Apabila seseorang itu mabuk, seseorang itu tidak sedar atau separa sedar apa yang dilakukannya. Dalam Islam, arak adalah dilarang kerana ia boleh membawa kemudaratan.

Arak memberi kesan negatif kepada kesihatan tidak kira sama ada individu itu lelaki ataupun perempuan. Kesan buruk arak ini akan berganda-ganda terutamanya kepada peminum yang tegar.

Dari sudut sains perubatan, pelbagai kajian menemui kesan buruk arak terhadap badan manusia.

keburukan arak

Berikut adalah 10 keburukan arak yang disokong oleh kajian-kajian perubatan:

1. Arak Boleh Mengecutkan Otak

Arak boleh menganggu komunikasi otak dengan badan dan boleh memberi kesan terhadap bentuk dan fungsinya.

Kajian yang dijalankan oleh University of Oxford terhadap 550 individu lelaki dan wanita yang bukan peminum tegar mendapati pengambilan arak secara sederhana turut menyebabkan pengecutan otak di bahagian kognitif dan pembelajaran.

Kognitif ialah fungsi yang mengawal emosi, penyelesaian masalah, memori, bahasa, penilaian dan juga tingkahlaku seksual.

Dalam satu kajian lain yang dibentang dalam American Academy of Neurology’s 59th Annual Meeting pada 2007 menunjukkan mereka yang mempunyai sejarah 12 tahun menjadi peminum arak tegar mempunyai isipadu otak yang lebih kecil berbanding mereka yang kurang meminum arak.

2. Arak Boleh Menyebabkan Kanser

Terdapat bukti saintifik yang kuat yang mengaitkan arak dengan kanser. Malah, Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat mengelaskan penggunaan arak sebagai karsinogen manusia.

Karsinogen ialah istilah yang digunakan untuk mengambarkan bahawa bahan tersebut boleh menyebabkan barah atau kanser.

Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan penggunaan arak boleh menyebabkan kanser. Penggunaan arak boleh menyebabkan kanser leher dan kepala, kanser esofagus, kanser hati, kanser payudara dan kanser kolorektum.

3. Arak Boleh Menyebabkan Mati Pucuk

Mungkin ada yang berpendapat arak boleh meningkatkan keseronokan diranjang. Tetapi fakta menyatakan sebaliknya. lelaki yang banyak minum arak berpotensi untuk mati pucuk . Selain itu, banyak minum arak juga menghalang penghasilan hormon seks dan mengurangkan syahwat.

Dalam satu kajian di India mendapati 72% daripada 100 orang peminum arak tegar mengalami satu atau lebih masalah disfungsi seksual seperti mati pucuk, ejakulasi pramatang dan nafsu syahwat yang rendah.

Baca juga: Khasiat tongkat ali boleh meningkatkan prestasi seks

4. Arak Boleh Menyebabkan Kemandulan

Bagi wanita pula, minum arak yang berlebihan boleh mengganggu kitaran haid. Ini akan meningkatkan risiko kemandulan atau tidak subur.

Kajian yang diterbitkan dalam The Journal of Pharmacology and Experimental Therapeutics menunjukkan pengambilan arak yang kronik dalam kalangan wanita dewasa mengganggu kitaran haid dan fungsi hormon reproduktif.

5. Arak Boleh Menyebabkan Kelahiran Cacat

Keburukan arak yang seterusnya ialah boleh menyebabkan kecacatan pada bayi baru lahir sekiranya ibunya adalah peminum arak.

Manakala, sekiranya ibu mengandung pula minum arak secara berlebihan, mereka berisiko tinggi untuk keguguran, kelahiran mati dan kelahiran pramatang.

Ini berdasarkan beberapa kajian yang diterbitkan dalam jurnal Alcoholism Clinical & Experimental Research, Alcohol and Alcoholism (Oxford, Oxfordshire) dan Morbidity and Mortality Weekly Report oleh CDC.

6. Arak Boleh Merosakkan Hati

Hati adalah organ penting dalam badan yang bertindak sebagai kilang yang memproses dan menyingkirkan bahan-bahan berbahaya daripada badan termasuklah arak.

Penggunaan arak pada jangka masa yang panjang boleh meningkatkan risiko penyakit hati dan keradangan teruk pada hati seperti sirosis. Sirosis mengakibatkan peningkatan tisu berserat dan pemusnahan sel-sel hati.

Apabila hati telah rosak, ia menyukarkan untuk badan menyingkirkan toksik.

7. Arak Merosakkan Pankreas

Pankreas berfungsi untuk mengawal selia penggunaan insulin dan bertindak balas kepada glukosa. Sekiranya pankreas rosak dan gagal berfungsi, ia menghalang badan daripada menghasilkan insulin yang cukup seterusnya menyebabkan hiperglisemia (gula terlalu banyak dalam darah).

Arak juga boleh menyebabkan pankreas untuk menghasilkan bahan toksik yang boleh membawa kepada pankreatitis.

