Kesihatan

Gusi Berdarah: Punca-punca dan Rawatan

Pinterest LinkedIn Tumblr

Gusi berdarah adalah antara masalah pergigian yang paling kerap berlaku. Masalah ini boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Ia juga boleh menjadi tanda kepada masalah atau penyakit yang lain.

Walaupun masyarakat lebih melihat kaviti adalah fokus utama dalam penjagaan kesihatan gigi. Namun, kesihatan gusi juga harus dipandang serius kerana gusi turut memainkan peranan penting dalam kesihatan mulut dan gigi.

gusi berdarah
Kredit penulis: Edmund Julian Ofilada melalui Researchgate.net

Punca-punca

Berikut adalah beberapa faktor yang boleh menjadi punca yang menyebabkan gusi berdarah.

1. Gingivitis

Gingivitis ialah keradangan yang berlaku pada gusi. Gusi berdarah adalah salah satu isyarat gingivitis.

Penyakit gusi ini berlaku disebabkan oleh plak di sempadan gusi. Plak merujuk kepada sebarang lebihan makanan, mukus atau bakteria yang melekat di gigi anda (1).

Sekiranya anda menghidap gingivitis, gusi anda akan mengalami keradangan, merah dan bengkak.

2. Periodontitis

Periodontitis pula merujuk kepada penyakit periodontal yang berlaku akibat gingivitis yang telah melarat (2).

Periodontitis boleh menyebabkan kerosakan pada tisu dan tulang rahang yang menyokong gigi.

Periodontitis juga boleh menyebabkan gigi-gigi anda longgar dan mudah tercabut.

3. Kencing manis

Gusi bengkak dan berdarah boleh menjadi petanda kepada penyakit kencing manis atau diabetes jensi 1 dan 2.

Sekiranya anda menghidap penyakit kencing manis, anda terdedah kepada penyakit gusi akibat kerana tidak cukup kuat untuk melawan jangkitan kuman. Kencing manis juga menyebabkan badan sukar untuk pulih seterusnya memburukkan lagi penyakit gusi ini.

4. Leukimia

Leukimia ialah sejenis kanser darah.

Gusi berdarah boleh menjadi tanda kepada leukimia. Sekiranya anda menghidap leukimia, platelet darah adalah rendah. Maka, keadaan ini akan menyukarkan untuk pendarahan berhenti termasuklah pada bahagian gusi.

5. Kekurangan vitamin

Kekurangan vitamin seperti vitamin C dan vitamin K juga boleh menjadi punca kepada gusi berdarah.

Vitamin C membantu menyembuhkan luka dan menguatkan tulang dan gigi. Sekiranya anda kekurangan vitamin C, anda akan merasa lemah dan tidak selesa. Dari semasa ke semasa, gusi boleh menjadi bengkak dan berdarah.

Vitamin K adalah vitamin yang membantu membekukan darah. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan pendarahan di bahagian gusi bertambah teruk.

Rawatan gusi berdarah

Langkah yang paling utama dalam mencegah masalah ini ialah penjagaan kebersihan gigi.

  • Doktor gigi boleh mengenalpasti sama ada anda menghidap gingivitis atau tidak. Mereka boleh menunjukkan cara yang betul untuk memberus gigi bagi membuang plak-plak gigi.
  • Plak gigi juga boleh dikurangkan menggunakan pembersih mulut (antiseptik).
  • Sekiranya gusi anda bengkak dan senang berdarah, berkumur dengan air suam yang mengandungi garam boleh membantu.
  • Gunakan berus gigi yang lebih lembut lebih sesuai bagi gusi yang mengalami keradangan.
  • Jangan merokok kerana merokok boleh memburukkan lagi pendarahan.
  • Dapatkan makanan tambahan (suplemen) vitamin C dan K sekiranya anda didapati kekurangan vitamin ini.

2 Comments

    • Jiwa Sihat Reply

      Banyak. Cari yang brand dah established macam Blackmores, Vitahealth. Kemudian, tengok pada dos yang 500mg-1000mg. Baca label, elakkan produk yang ada gula tambahan, pewarna atau pengawet.

Write A Comment