JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan & Kecergasan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Apa itu Alahan Kasein? Punca, Simptom dan Rawatan

    29/10/2024

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2025

    20 Makanan Mengandungi Susu Perlu Dielakkan

    29/08/2025

    Ujian Alahan (Allergy Test): Apa yang Anda Perlu Tahu

    14/06/2025

    Alahan Gandum: Punca, Simptom dan Rawatan

    17/03/2025
  • Kesihatan & Kecergasan

    10 Senaman Kardio yang Boleh Dilakukan Dirumah

    20/10/2024
    kebaikan sabun susu kambing

    Kebaikan Sabun Susu Kambing untuk Kulit

    31/08/2025

    13 Jenis Senaman Kardio Yang Mudah & Menyeronokkan

    15/06/2025

    Berjalan Vs Berlari: Mana Yang Lebih Baik Untuk Kesihatan?

    11/05/2025
    jaundis

    Jaundis Dewasa (Sakit Kuning): Simptom, Punca dan Rawatan

    25/04/2025
  • Berita
    pencemaran acrylamide dan glycidol di dalam biskut

    Isu Pencemaran Acrylamide dan Glycidol Dalam Biskut

    28/10/2024
    produk-skin-revolution-acne-clearing-solution

    Produk Skin Revolution-Acne Clearing Solution Beracun

    06/08/2025

    Tepung Gandum Kini Diperkaya Dengan Asid Folik & Zat Besi

    26/07/2025

    Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream Beracun

    11/06/2025

    Kesan Jangka Panjang COVID-19 (Long COVID)

    09/06/2025
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Home»Kesihatan & Kecergasan»10 Cara Melebatkan Rambut Dengan Berkesan
Kesihatan & Kecergasan

10 Cara Melebatkan Rambut Dengan Berkesan

By JiwaSihatUpdated:19/09/2025

Sesetengah orang mungkin mengalami masalah rambut nipis atau kerap gugur. Mungkin anda tertanya-tanya cara melebatkan rambut yang cepat dan mudah diamalkan. Oleh itu, kali ini kami senaraikan beberapa cara melebatkan rambut yang cepat dan mudah untuk dilaksanakan.

Setiap rambut manusia mula tumbuh daripada dasar folikel iaitu liang tempat rambut tumbuh. Akar rambut terbentuk daripada gabungan sel-sel protein.

Darah daripada salur-salur darah dalam kulit kepala akan membekalkan makanan kepada akar rambut ini. Ini membolehkan akar rambut ini menghasilkan lebih banyak sel dan membuatkan rambut ini tumbuh.

Setiap manusia dilahirkan dengan kira-kira 5 juta folikel dan kira-kira 100,000 folikel terdapat di kulit kepala. Adalah normal untuk seorang individu itu gugur atau kehilangan 50-100 helai rambut sehari.

Walau bagaimanapun, sesetengah orang mungkin mengalami masalah yang menyebabkan rambut mereka gugur lebih banyak daripada kebiasaan atau rambut menjadi nipis dan tidak sihat.

cara melebatkan rambut

Sehubungan dengan itu, mari kita lihat beberapa kaedah atau cara melebatkan rambut untuk mengatasi masalah-masalah berkaitan rambut gugur, rambut nipis atau rambut tidak sihat.

1. Makan Makanan Mengandungi Protein

Rambut kita memerlukan protein untuk tumbuh dengan baik.

Penjagaan makanan seimbang yang mengandungi nutrien protein yang mencukupi akan membantu rambut tumbuh dengan kadar optima. Secara umumnya, seorang orang dewasa di Malaysia memerlukan kira-kira 58-62 gram protein sehari.

2. Pastikan 7 Nutrien Ini Ada Dalam Diet Harian

Terdapat juga beberapa jenis vitamin, mineral dan asid lemak yang turut memainkan berperanan penting dalam pertumbuhan rambut yang sihat. Ini termasuklah:

  • vitamin C
  • vitamin D
  • vitamin E
  • biotin
  • zat besi
  • zink
  • Omega-3 dan Omega-6

Vitamin C boleh diperolehi daripada sayur-sayuran dan buah-buahan seperti buah jambu batu, limau nipis, limau kasturi, sayur pucuk ubi kayu, kailan, bak choy dan lain-lain lagi.

Manakala, vitamin D boleh didapati daripada makanan semulajadi, makanan yang diperkaya atau suplemen. Vitamin D boleh diperolehi daripada makanan seperti ikan sardin, telur, susu yang diperkaya atau keju. Vitamin D juga boleh diperolehi daripada sinaran matahari.

Vitamin E pula boleh diperolehi daripada minyak kacang soya, minyak sawit, minyak kanola, kuaci bunga matahari, kacang pekan dan kacang tanah.

