JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan & Kecergasan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Debunga: Gejala, Punca dan Rawatan

    30/07/2022

    6 Tanda Tak Toleran Laktosa Yang Anda Perlu Tahu

    04/07/2022

    Alahan Terhadap Kulapuk atau Kulat: Gejala, Punca dan Rawatan

    21/06/2022

    Apa itu Alahan Kasein? Punca, Simptom dan Rawatan

    29/10/2021

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2021
  • Kesihatan & Kecergasan

    Tidur Selepas Makan: Adakah Baik atau Tidak?

    23/07/2022

    Keracunan Makanan: Gejala, Punca dan Rawatan

    19/07/2022

    Senaman Untuk Orang Semput (Asma)

    14/07/2022

    10 Kelebihan Berbasikal Untuk Kesihatan dan Kecergasan

    06/07/2022

    Fakta Mengenai Warna Air Kencing: Ini yang Anda Perlu Tahu

    17/06/2022
  • Berita

    Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

    11/08/2022

    BL Skincare dan Biela Beauty Mengandungi Racun Berjadual

    04/07/2022

    Air Zam Zam Dilarang Dijual Di Malaysia

    01/07/2022

    Mentega Kacang Jenama Jif Tercemar dengan Bakteria Salmonella

    30/05/2022

    JAKIM Menggantung Lesen Loji Sembelihan Australia

    15/05/2022
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Laman Utama > Buah-buahan > Cara Minum Cuka Epal Dengan Kuantiti Yang Sesuai
Buah-buahan

Cara Minum Cuka Epal Dengan Kuantiti Yang Sesuai

By Iskandar Zulkarnain, MScUpdated:28/02/20215 Mins Read

Cuka epal banyak digunakan dalam petua-petua atau masakan. Walau bagaimanapun, mungkin ada yang tidak mengetahui cara minum cuka epal yang betul. Begitu juga dengan kuantiti atau dos yang sesuai untuk diambil setiap hari bagi merawat masalah kesihatan yang dialami.

Cuka epal mempunyai banyak khasiat termasuklah untuk hilangkan berat badan, membantu penghadaman, mengurangkan kadar gula dalam darah, mengurangkan kadar kolesterol dan banyak lagi.

Secara ringkasnya, cuka epal dihasilkan daripada proses fermentasi buah epal. Komponen utama dalam cuka epal adalah asid asetik. Asid asetik ini yang memberi bau dan rasa masam dalam cuka. Para pengkaji percaya bahawa asid asetik ini juga yang menyumbang kepada khasiat cuka epal.

Artikel kali ini menggariskan beberapa panduan cara minum cuka epal dan kuantiti yang bersesuai untuk diamalkan sebagai rawatan dirumah.

cara minum cuka epal dan kuantiti yang betul

a) Bagi Menurunkan Berat Badan

Pengambilan cuka epal dipercayai boleh membantu menurunkan berat badan. Cuka epal boleh meningkatkan rasa kenyang dan secara tidak langsung boleh mengurangkan jumlah makanan yang dimakan (1).

Satu kajian di Jepun yang dijalankan selama 3 bulan mendapati cuka epal yang dimakan sebanyak 15 mililiter atau 30 mililiter sehari boleh mengurangkan berat kira-kira sebanyak 1.2 kg dan 1.7 kg (2).

Kajian klinikal lain turut mendapati gabungan antara diet pengurangan kalori sebanyak 250 kcal sehari dan 30 mililiter cuka epal sehari selama 3 bulan berjaya mengurangkan berat peserta dalam kajian tersebut. Di samping menurunkan nilai indeks BMI dan ukur lilit pinggul (3).

Cara Minum Cuka Epal dan Kuantiti:

  • Campurkan cuka epal sebanyak 1 atau 2 sudu makan (15ml atau 30ml) ke dalam segelas air (250ml).
  • Amalkan sekali sehari.
  • Cuka epal ini juga boleh dicampurkan dalam salad.

b) Bagi Mengawal Kadar Gula Darah

Salah satu keistimewaan lain cuka epal adalah boleh membantu mengawal kadar gula dalam darah khususnya bagi hidangan tinggi karbohidrat.

Cuka boleh mencegah lonjakan gula dalam darah dan melambatkan perut kosong terutamanya jika dimakan sebelum hidangan tinggi karbohidrat (4).

Selain itu, pengambilan cuka sebelum tidur juga menunjukkan nilai gula darah berpuasa yang rendah sewaktu bangun di pagi hari (5).

