JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan & Kecergasan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Apa itu Alahan Kasein? Punca, Simptom dan Rawatan

    29/10/2024

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2025

    20 Makanan Mengandungi Susu Perlu Dielakkan

    29/08/2025

    Ujian Alahan (Allergy Test): Apa yang Anda Perlu Tahu

    14/06/2025

    Alahan Gandum: Punca, Simptom dan Rawatan

    17/03/2025
  • Kesihatan & Kecergasan

    10 Senaman Kardio yang Boleh Dilakukan Dirumah

    20/10/2024
    kebaikan sabun susu kambing

    Kebaikan Sabun Susu Kambing untuk Kulit

    31/08/2025

    13 Jenis Senaman Kardio Yang Mudah & Menyeronokkan

    15/06/2025

    Berjalan Vs Berlari: Mana Yang Lebih Baik Untuk Kesihatan?

    11/05/2025
    jaundis

    Jaundis Dewasa (Sakit Kuning): Simptom, Punca dan Rawatan

    25/04/2025
  • Berita
    pencemaran acrylamide dan glycidol di dalam biskut

    Isu Pencemaran Acrylamide dan Glycidol Dalam Biskut

    28/10/2024
    produk-skin-revolution-acne-clearing-solution

    Produk Skin Revolution-Acne Clearing Solution Beracun

    06/08/2025

    Tepung Gandum Kini Diperkaya Dengan Asid Folik & Zat Besi

    26/07/2025

    Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream Beracun

    11/06/2025

    Kesan Jangka Panjang COVID-19 (Long COVID)

    09/06/2025
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Home»Berita»Isu Pencemaran Acrylamide dan Glycidol Dalam Biskut
Berita

Isu Pencemaran Acrylamide dan Glycidol Dalam Biskut

By JiwaSihat

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) memaklumkan bahawa risiko pencemaran acrylamide dan glycidol bagi produk konfeksi tepung seperti biskut di negara ini adalah rendah.

Dalam satu kenyataan akhbar kelmarin, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dato Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM melakukan pemantauan sejak 2015 bagi produk biskut di pasaran tempatan termasuk jenama Hup Seng, Jacobs dan Julie’s.

Hasil pemantauan ini mendapati tahap purata acrylamide adalah 246 µg/kg (mikrogram per kilogram) iaitu dibawah paras yang ditetapkan oleh European Union Commission Regulation iaitu 350 µg/kg.

“BKKM turut menjalankan penilaian risiko ke atas acrylamide dan glycidol dalam makanan dan ia menunjukkan risiko kesihatan terhadap acrylamide dan glycidol melalui pengambilan biskut adalah rendah,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Apa itu Acrylamide dan Glycidol?

Menurut International Agency for Research on Cancer (IARC), acrylamide dan glycidol adalah bahan karsinogen. Ini bermakna bahan ini boleh menyebabkan kanser.

Acrylamide adalah bahan pencemaran yang boleh terhasil semasa pemprosesan atau penyediaan makanan. Namun bahan pencemaran ini boleh dikawal melalui pemilihan bahan mentah dan proses yang bersesuaian.

Glycidol pula adalah bahan yang digunakan sebagai penstabil dan penyahemulsi.

Laporan CHOICE Magazine

Kenyataan KKM ini dibuat susulan laporan oleh CHOICE Magazine di dalam laman web Maljlis Pengguna Hong Kong (The Hong Kong Consumer Council) berkaitan 60 jenama produk konfeksi tepung termasuk biskut yang dijual di pasaran Hong Kong mengandungi bahan pencemaran acrylamide dan glycidol.

Antara jenama yang disenaraikan termasuk jenama biskut Hup Seng, Jacobs dan Julie’s yang dikilangkan di Malaysia.

Sebelum ini pihak Hup Seng Perusahaan Makanan (M) Sdn Bhd, anak syarikat Hup Seng Industries Bhd ada mengeluarkan kenyataan yang menjamin biskut yang dikeluar dan dipasarkan di Malaysia adalah selamat dimakan, selain menepati kawal selia, standard kualtiti dan keselamatan makanan.

Selain itu, pengguna juga boleh mendapatkan panduan pencemaran acrylamide dan glycidol di dalam makanan dari Facebook rasmi BKKM.

Pengguna juga boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan jika terdapat isu-isu berkaitan keselamatan makanan.

Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

Comments are closed.

Pilihan Editor

5 Vitamin dan Suplemen Untuk Kulit Kering

30/04/2025

Cara Makan Buah Delima Yang Mudah dan Cepat

19/02/2025

Piramid Makanan Malaysia 2020 dan Pinggan Sihat Malaysia

30/07/2025
daun kunyit

5 Khasiat Daun Kunyit yang Ramai Tidak Tahu

06/01/2025

Artikel Terkini

Makanan untuk Pesakit COVID: Apa yang Patut Anda Pilih?

By JiwaSihat02/12/2024

Makanan Melegakan Cirit-birit: Apa yang Anda Perlu Makan?

By Iskandar Zulkarnain, MSc26/11/2024

10 Khasiat Goji Berry Yang Ramai Tidak Tahu

By JiwaSihat19/11/2024
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

©2019-2021 JiwaSihat. Hak Cipta Terpelihara.
  • Jenama Kami
  • KlinikMinda

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.