Biotin pula boleh diperolehi daripada kuning telur, kacang tanah, kacang soya, keledek dan buah pisang.

Mineral zat besi dan zink pula boleh diperolehi daripada makanan seperti kacang kuda, pucuk paku, bayam, buah nangka, buah rambutan, daging lembu,daging ayam atau itik dan makanan laut.

Omega-3 dan Omega-6 pula boleh diperolehi daripada ikan berlemak, telur yang diperkaya, tauhu dan mentega kacang.

Terdapat kajian yang mendapati pengambilan asid lemak Omega-3 dan 6 boleh mencegah keguguran rambut dan melebatkan rambut [1].

Kekurangan mineral zink juga didapati menjadi punca kepada keguguran rambut [2].

3. Urut Kulit Kepala

Amalan mengurut kulit kepala selama beberapa minit sehari boleh melebatkan rambut.

Cara melebatkan rambut ini boleh membantu melegakan tekanan dan membawa ketenangan. Kaedah ini turut mendapat sokongan daripada satu kajian kecil yang melibatkan 9 orang peserta.

Kajian yang dijalankan di Jepun ini mendapati urutan di kulit kepala selama 4 minit sehari boleh meningkatkan ketebalan rambut [3].

4. Hadkan Penggunaan Haba

Haba daripada pengering rambut, pengeriting rambut atau pelurus rambut boleh merosakkan rambut dan menyebabkan rambut mudah putus.

Untuk mengurangkan risiko kerosakkan rambut akibat penggunaan alat-alatan ini, beberapa langkah yang boleh diambil adalah:

  • Rendahkan suhu ketika menggunakan alat-alatan ini.
  • Gunakan produk pelindung haba sebelum menggunakan alat-alatan ini.

5. Gunakan Minyak Pati

Berdasarkan kajian, terdapat beberapa jenis minyak pati yang boleh membantu melebatkan rambut dengan menggalakkan pertumbuhan rambut.

Kajian pada tahun 2014 melaporkan bahawa minyak biji labu boleh membantu meningkatkan pertumbuhan rambut. Kumpulan yang dirawat menggunakan minyak biji labu ini menunjukkan peningkatan 40% bilangan rambutnya [4].

Minyak pati rosemary juga didapati berkesan untuk pertumbuhan rambut sepertimana monoxidil (bahan yang digunakan dalam produk untuk pertumbuhan rambut) [5].

6. Gunakan Minyak Zaitun

Minyak zaitun kaya dengan asid lemak Omega-3 dan nutrien lain yang baik untuk kesihatan rambut. Minyak zaitun ini boleh disapukan di kulit kepala dan rambut. Minyak ini bermanfaat untuk melebatkan rambut dan melegakan masalah kulit kepala kering.

Cara menggunakan minyak ini ialah:

  • Panaskan minyak ini ke suhu badan iaitu sekitar 36o Celcius.
  • Urutkan kulit kepala dan rambut menggunakan minyak ini.
  • Biarkan selama 30-45 minit.
  • Bilas menggunakan syampu.
  • Ada juga orang yang memilih untuk membiarkan minyak ini semalaman.

7. Minyak Kelapa

Minyak kelapa juga mengandungi asid lemak yang boleh menyerap ke dalam batang rambut dan mencegah rambut daripada kehilangan proteinnya [6].

Minyak kelapa ini boleh digunakan sebelum atau selepas anda mencuci rambut bergantung kepada keadaan rambut anda. Anda boleh memilih untuk membiarkan minyak ini dikepala semalaman atau membasuhnya selepas beberapa jam.

8. Gel Aloe Vera

Aloe vera juga dipercayai baik untuk kesihatan kulit kepala dan rambut. Aloe vera didapati boleh membantu merawat masalah kulit kepala seperti kelemumur [7].

Selain itu, aloe vera juga mengandungi vitamin C, E dan A yang boleh membantu menyihatkan rambut. Kandungan asid folik dan vitamin B12 dalam aloe vera juga turut boleh membantu menguatkan rambut.

Kebaikan-kebaikan aloe vera ini dipercayai boleh menggalakkan pertumbuhan rambut serta mengelakkan rambut gugur. Secara tidak langsung, ia membantu melebatkan rambut.

Sekarang ini, produk aloe vera mudah untuk didapati malahan ada produk yang dijual mengandungi 100% aloe vera tanpa bahan campuran lain.

Terdapat juga mereka yang menggabungkan aloe vera dengan minyak kelapa.

Cara menggunakannya:

  • Sapu atau urutkan gel aloe vera atau campuran aloe vera dan minyak kelapa ini ke kulit kepala.
  • Biarkan selama 30 minit.
  • Bilas rambut anda.