Dalam satu artikel yang diterbitkan dalam World Journal of Gastroenterology pada tahun 2006 menyatakan ketagihan pada arak adalah penyebab utama pankreatitis. Malahan, gabungan arak dan rokok memburukkan lagi keadaan.

8. Arak Merosakkan Jantung

Minum arak pada satu jangka masa yang lama atau terlalu banyak pada satu-satu masa boleh menyebabkan kerosakan jantung.

Dalam satu analisis yang melibatkan 599 912 peminum arak dalam 83 kajian mendapati selain daripada infarksi miokardium, pengambilan arak meningkatkan risiko strok, penyakit koronari, kegagalan jantung, kematian akibat tekanan darah tinggi dan kematian akibat aneurisme aorta.

9. Arak Memudahkan Jangkitan Pada Paru-paru

Keburukan arak yang seterusnya ialah memudahkan jangkitan pada paru-paru seperti penyakit tibi dan pneumonia (radang paru-paru).

Hal ini kerana minum arak pada kadar yang banyak dan jangka masa yang panjang mengurangkan sistem pertahanan badan (sistem imun). Ia menyebabkan badan sukar untuk menangkis jangkitan daripada bakteria dan virus.

Malah, kajian turut mendapati kira-kira 10% kes penyakit tibi di seluruh dunia adalah berpunca daripada arak.

10. Arak Boleh Melemahkan Tulang

Penggunaan arak pada satu jangka masa yang lama panjang juga boleh melemahkan tulang. Malah ia turut menyebabkan tulang menipis dan mudah untuk retak.

Banyak kajian yang mengaitkan penggunaan arak yang tinggi sejak zaman remaja hingga dewasa memberi kesan kepada kesihatan tulang dan meningkatkan risiko menghidap osteoporosis.

Malah, peminum arak juga lebih terdedah untuk mengalami keretakan tulang akibat daripada tulang rapuh dan kerosakan saraf.

Rumusan

Melihat dari sudut sains, banyak keburukan arak terhadap diri kita. Walaupun terdapat kajian yang menyatakan bahawa pengambilan arak yang sedikit baik untuk meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik) namun kesan buruknya mengatasi kebaikannnya.

Secara ringkasnya, arak merosakkan hampir keseluruhan sistem badan manusia. Dari otak hinggalah ke bahagian saraf. Malah, arak juga boleh menyebabkan ketagihan dan hilang kewarasan. Banyak masalah sosial yang turut dikaitkan dengan ketagihan arak.

Oleh itu, masyarakat harus sedar akan keburukan arak dan menjauhi air ini.

Rujukan
  • Topiwala Anya, et al. (2017). Moderate alcohol consumption as risk factor for adverse brain outcomes and cognitive decline: longitudinal cohort study. BMJ.
  • American Academy of Neurology. (2007). Drinking Heavy Amounts Of Alcohol Shrinks Your Brain. ScienceDaily.
  • National Cancer Institute.(2018). Alcohol and Cancer Risk.
  • Arackal, B. S., et al. (2007). Prevalence of sexual dysfunction in male subjects with alcohol dependence. Indian journal of psychiatry.
  • Mendelson, J. H.,et al. (1988). Chronic alcohol effects on anterior pituitary and ovarian hormones in healthy women. The Journal of pharmacology and experimental therapeutics.
  • Wilsnack, S. C., et al. (1984). Drinking and reproductive dysfunction among women in a 1981 national survey. Alcoholism, clinical and experimental research.
  • Kesmodel, U., et al. (2002). Moderate alcohol intake in pregnancy and the risk of spontaneous abortion. Alcohol and alcoholism (Oxford, Oxfordshire).
  • Cheryl H. Tan, et al. (2015).Alcohol Use and Binge Drinking Among Women of Childbearing Age — United States, 2011–2013. Morbidity and Mortality Weekly Report.
  • Chowdhury, P., et al. (2006). Pathophysiology of alcoholic pancreatitis: an overview. World journal of gastroenterology.
  • Wood, A. M., et al. (2018). Risk thresholds for alcohol consumption: combined analysis of individual-participant data for 599 912 current drinkers in 83 prospective studies. Lancet (London, England).
  • Rehm, J., et al. (2009). The association between alcohol use, alcohol use disorders and tuberculosis (TB). A systematic review. BMC public health.
  • H. Wayne Sampson.(n.d). Alcohol and Other Factors Affecting Osteoporosis Risk in Women.
  • Jeanie lerche Davis. Drink Less for Strong Bones. WebMD.
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email
ARTIKEL TERKINI

Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

11/08/2022

Makanan dan Minuman Untuk Merawat Kencing Kotor (Petua)

11/08/2022

Badan Sering Lesu? Anda Mungkin Kekurangan 6 Nutrien Ini

08/08/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • KlinikMinda
  • SihatAfiat

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.