JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan & Kecergasan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Debunga: Gejala, Punca dan Rawatan

    30/07/2022

    6 Tanda Tak Toleran Laktosa Yang Anda Perlu Tahu

    04/07/2022

    Alahan Terhadap Kulapuk atau Kulat: Gejala, Punca dan Rawatan

    21/06/2022

    Apa itu Alahan Kasein? Punca, Simptom dan Rawatan

    29/10/2021

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2021
  • Kesihatan & Kecergasan

    Tidur Selepas Makan: Adakah Baik atau Tidak?

    23/07/2022

    Keracunan Makanan: Gejala, Punca dan Rawatan

    19/07/2022

    Senaman Untuk Orang Semput (Asma)

    14/07/2022

    10 Kelebihan Berbasikal Untuk Kesihatan dan Kecergasan

    06/07/2022

    Fakta Mengenai Warna Air Kencing: Ini yang Anda Perlu Tahu

    17/06/2022
  • Berita

    Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

    11/08/2022

    BL Skincare dan Biela Beauty Mengandungi Racun Berjadual

    04/07/2022

    Air Zam Zam Dilarang Dijual Di Malaysia

    01/07/2022

    Mentega Kacang Jenama Jif Tercemar dengan Bakteria Salmonella

    30/05/2022

    JAKIM Menggantung Lesen Loji Sembelihan Australia

    15/05/2022
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Laman Utama > Diet & Pemakanan > Diet PCOS: Makanan Yang Dilarang Bagi Pesakit PCOS
Diet & Pemakanan

Diet PCOS: Makanan Yang Dilarang Bagi Pesakit PCOS

By Iskandar Zulkarnain, MScUpdated:18/09/20216 Mins Read

Diet PCOS ialah panduan pemakanan yang sesuai untuk pesakit PCOS. PCOS ialah singkatan bagi Polycystic Ovary Syndrome atau dalam bahasa Melayunya, Sindrom Ovari Polisistik.

PCOS ialah gangguan hormon yang sering terjadi semasa usia reproduktif seorang wanita. Wanita yang menghidap PCOS akan mengalami masalah kitaran haid, kesuburan dan penampilan.

Pesakit PCOS biasanya mempunyai beberapa sista di ovari mereka yang menyebabkan penghasilan hormon androgen yang berlebihan.

Antara simptom-simptom yang biasa berlaku bagi pesakit PCOS adalah:

  • Kitaran haid yang tidak teratur atau tidak datang langsung
  • Jerawat
  • Pertumbuhan rambut atau bulu badan yang berlebihan (hirsutisme)
  • Botak seperti lelaki
  • Kulit berminyak
  • Obesiti
  • Rasa tidak selesa di bahagian pelvis
  • Sukar untuk mengandung
diet pcos

Kajian oleh pengkaji di Itali mendapati kira-kira 50% wanita yang menghidap PCOS ini mempunyai berat badan berlebihan atau obes [1].

Obesiti boleh memainkan peranan dalam pembentukan sindrom ini terutamanya kepada mereka yang mudah terdedah.

Bagaimana Diet Boleh Memberi Kesan Kepada PCOS?

Salah satu faktor yang menyumbang kepada PCOS ialah hormon insulin yang berlebihan.

Insulin ialah hormon yang dihasilkan oleh pankreas bagi membolehkan sel-sel badan menggunakan gula (glukosa) untuk ditukarkan kepada tenaga.

Jika sel-sel badan menjadi rintang kepada tindakan insulin ini (rintangan insulin), paras gula darah akan meningkatkan dan menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak insulin untuk mengekalkan paras gula darah ke paras normal.

Insulin yang berlebihan ini boleh meningkatkan penghasilan hormon androgen seperti hormon testosteron. Hormon androgen yang berlebihan boleh menyebabkan kesukaran untuk mengandung dan pertumbuhan rambut atau bulu badan secara berlebihan.

Rintangan insulin ini juga boleh disebabkan oleh mempunyai BMI yang melebihi paras normal. Rintangan insulin ini menyebabkan proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Diet yang tinggi dengan makanan berproses dan karbohidrat bertapis seperti gula, kek, aiskrim, pasta, roti putih dan lain-lain juga boleh menyebabkan rintangan insulin.

