JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan Badan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2025

    20 Makanan Mengandungi Susu Perlu Dielakkan

    29/08/2025

    Ujian Alahan (Allergy Test): Apa yang Anda Perlu Tahu

    14/06/2025

    Alahan Gandum: Punca, Simptom dan Rawatan

    17/03/2025

    12 Tanda Tak Tolerans Gluten Yang Anda Perlu Tahu

    09/03/2025
  • Kesihatan Badan
    kebaikan sabun susu kambing

    Kebaikan Sabun Susu Kambing untuk Kulit

    31/08/2025

    13 Jenis Senaman Kardio Yang Mudah & Menyeronokkan

    15/06/2025

    Berjalan Vs Berlari: Mana Yang Lebih Baik Untuk Kesihatan?

    11/05/2025
    jaundis

    Jaundis Dewasa (Sakit Kuning): Simptom, Punca dan Rawatan

    25/04/2025

    Petua Menghilangkan Dengkur: 12 Cara Mudah

    21/04/2025
  • Berita
    produk-skin-revolution-acne-clearing-solution

    Produk Skin Revolution-Acne Clearing Solution Beracun

    06/08/2025

    Tepung Gandum Kini Diperkaya Dengan Asid Folik & Zat Besi

    26/07/2025

    Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream Beracun

    11/06/2025

    Kesan Jangka Panjang COVID-19 (Long COVID)

    09/06/2025

    Produk PS 21 Capsule Mengandungi Racun

    07/06/2025
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Home»Diet & Pemakanan»Cara Makan Habbatus Sauda: Panduan Mengikut Penyakit
Diet & Pemakanan

Cara Makan Habbatus Sauda: Panduan Mengikut Penyakit

By JiwaSihat24/09/2025

Bagi anda yang ingin mengetahui cara makan habbatus sauda, artikel ini menyediakan beberapa garis panduan cara makan habbatus sauda mengikut jenis penyakit atau masalah kesihatan yang dialami.

Habbatus sauda atau jintan hitam sememangnya terkenal dengan pelbagai khasiatnya. Malah, sudah banyak produk habbatus sauda yang dijual di pasaran sama ada dalam bentuk suplemen, minyak, biji atau serbuk.

Bagi anda yang membeli produk berbentuk suplemen, cara makan habbatus sauda bolehlah menurut arahan yang diberikan oleh pengeluar produk tersebut. Manakala bagi anda yang tidak pasti akan cara makan habbatus sauda ini, panduan pemakanan dalam artikel ini mungkin boleh membantu.

cara makan habbatus sauda

1. Cara Makan Habbatus Sauda untuk Mengurangkan Jangkitan Virus Hepatitis C

Bagi anda yang mengalami jangkitan virus Hepatitis C, selain mendapatkan rawatan perubatan, anda juga boleh mengambil minyak habbatus sauda sebagai rawatan sokongan. Walau bagaimanapun, sila dapatkan kebenaran doktor terlebih dahulu.

Cadangan dos dan tempoh penggunaan:

  • 450 miligram minyak habbatus sauda (dalam bentuk kapsul)
  • Dimakan 3 kali sehari selepas makan
  • Amalkan selama 3 bulan

Ini berdasarkan satu kajian yang melibatkan 30 orang pesakit yang mengalami jangkitan virus hepatitis C yang tidak layak untuk terapi ribavirin atau IFN, pengambilan minyak habbatus sauda didapati boleh mengurangkan jumlah virus dan meningkatkan kapasiti antioksidan dalam badan pesakit [1].

2. Cara Makan Habbatus Sauda untuk Mengurangkan Sakit Sendi

Bagi anda yang mengalami sakit-sakit sendi atau bengkak di bahagian sendi. Anda boleh mengamalkan pemakanan habbatus sauda untuk mengurangkan kesakitan tersebut.

Cadangan dos dan tempoh penggunaan:

  • 500 miligram minyak habbatus sauda (dalam bentuk kapsul)
  • Dimakan 2 kali sehari
  • Amalkan selama 1-2 bulan

Dos dan tempoh penggunaan ini adalah berdasarkan kajian yang melibatkan 40 orang pesakit reumatoid artritis (keradangan sendi). Pengambilan minyak habbatus sauda menunjukkan pengurangan terhadap keradangan dan ketengangan sendi yang di alami [2].

Kajian klinikal lain yang dijalankan terhadap 42 orang pesakit reumatoid artritis turut mendapati pengambilan minyak habbatus sauda boleh mengurangkan penanda-penanda keradangan [3].

3. Cara Makan Habbatus Sauda untuk Menguatkan Sistem Imun

Pengambilan suplemen habbatus sauda juga boleh membantu menguatkan sistem imun badan.

Cadangan dos dan tempoh penggunaan:

  • 2 gram suplemen biji habbatus sauda
  • Dimakan setiap hari
  • Amalkan selama 1 bulan

Cadangan ini berdasarkan satu kajian klinikal yang melibatkan 31 orang pesakit rinitis alergi (alahan) yang sensitif terhadap hama habuk. Mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan yang menerima biji habbatus sauda dan immunoterapi menunjukkan peningkatan ketara terhadap sel-sel darah putih (sistem imun) dan pengurangan simptom-simptom alahan [4].

