JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan & Kecergasan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Apa itu Alahan Kasein? Punca, Simptom dan Rawatan

    29/10/2024

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2025

    20 Makanan Mengandungi Susu Perlu Dielakkan

    29/08/2025

    Ujian Alahan (Allergy Test): Apa yang Anda Perlu Tahu

    14/06/2025

    Alahan Gandum: Punca, Simptom dan Rawatan

    17/03/2025
  • Kesihatan & Kecergasan

    10 Senaman Kardio yang Boleh Dilakukan Dirumah

    20/10/2024
    kebaikan sabun susu kambing

    Kebaikan Sabun Susu Kambing untuk Kulit

    31/08/2025

    13 Jenis Senaman Kardio Yang Mudah & Menyeronokkan

    15/06/2025

    Berjalan Vs Berlari: Mana Yang Lebih Baik Untuk Kesihatan?

    11/05/2025
    jaundis

    Jaundis Dewasa (Sakit Kuning): Simptom, Punca dan Rawatan

    25/04/2025
  • Berita
    pencemaran acrylamide dan glycidol di dalam biskut

    Isu Pencemaran Acrylamide dan Glycidol Dalam Biskut

    28/10/2024
    produk-skin-revolution-acne-clearing-solution

    Produk Skin Revolution-Acne Clearing Solution Beracun

    06/08/2025

    Tepung Gandum Kini Diperkaya Dengan Asid Folik & Zat Besi

    26/07/2025

    Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream Beracun

    11/06/2025

    Kesan Jangka Panjang COVID-19 (Long COVID)

    09/06/2025
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Home»Kesihatan & Kecergasan»Kebaikan Sabun Susu Kambing untuk Kulit
Kesihatan & Kecergasan

Kebaikan Sabun Susu Kambing untuk Kulit

By JiwaSihatUpdated:19/09/2025

Sabun susu kambing adalah salah satu pilihan daripada banyak jenis sabun yang terdapat di pasaran. Tetapi tahukah anda akan kebaikan sabun susu kambing ini? Artikel ini akan menerangkan kebaikan sabun susu kambing terutamanya untuk kulit.

Menurut Food and Drug Administration (FDA), hanya sedikit sabun yang dijual di pasaran adalah sabun sebenar. Kebanyakan sabun yang dijual di pasaran adalah produk detergen sintetik.

Sabun susu kambing adalah antara pilihan sabun semula jadi sekiranya ia tidak dicampur bahan sintetik. Sabun susu kambing yang asli dihasilkan daripada susu kambing.

Sabun ini dihasilkan melalui proses yang dipanggil penyabunan (saponification). Proses ini melibatkan campuran lemak atau minyak dengan alkali yang dipanggil lai (lye).

kebaikan sabun susu kambing

Dalam kebanyakan sabun, lai ini dihasilkan melalui gabungan antara air dan natrium hidroksida. Tetapi bagi pembuatan sabun susu kambing, susu kambing digunakan sebagai ganti kepada air tersebut. Hasilnya, sabun ini mempunyai tekstur yang lebih berkrim.

Berikut adalah beberapa kebaikan sabun susu kambing yang bermanfaat untuk kulit anda.

1. Membersih dengan Lembut

Kebanyakan sabun yang dijual di pasaran mengandungi bahan surfaktan (agen aktif permukaan) yang kasar yang boleh menarik kelembapan dan minyak semula jadi pada kulit. Ini menyebabkan kulit menjadi kering.

Berbeza dengan sabun susu kambing, sabun ini tinggi dengan kandungan lemak termasuklah asid kaprilik yang membantu menyingkirkan kotoran tanpa membuang kelembapan semula jadi pada permukaan kulit.

2. Menyihat dan Menyuburkan Kulit

Susu kambing juga kaya dengan sumber vitamin dan mineral yang baik untuk kulit.

Sebagai contoh, susu kambing mengandungi vitamin A yang boleh melambatkan penuaan kulit. Vitamin A juga boleh membantu menghalang sinaran UV daripada merosakkan kulit [1].

Selain itu, kandungan vitamin C dan mineral zink juga turut boleh membantu melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya. Vitamin C juga turut boleh membantu meningkatkan kelembapan kulit.

Kandungan selenium dalam susu kambing juga turut menyumbang kepada kulit yang sihat. Mineral ini berguna untuk mencegah dan merawat penyakit kulit seperti psoriasis.

3. Memperbaik Kulit Kering

Kulit kering atau nama perubatannya, xerosis adalah keadaan kulit yang rendah dengan kandungan air.

Lazimnya, pelindung lipid (minyak atau asid lemak) pada kulit akan melambatkan kulit daripada kehilangan air. Tetapi, sekiranya paras lipid ini rendah ia akan menyebabkan kulit kehilangan kelembapan dengan berlebihan. Ini menyebabkan kulit menjadi kering dan mengalami iritasi [2].

Sabun susu kambing boleh mengatasi masalah ini dengan menggantikan pelindung lipid yang hilang. Ini kerana sabun susu kambing tinggi dengan kandungan asid lemak dan kolesterol.

4. Membantu Mengelupas Kulit Mati

Sabun susu kambing juga mengandungi sebatian yang boleh membantu mengelupas kulit yang telah mati.

Sabun susu kambing mengandungi asid laktik yang boleh membantu menyingkirkan lapisan sel-sel kulit mati bagi memberi ruang kepada kulit yang lebih muda [3].