Beberapa kajian menunjukkan pengambilan cuka epal sebanyak 10 hingga 20 mililiter sebelum atau ketika makan boleh menurunkan kadar gula dalam darah selepas makan. Menariknya juga, pengambilan cuka ini juga turut menambahbaik kesensitifan insulin. (6, 7, 8)

Cara Minum Cuka Epal dan Kuantiti:

  • Campurkan cuka epal sebanyak 10 mililiter atau 20 mililiter ( 2 sudu teh atau 4 sudu teh) ke dalam secawan air kosong (> 40 mililiter).
  • Minum sebelum atau ketika makan terutamanya bagi hidangan makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi, roti putih dan sebagainya.

c) Bagi Menambah Baik Penghadaman

Cuka epal juga adalah pilihan yang baik jika anda mengalami masalah penghadaman. Kebiasaannya, makanan yang tinggi protein seperti daging merah boleh menyumbang kepada masalah penghadaman.

Secara teorinya, cuka epal boleh meningkatkan keasidan perut dan membantu meningkatkan penghasilan enzim pepsin. Enzim ini berperanan menghancurkan protein (14).

Rekod-rekod perubatan lama turut menyarankan cuka sebagai ubat kepada masalah penghadaman. Sebagai contoh, cuka epal turut mengandungi pectin yang berperanan sebagai makanan untuk bakteria baik (15).

Walau bagaimanapun, tiada kajian klinikal khusus yang dijalankan berkaitan peranan cuka dalam sistem penghadaman dan dos yang sesuai. Hanya terdapat kajian sampingan yang menggunakan cuka epal dalam merawat masalah gastrousus bagi pesakit Parkinson (17).

Kebiasaannya, mereka yang minum cuka epal untuk penghadaman mengambil kira-kira 1-2 sudu makan cuka epal dicampur ke dalam segelas air.

Cara Minum Cuka Epal dan Kuantiti:

  • Campurkan cuka epal sebanyak 1 atau 2 sudu makan (15ml – 30 ml) ke dalam segelas air.
  • Minum sebelum makan.

d) Bagi Menetapkan Kitaran Haid

Masalah kitaran haid yang tidak teratur adalah disebabkan oleh sindrom ovari polisistik. Sindrom ini turut melibatkan kadar hormon androgen yang tinggi, rintangan insulin dan sista ovari (9).

Terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan cuka epal sebanyak 15 mililiter setiap hari selama 3 hingga 4 bulan boleh memulihkan kitaran haid, rintangan insulin dan fungsi pengovulan bagi pesakit sindrom ovari polisistik (16).

Cara Minum Cuka Epal dan Kuantiti:

  • Campurkan 1 sudu makan (15 mililiter) cuka epal bersama 100 mililiter air kosong.
  • Minum selepas makan malam.
  • Amalkan setiap hari.

Kesan Sampingan dan Bagaimana Untuk Mengelaknya

Secara asasnya, cuka epal adalah selamat dimakan oleh kebanyakkan orang. Tetapi, sesetengah individu mungkin mengalami kesan sampingan ketika mengambil cuka ini.

Beberapa perkara yang harus diberi perhatian adalah:

  • Keasidan cuka epal adalah tinggi, adalah disarankan mencampurkan atau mencairkan cuka ini dengan air sebelum meminumnya.
  • Keasidan cuka epal juga boleh menyebabkan kerosakan pada gigi jika diminum secara kerap. Untuk mengatasi risiko ini, minum campuran cuka ini dengan straw minuman dan berkumur dengan air selepas meminum cuka ini (10).
  • Pengambilan cuka epal pada jumlah yang tinggi iaitu kira-kira 237 mililiter setiap hari selama beberapa tahun boleh mengakibatkan kesan negatif dan berbahaya seperti menyebabkan kadar kalium yang rendah dalam darah dan pereputan tulang (osteoporosis) (11).
  • Sesetengah orang mungkin akan mengalami kesan sampingan seperti loya, sendawa atau refluks selepas mengambil cuka epal. Tindakan yang harus diambil ialah berhenti mengambil cuka ini dan berbincang dengan doktor anda sama ada anda sesuai untuk mengambil cuka epal ini atau tidak (12, 13).

Kesimpulan

Cuka epal sememangnya mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan kita.

Namun begitu, harus diingat juga bahawa cuka ini mempunyai keasidan yang agak tinggi. Oleh itu, sentiasa cairkan atau campur cuka ini dengan air terlebih dahulu sebelum meminumnya.

Berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan, kuantiti sebanyak 1 hingga 2 sudu makan (15-30 miliiter) sudah mencukupi untuk mendapat manfaat daripada cuka ini.

Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email
ARTIKEL TERKINI

Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

11/08/2022

Makanan dan Minuman Untuk Merawat Kencing Kotor (Petua)

11/08/2022

Badan Sering Lesu? Anda Mungkin Kekurangan 6 Nutrien Ini

08/08/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • KlinikMinda
  • SihatAfiat

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.