4. Cara Makan Habbatus Sauda untuk Tekanan Darah Tinggi

Bagi pesakit tekanan darah tinggi atau hipertensi, habbatus sauda turut boleh membantu menurunkan tekanan darah.

Meskipun begitu, pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum menggunakan habbatus sauda ini bagi mengelakkan interaksi dengan ubat hipertensi yang sedang diambil.

Cadangan dos dan tempoh penggunaan:

  • 500 miligram serbuk habbatus sauda (dalam bentuk kapsul)
  • Dimakan 2 butir , 2 kali sehari
  • Amalkan selama 3 bulan

Cadangan ini berdasarkan kajian terhadap 94 orang pesakit diabetes jenis 2 yang menerima suplemen habbatus sauda ini selama 12 minggu. Hasil kajian mendapati pengambilan 2 g habbatus sauda sehari menyebabkan penurunan tekanan darah sistolik dan diastolik dengan ketara. Ia juga turut menyebabkan penurunan purata tekanan arteri dan kadar denyutan jantung [5].

5. Cara Makan Habbatus Sauda untuk Asma

Habbatus sauda juga berkhasiat kepada pesakit asma. Pengambilan habbatus sauda boleh menambah baik fungsi paru-paru dan mengurangkan keradangan pada saluran pernafasan bagi pesakit asma.

Pengambilan habbatus sauda ini boleh menjadi terapi sokongan kepada rawatan menggunakan alat sedut (inhaler).

Cadangan dos dan tempoh penggunaan:

  • 500 miligram serbuk habbatus sauda (dalam bentuk kapsul)
  • Dimakan sebanyak 2 kali sehari (bersamaan 1 gram sehari)
  • Amalkan selama 3 bulan

Penggunaan dos ini dapat dilihat dalam kajian yang melibatkan 73 orang pesakit asma. Pengambilan habbatus sauda menunjukkan peningkatan ketara terhadap fungsi paru-paru dan mengurangkan keradangan pada saluran pernafasan [6].

6. Cara Makan Habbatus Sauda untuk Alahan

Habbatus sauda juga boleh membantu mengurangkan simptom-simptom berkaitan alahan.

Cadangan dos dan tempoh penggunaan:

  • 250 miligram biji habbatus sauda
  • atau 500 miligram minyak habbatus sauda (dalam bentuk kapsul)
  • Dimakan 1 kali sehari
  • Amalkan selama 15 hingga 30 hari

Kajian terhadap 20 orang pesakit rinitis alergi mendapati pengambilan 250 mg biji habbatus sauda setiap hari selama 15 hari berjaya mengurangkan simptom-simptom alahan tersebut [7].

Kesan yang sama dapat dilihat dalam satu kajian lain yang melibatkan 66 orang pesakit rinitis alergi. Pengambilan kapsul minyak habbatus sauda selama 4 minggi berjaya mengurangkan simptom-simptom rinitis alergi [8].

7. Cara Makan Habbatus Sauda untuk Penyakit Kencing Manis

Bagi pesakit kencing manis atau diabetes pula, pengambilan habbatus sauda yang dicadangkan adalah:

Cadangan dos dan tempoh penggunaan:

  • Makan 1.5 mililiter minyak habbatus sauda setiap hari
  • atau makan 3 mililiter minyak habbatus sauda setiap hari
  • Diamalkan selama 20 hari

atau

  • 500 miligram serbuk habbatus sauda (dalam bentuk kapsul)
  • Dimakan 2 butir, 2 kali sehari
  • Amalkan selama 1 bulan

Kesan pengambilan habbatus sauda ini dapat dilihat dalam kajian yang melibatkan 99 orang pesakit diabetes yang menerima minyak habbatus sauda. Pengambilan minyak habbatus sauda ini selama 20 hari menunjukkan penurunan terhadap purata paras gula darah (HbA1c) dan paras gula darah rawak [9].

Pengambilan serbuk habbatus sauda pula di dapati boleh menurunkan paras kolesterol total, trigliserida (lemak dalam darah) dan kolesterol LDL (kolesterol jahat) bagi pesakit diabetes [10].

8. Cara Makan Habbatus Sauda untuk Jangkitan Bakteria

Habbatus sauda juga boleh membantu merawat jangkitan bakteria H. pylori pada saluran pencernaan yang boleh mengakibatkan ulser (luka) [11].

Bakteria H.pylori boleh menyebabkan banyak penyakit berkaitan sistem pencernaan termasuklah ulser peptik, gastritis dan kanser perut.

Cadangan dos dan tempoh penggunaan:

  • 500 miligram serbuk habbatus sauda (dalam bentuk kapsul)
  • Dimakan 2 butir, 2 kali sehari selepas makan
  • Diamalkan selama 1 bulan

9. Cara Makan Habbatus Sauda untuk Kesuburan Lelaki

Bagi lelaki yang mempunyai masalah kesuburan, habbatus sauda turut boleh membantu merawat masalah ini.