Satu ulasan terhadap rintangan insulin mendapati pesakit PCOS mempunyai kepekaan insulin (insulin sensitivity) yang lebih rendah dan BMI yang tinggi memburukkan lagi masalah kepekaan insulin ini [2].

Kajian klinikal mendapati gabungan diet dan ubat kurus (orlistat) selama 24 minggu berjaya menurunkan berat badan dan mengurangkan rintangan insulin dalam kalangan wanita yang obes, sama ada menghidap PCOS atau tidak [3].

Terdapat juga kajian yang melaporkan kesan positif diet rendah karbohidrat iaitu diet keto terhadap PCOS ini. Diet keto boleh membantu menurunkan berat badan, menambah baik profil kolesterol dan rintangan insulin. Walau bagaimanapun, masih banyak kajian yang diperlukan untuk membolehkan ia disarankan kepada pesakit PCOS secara umum [4].

Makanan yang Dibenarkan Bagi Pesakit PCOS

Diet yang sihat dan penjagaan berat badan yang ideal adalah kunci kepada pengurusan simptom-simptom PCOS.

Pemakanan yang betul juga boleh membantu meningkatkan kepekaan insulin, mengurangkan keradangan dan mengembalikan kestabilan hormon.

Pesakit PCOS harus mengutamakan makanan-makanan yang terdiri daripada tiga kumpulan utama ini iaitu:

  • Makanan yang tinggi serat.
  • Rempah dan makanan yang bersifat antiradang
  • Protein

Makanan yang tinggi serat seperti sayur-sayuran boleh membantu melawan rintangan insulin dengan memperlahankan penghadaman dan mengurangkan impak pada gula darah.

Antara pilihan makanan yang tinggi dengan serat adalah:

Sayur-sayuran

  • Brokoli
  • Kubis bunga
  • Bendi
  • Kubis
  • Terung
  • Keledek

Legum, Kekacang & Biji

  • Kacang badam
  • Kacang walnut
  • Kacang kuda
  • Kacang hijau
  • Kacang ginjal
  • Biji labu
  • Biji chia

Buah-buahan

  • Labu kuning
  • Jambu batu
  • Kurma
  • Buah pisang

Bijian penuh

  • Beras perang
  • Quinoa
  • Oat

Protein juga boleh menjadi salah satu pilihan diet yang sihat bagi penghidap PCOS. Pilih protein pejal yang kurang kandungan lemak atau protein daripada sumber tumbuhan. Antara pilihan protein yang boleh dimakan termasuklah:

Protein

  • Daging ayam tanpa kulit
  • Daging itik tanpa kulit
  • Ikan
  • Tempe
  • Tauhu

Wanita yang menghidap PCOS turut mengalami keradangan gred rendah. Keradangan boleh menyebabkan rintangan insulin dan penyakit kardiovaskular [5].

Oleh itu, makanan yang tinggi dengan antioksidan dan bersifat antiradang boleh membantu mengurangkan keradangan yang berlaku.

Makanan yang kaya dengan antioksidan dan bersifat antiradang adalah seperti berikut:

  • Sayur-sayuran seperti bayam, kubis daun, kailan dan lain-lain.
  • Tomato
  • Ikan (ikan berlemak) seperti ikan kembung, ikan tenggiri, ikan sardin, ikan haruan dan ikan salmon.
  • Minyak zaitun
  • Kekacang seperti kacang badam, kacang pekan dan lain-lain
  • Buah-buahan seperti strawberi, avokado, ceri, raspberi dan lain-lain
  • Rempah seperti kunyit, halia,bunga cengkih, kayu manis, halba dan lain-lain
  • Bijian penuh seperti beras perang, quinoa dan oat.

Makanan yang Dilarang Bagi Pesakit PCOS

Pesakit PCOS harus menghadkan atau tidak makan langsung makanan yang terdiri daripada karbohidrat yang bertapis. Karbohidrat bertapis boleh menyebabkan keradangan dan memburukkan lagi kerintangan insulin.