9. Bunga Raya Merah

Masyarakat terdahulu menggunakan bunga raya merah untuk melebatkan dan menyihatkan rambut. Lendir daun dan bunga raya ini digunakan untuk tujuan ini.

Terdapat juga kajian yang mendapati lendir daun dan bunga daripada pokok bunga raya merah ini berkesan untuk menggalakkan pertumbuhan rambut [8].

Cara menggunakannya:

  • Tumbuk atau lenyekkan daun dan bunga raya sehingga mengeluarkan lendir.
  • Ambil lendir ini dan campurkan dengan sebiji telur ayam dan satu sudu madu.
  • Gaulkan sekata sehingga menjadi seperti pes.
  • Sapukan pes ini di rambut dan perap menggunakan tuala.
  • Biarkan selama 10 minit.
  • Kemudian, cuci dan bilas.
  • Amalkan 2 kali seminggu.

10. Minoxidil

Minoxidil ialah bahan aktif yang digunakan bagi produk Rogaine.

Minoxidil boleh membantu pertumbuhan rambut terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut.

Rawatan menggunakan minoxidil secara sapuan adalah rawatan yang pertama diberikan bagi wanita yang mengalami masalah botak atau keguguran rambut [9].

Walau bagaimanapun, sesetengah orang mungkin akan mengalami kesan sampingan seperti iritasi atau alahan kulit seperti gatal-gatal ketika menggunakan ubat ini [10].

Rumusan

Cara melebatkan rambut yang disenaraikan ini rata-ratanya mudah dan memerlukan kos yang rendah.

Untuk memastikan anda memiliki rambut yang lebat dan sihat, beberapa perkara harus dititikberatkan iaitu penjagaan makanan dengan pengambilan nutrien yang mencukupi, amalan gaya hidup yang tidak merosakkan rambut dan mengamalkan petua-petua melebatkan rambut yang mudah diamalkan.

Rujukan
  1. Le Floc’h, C., et al. (2015). Effect of a nutritional supplement on hair loss in women. Journal of cosmetic dermatology.
  2. Kil, M. S., et al. (2013). Analysis of serum zinc and copper concentrations in hair loss. Annals of dermatology.
  3. Koyama, T., et al. (2016). Standardized Scalp Massage Results in Increased Hair Thickness by Inducing Stretching Forces to Dermal Papilla Cells in the Subcutaneous Tissue. Eplasty.
  4. Cho, Y. H., et al. (2014). Effect of pumpkin seed oil on hair growth in men with androgenetic alopecia: a randomized, double-blind, placebo-controlled trial. Evidence-based complementary and alternative medicine.
  5. Panahi, Y., et al. (2015). Rosemary oil vs minoxidil 2% for the treatment of androgenetic alopecia: a randomized comparative trial. Skinmed.
  6. Rele, A. S., & Mohile, R. B. (2003). Effect of mineral oil, sunflower oil, and coconut oil on prevention of hair damage. Journal of cosmetic science.
  7. Da Vardy, et al. (1999). A double-blind, placebo-controlled trial of an Aloe vera (A. barbadensis) emulsion in the treatment of seborrheic dermatitis. Journal of Dermatological Treatment.
  8. Adhirajan, N., et al.. (2003). In vivo and in vitro evaluation of hair growth potential of Hibiscus rosa-sinensis Linn. Journal of ethnopharmacology.
  9. Bhat, Y. J., et al. (2020). Female Pattern Hair Loss-An Update. Indian dermatology online journal.
  10. Herskovitz, I., & Tosti, A. (2013). Female pattern hair loss. International journal of endocrinology and metabolism.
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

Comments are closed.

Pilihan Editor

minyak zaitun dan buah zaitun

5 Khasiat Minyak Zaitun Untuk Lelaki dan Wanita

29/07/2025
Vitamin C

30 Makanan Tinggi Vitamin C Yang Ada Disekeliling Kita

12/09/2025
strawberi

Alahan Buah Strawberi Dalam Kalangan Kanak-kanak

10/11/2024

Kanser Usus: Tanda Yang Perlu Anda Awasi & Pencegahannya

17/04/2025

Artikel Terkini

Khasiat Kangkung Yang Ramai Tidak Tahu

By JiwaSihat21/01/2025

Khasiat Minyak Pati Lavender (Manfaatkan 5 Khasiat Ini)

By JiwaSihat18/01/2025

Minum Susu Sebelum Tidur, Adakah Baik? Ini Dapatan Kajian

By JiwaSihat17/01/2025
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

©2019-2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • Jenama Kami
  • JiwaSihat
  • KlinikMinda

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.