Khasiat ini dapat dilihat dalam satu kajian yang melibatkan 68 orang lelaki tidak subur. Pengambilan minyak habbatus sauda meningkatkan jumlah air mani dan pergerakan sperma [12].

Cadangan dos dan tempoh penggunaan:

  • 2.5 mililiter minyak habbatus sauda
  • Dimakan 2 kali sehari
  • Amalkan selama 2 bulan

Peringatan

  • Bagi wanita mengandung atau menyusukan anak: Pengambilan habbatus sauda dalam makanan pada kadar yang sedikit adalah selamat. Tetapi, sekiranya diambil pada jumlah yang tinggi seperti dalam ubat atau suplemen, ia mungkin TIDAK SELAMAT. Habbatus sauda boleh memperlahankan atau menghentikan rahim daripada mengecut.
  • Gangguan perdarahan: Habbatus sauda mungkin boleh melambatkan pembekuan darah dan meningkatkan risiko perdarahan.

Kesan Sampingan

  • Habbatus sauda adalah selamat dimakan apabila digunakan sedikit sebagai penambah rasa dalam makanan.
  • Habbatus sauda dalam bentuk suplemen pada kadar yang tinggi mungkin selamat digunakan sehingga 3 bulan.
  • Maklumat keselamatan adalah terhad bagi pengambilan habbatus sauda pada dos yang tinggi dan jangka masa yang lama.
  • Sesetengah orang mungkin mengalami kesan sampingan seperti sakit perut, muntah-muntah atau sembelit.
  • Sesetengah orang juga mungkin mengalami alahan terhadap habbatus sauda ini.

Rujukan
  1. Barakat, E. M. et al. (2013). Effects of Nigella sativa on outcome of hepatitis C in Egypt. World journal of gastroenterology.
  2. Gheita, T. A., & Kenawy, S. A. (2012). Effectiveness of Nigella sativa oil in the management of rheumatoid arthritis patients: a placebo controlled study. Phytotherapy research.
  3. Hadi, V. et al. (2016). Effects of Nigella sativa oil extract on inflammatory cytokine response and oxidative stress status in patients with rheumatoid arthritis: a randomized, double-blind, placebo-controlled clinical trial. Avicenna journal of phytomedicine.
  4. Işik, H. et al. (2010). Potential adjuvant effects of Nigella sativa seeds to improve specific immunotherapy in allergic rhinitis patients. Medical principles and practice.
  5. Lebda FM. et al (2012). Effect of Nigella sativa on hemodynamics, hemoglobin, and blood coagulation in patients with type 2 diabetes. Egypt J Haematol.
  6. Salem, A. M. et al. (2017). Effect of Nigella sativa supplementation on lung function and inflammatory mediatorsin partly controlled asthma: a randomized controlled trial. Annals of Saudi medicine.
  7. Ansari, M. et al. (2011). NAGILLA SATIVA : A NON-CONVENTIONAL HERBAL OPTION FOR THE MANAGEMENT OF SEASONAL ALLERGIC RHINITIS. Pakistan Journal of Pharmacology.
  8. Nikakhlagh, S. et al. (2011). Herbal treatment of allergic rhinitis: the use of Nigella sativa. American journal of otolaryngology.
  9. P N R Rachman et al. (2017). The efficacy of black cumin seed (Nigella sativa) oil and hypoglycemic drug combination to reduce HbA1c level in patients with metabolic syndrome risk. IOP Conf. Ser.: Mater. Sci. Eng. 
  10. Kaatabi, H. et al. (2012). Favorable impact of Nigella sativa seeds on lipid profile in type 2 diabetic patients. Journal of family & community medicine.
  11. Salem, E. M. et al. (2010). Comparative study of Nigella Sativa and triple therapy in eradication of Helicobacter Pylori in patients with non-ulcer dyspepsia. Saudi journal of gastroenterology : official journal of the Saudi Gastroenterology Association.
  12. Kolahdooz, M. et al. (2014). Effects of Nigella sativa L. seed oil on abnormal semen quality in infertile men: a randomized, double-blind, placebo-controlled clinical trial. Phytomedicine.
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

Comments are closed.

Pilihan Editor

khasiat bunga cengkih

10 Khasiat Bunga Cengkih Yang Anda Perlu Tahu (+Kajian)

28/02/2025

Produk Kosmetik Terbaru Mengandungi Racun 4 Mei 2021

04/05/2025
pokok betik

7 Khasiat Betik Berdasarkan Kajian Sains

13/08/2025
anggur

7 Khasiat Biji Anggur Termasuk Ekstrak Biji Anggur

12/08/2025

Artikel Terkini

Khasiat Pucuk Ubi Kayu (+Bahaya Yang Wujud)

By JiwaSihat12/10/2025

Makanan yang Boleh Membantu untuk Melawan Kemurungan

By JiwaSihat11/10/2025

Khasiat Jambu Air untuk Kesihatan (Menurut Kajian)

By JiwaSihat10/10/2025
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

©2019-2021 JiwaSihat. Hak Cipta Terpelihara.
  • Jenama Kami
  • KlinikMinda

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.