Tambahan daripada itu juga, asid laktik adalah asid yang paling lembut dalam kumpulan alpha-hydroxy acid (AHA). Ini menjadikan sabun susu kambing sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.

5. Membantu Mencegah Jerawat

Kebaikan sabun susu kambing yang seterusnya adalah membantu mencegah jerawat.

Kandungan asid laktik dalam sabun susu kambing boleh mencegah jerawat dengan mengelupas sel-sel kulit mati, kotoran, minyak atau sebum yang berlebihan daripada menyumbat liang-liang pori [4].

Menariknya lagi, asid laktik ini juga boleh membantu menipiskan bintik-bintik hitam yang mungkin berlaku hasil tinggalan jerawat.

6. Menyokong Mikroorganisma Baik pada Kulit

Selain membantu melembapkan kulit, sabun susu kambing juga boleh menyokong mikroorganisma baik yang ada pada kulit.

Sifat sabun susu kambing yang lembut ini tidak menyingkirkan bakteria baik yang terdapat pada kulit. Mengekalkan bakteria baik pada kulit boleh membantu melindungi kulit daripada patogen (bakteria atau virus) yang boleh menyebabkan penyakit kulit seperti ekzema atau jerawat [5].

Nilai pH bagi sabun susu kambing yang hampir dengan nilai pH kulit boleh mengurangkan kerosakan pada lapisan pelindung dan mengelakkan gangguan pada lapisan luar kulit. Keadaan ini secara tidak langsung dapat mengekalkan persekitaran yang sesuai untuk bakteria baik berkembang [6].

7. Mencegah Penuaan Kulit Pramatang

Penuaan kulit pramatang adalah keadaan di mana kulit menunjukkan tanda-tanda penuaan lebih awal daripada sepatutnya.

Kedutan, hiperpigmentasi, kulit kering atau kulit gatal adalah antara tanda-tanda penuaan kulit pramatang.

Kandungan vitamin C dan E yang terkandung dalam sabun susu kambing boleh membantu mengurangkan penuaan kulit pramatang. Vitamin-vitamin ini bertindak sebagai antioksidan yang mengurangkan tekanan oksidatif akibat daripada sinaran UV [1].

8. Mengekalkan Keseimbangan pH Kulit

Nilai pH 6.4 bagi sabun susu kambing juga hampir kepada nilai pH kulit iaitu sekitar 5.4-5.9.

Sabun yang bersifat asid hingga neutral adalah lebih baik berbanding sabun yang bersifat alkali dengan nilai pH yang tinggi iaitu sekitar 10 -11 [6].

Majoriti sabun mengandungi nilai pH dalam julat 9-10. Penggunaan sabun yang mempunyai nilai pH yang tinggi boleh menyebabkan nilai pH kulit turut meningkat. Perubahan pH kulit ini didapati memainkan peranan penting terhadap penyakit kulit [7].

Bagaimana untuk Mendapatkan Sabun Susu Kambing ini?

Sabun susu kambing boleh dibeli secara atas talian (online).

Harus diingat, pastikan sabun yang dibeli tidak dicampurkan bahan kimia atau mengandungi pewangi seperti lavender atau vanila kerana ia boleh menyebabkan iritasi bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Rumusan

Sabun susu kambing adalah sabun lembut dan tradisional yang mempunyai banyak kebaikan kepada penggunanya.

Kebaikan sabun susu kambing banyak disumbang oleh kandungan vitamin, mineral, asid laktik dan asid lemak yang menjadikan kulit kekal sihat dan lembap.

Berbanding sabun-sabun yang dihasilkan daripada bahan sintetik, sabun susu kambing adalah pilihan yang lebih baik terutamanya kepada mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Rujukan
  1. Park K. (2015). Role of micronutrients in skin health and function. Biomolecules & therapeutics.
  2. Pons-Guiraud A. (2007). Dry skin in dermatology: a complex physiopathology. Journal of the European Academy of Dermatology and Venereology.
  3. Tang, S. C., & Yang, J. H. (2018). Dual Effects of Alpha-Hydroxy Acids on the Skin. Molecules.
  4. Kim, S. J. et al. (2015). The effect of physically applied alpha hydroxyl acids on the skin pore and comedone. International journal of cosmetic science.
  5. Byrd, A. L. et al. (2018). The human skin microbiome. Nature reviews. Microbiology.
  6. Diaz, D. & Ditre, C.M. (2020). The Effect of Cleansers on the Skin Microbiome. Practical Dermatology.
  7. Tarun, J. et al. (2014). Evaluation of pH of Bathing Soaps and Shampoos for Skin and Hair Care. Indian journal of dermatology.
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

Comments are closed.

Pilihan Editor

buah durian belanda

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan Berdasarkan Kajian

27/01/2025

Cara Merawat Insomnia: Pilihan Rawatan Yang Ada

25/06/2025

Khasiat Madu Kelulut untuk Kesihatan (Ini Bukti Kajian)

19/12/2024

9 Khasiat Cuka Epal Untuk Kesihatan (Disokong Kajian)

24/07/2025

Artikel Terkini

Khasiat Minyak Pati Lavender (Manfaatkan 5 Khasiat Ini)

By JiwaSihat18/01/2025

Minum Susu Sebelum Tidur, Adakah Baik? Ini Dapatan Kajian

By JiwaSihat17/01/2025

Khasiat Sacha Inchi: Ini Yang Anda Perlu Tahu

By JiwaSihat13/01/2025
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

©2019-2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • Jenama Kami
  • JiwaSihat
  • KlinikMinda

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.