Antara makanan yang terdiri daripada karbohidrat bertapis adalah:

  • Roti putih
  • Pastri
  • Pasta
  • Pencuci mulut yang manis
  • Kuih muih atau makanan yang dibuat daripada tepung putih

Gula juga adalah kumpulan karbohidrat yang harus dielakkan. Selain dilabel sebagai “gula” atau “gula tambahan”, gula ini juga turut boleh dikenali dengan istilah lain iaitu:

  • sukrosa (sucrose)
  • sirap jagung tinggi fruktosa
  • dekstrosa (dextrose)
  • glukosa (glucose)
  • fruktosa (fructose)

Antara produk yang tinggi dengan gula adalah gula-gula, aiskrim, biskut, air berkarbonat, jus buah, buah-buahan dalam tin, pastri, sos dan daging proses.

Selain itu, pesakit PCOS juga disarankan untuk mengelak daripada makan makanan yang boleh menyebabkan keradangan seperti:

  • Kentang goreng
  • Marjerin
  • Daging proses (sosej, daging burger)
  • Daging merah
  • Alkohol atau arak

Langkah-langkah Lain yang Boleh Membantu

Selain penjagaan makanan, perubahan gaya hidup juga boleh membantu pesakit PCOS melawan penyakit ini.

Salah satu langkah yang boleh membantu ialah aktiviti fizikal seperti berjoging, berjalan-jalan, berbasikal, bersukan atau berkebun.

Gabungan diet PCOS dengan aktiviti fizikal boleh mendatangkan kebaikan seperti berikut:

  • Penurunan berat badan
  • Mengatasi masalah kerintangan insulin
  • Kitaran haid yang lebih lancar
  • Merendahkan paras kolesterol
  • Mengurangkan paras hormon lelaki (hormon testosteron)

Selain daripada aktiviti fizikal, sokongan sosial dan pengurusan diri yang baik juga boleh membantu pesakit PCOS untuk menguruskan simptom-simptom PCOS.

Dalam satu artikel yang diterbitkan dalam Journal of Women’s Health menyatakan bahawa hasil daripada program pengurusan berat badan pada wanita yang menghidap PCOS boleh ditingkatkan dengan menerapkan strategi tingkah laku dan psikologi seperti:

  • penetapan matlamat
  • pemantauan kendiri
  • penstrukturan kognitif
  • penyelesaian masalah
  • motivasi
  • sokongan sosial
  • kesihatan psikologi

Mengurangkan tekanan, meninggalkan tabiat merokok, mendapatkan tidur yang cukup dan mengurangkan komitmen yang berlebihan juga boleh membantu mereka yang menghidap PCOS ini.

Rumusan

Diet PCOS adalah salah satu cara untuk mengawal atau menguruskan simptom-simptom berkaitan dengan sindrom ini.

Pemakanan yang sihat boleh membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal dan memulihkan masalah rintangan insulin. Selain itu, diet yang sihat ini boleh membuatkan anda sentiasa bertenaga dan mempunyai emosi yang lebih baik.

Diet tinggi serat, bijian penuh, protein pejal dan buah-buahan boleh membantu anda mengurangkan simptom-simptom PCOS.

Rujukan
  1. Gambineri, A., et al. (2002). Obesity and the polycystic ovary syndrome. International journal of obesity and related metabolic disorders.
  2. Cassar, S., et al. (2016). Insulin resistance in polycystic ovary syndrome: a systematic review and meta-analysis of euglycaemic-hyperinsulinaemic clamp studies. Human reproduction (Oxford, England).
  3. Panidis, D., et al. (2008). Obesity, weight loss, and the polycystic ovary syndrome: effect of treatment with diet and orlistat for 24 weeks on insulin resistance and androgen levels. Fertility and sterility.
  4. Stocker, R. K., et al. (2019). [Ketogenic Diet and its Evidence-Based Therapeutic Implementation in Endocrine Diseases]. Praxis.
  5. Duleba, A. J., & Dokras, A. (2012). Is PCOS an inflammatory process?. Fertility and sterility.
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email
ARTIKEL TERKINI

Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

11/08/2022

Makanan dan Minuman Untuk Merawat Kencing Kotor (Petua)

11/08/2022

Badan Sering Lesu? Anda Mungkin Kekurangan 6 Nutrien Ini

08/08/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • KlinikMinda
  • SihatAfiat

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.