• Laman Utama
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang
    • Minuman & Manisan
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Sayur-sayuran
    • Serat Diet
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Petua
    • Rawatan
  • Hubungi Kami
Twitter Pinterest YouTube
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang
    • Minuman & Manisan
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Sayur-sayuran
    • Serat Diet
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Gandum: Punca, Simptom dan Rawatan

    17/03/2021

    12 Tanda Tak Tolerans Gluten Yang Anda Perlu Tahu

    09/03/2021

    Alahan Kafein: Punca, Simptom dan Rawatan

    15/02/2021

    Alahan Ubat: Punca, Simptom dan Rawatan

    13/02/2021

    8 Jenis Alahan Makanan Yang Lazim Berlaku

    25/12/2020
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Petua
    • Rawatan
  • Hubungi Kami
JiwaSihat
Home»Petua»Cara Hilangkan Sedu Berpanjangan: Cuba 20 Kaedah Ini
Petua

Cara Hilangkan Sedu Berpanjangan: Cuba 20 Kaedah Ini

Iskandar Zulkarnain, MScBy Iskandar Zulkarnain, MSc27/02/2021Updated:28/02/20215 Mins Read
Kongsi
Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

Sedu atau dalam bahasa Inggerisnya, hiccups adalah kontraksi diafragma yang berlaku tanpa kerelaan. Sedu boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dan selalunya akan hilang dengan sendirinya. Tetapi ada juga yang mengalami sedu yang berpanjangan. Oleh itu, kami senaraikan 20 cara hilangkan sedu dan sedu yang berpanjangan ini.

Biasanya jika bayi atau kanak-kanak mengalami sedu, orang-orang tua kata ia petanda hendak besar.

Dari segi perubatan sedu ini terjadi mungkin disebabkan oleh seseorang itu makan terlalu banyak atau terlalu cepat, minum minuman bergas atau berkarbonat, minum arak atau teruja secara tiba-tiba.

Lazimnya, sedu ini tidaklah berpanjangan dan akan hilang dengan sendirinya atau setelah dilakukan petua-petua untuk menghilangkannya.

Namun, jika sedu ini berpanjangan melebihi 2 hari iaitu 48 jam. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Sedu itu mungkin menjadi petanda kepada penyakit lain yang memerlukan rawatan.

cara hilangkan sedu

Petua atau Cara Hilangkan Sedu

Walaupun tiada bukti secara saintifik, terdapat banyak petua atau cara yang boleh dicuba untuk menghilangkan sedu ini.

Cara atau Teknik Menggunakan Anggota Badan

1. Tekan tapak tangan

Gunakan ibu jari dan picit ditengah-tengah tapak tangan sebelah lagi. Tidak kira jari kanan atau jari kiri.

Makin kuat, makin baik. Rasa sakit atau tidak selesa ini akan menganggu sistem saraf yang boleh menghilangkan sedu.

2. Peluk lutut

Duduk di satu tempat yang selesa. Rapatkan lutut ke dada anda dan peluk selama 2 minit.

3. Tekan dada

Tekan dada anda dengan membongkok ke hadapan yang mana akan menekan diafragma anda.

4. Urut bahagian leher

Urut bahagian arteri karotid di kedua-dua belah leher anda. Arteri ini terletak dibahagian yang biasanya kita letakkan jari untuk memeriksa nadi.

Telengkan kepala ke kiri dan urut arteri ini dibahagian kanan dengan urutan membulat selama 5 hingga 10 saat. Begitu juga dengan sebelah kiri.

5. Jelirkan lidah

Jelir lidah boleh merangsang saraf dan otot di bahagian kerongkong mengatasi kekejangan yang disebabkan oleh sedu. Lakukan beberapa kali.

6. Tahan nafas

Tarik nafas yang dalam, tahan selama 10 hingga 20 saat. Hembus secara berlahan-lahan. Ulang jika perlu.

7. Bernafas dalam bag kertas

Tekup mulut dan hidung menggunakan bag kertas. Bernafas secara perlahan-lahan. Berhenti sebelum anda rasa pening.

8. Tutup telinga

Tutup kedua-dua lubang telinga anda menggunakan jari selama 20 hingga 30 saat. Atau anda boleh menekan bahagian lembut di belakang cuping telinga.

9. Gunakan meneuver Valsalva

Untuk melakukan gerakan atau maneuver ini, cuba menghembus nafas di samping memicit hidung dan menutup mulut.

Kaedah ini boleh juga digunakan untuk mengeluarkan semut yang masuk ke dalam lubang telinga.

10. Tekan bahagian diafragma

Diafragma ialah bahagian yang memisahkan paru-paru dan abdomen anda. Tekan di bahagian bawah tulang rusuk terakhir anda.

11. Urut bahagian belakang leher

Mengurut dibahagian belakang leher boleh merangsang saraf frenik anda.

Cara Minum atau Makan Sesuatu

Terdapat juga cara atau petua yang menggunakan minuman atau makanan untuk menghilangkan sedu.

12. Minum air sejuk

Minum air sejuk atau air kosong secara perlahan-lahan. Meminum air sejuk ini boleh merangsang saraf vagus anda. Minum segalas (250 ml) atau lebih.

Kaedah ini adalah antara cara yang berkesan untuk hilangkan sedu.

13. Hisap ais

Hisap ketulan ais selama beberapa minit dan telan setelah ia menjadi kecil.

14. Makan sesudu madu

Makan sesudu madu, benarkan ia larut dalam mulut seketika sebelum menelannya.

15. Makan sedikit gula

Letakkan sedikit atau sesudu teh gula ke atas lidah anda, kemam selama 5 hingga 10 saat dan telan.

16. Berkumur dengan air sejuk

Berkumur dengan air sejuk selama 30 saat dan ulanginya beberapa kali.

17. Gigit potongan buah lemon atau limau

Gigit potongan buah lemon atau limau nipis. Berkumur setelah mengigit buah ini bagi melindungi gigi daripada asid sitrik.

Cara Hilangkan Sedu yang Ada Laporan Perubatan Mengenainya

Terdapat juga laporan kes atau laporan perubatan mengenai cara menghilangkan sedu walaupun agak janggal.

18. Urutan rektum

Urutan di bahagian rektum atau dubur ini dilaporkan dalam satu laporan kes mengenai pesakit pankreatitis yang mengalami sedu berterusan yang sukar dihentikan. Sedu itu berjaya dihentikan dengan serta-merta setelah urutan rektum dilakukan [1].

Untuk melakukan urutan ini, gunakan sarung tangan getah (surgical gloves) dan pelincir. Masukkan jari ke dalam lubang dubur dan urut.

19. Hubungan intim

Terdapat juga laporan kes yang melibat seorang lelaki yang mengalami sedu selama 4 hari. Sedu tersebut hilang selepas lelaki tersebut melakukan hubungan intim [2].

20. Urutan endoskop

Terdapat laporan kes yang menggunakan kaedah urutan endoskop di bahagian kardium iaitu di bahagian esofagus bersambung dengan perut. 34 orang pesakit mengalami sedu kira-kira selama 10 hari dan kesemuanya berjaya dirawat menggunakan kaedah ini [3].

Bila Perlu Berjumpa Doktor

Pada kebiasaanya, sedu ini hanya berlaku sekitar beberapa minit atau jam sahaja. Ia akan hilang dengan sendiri atau setelah dilakukan beberapa petua mudah, ia akan beransur hilang.

Namun, jika anda sering mengalami sedu atau mengalami sedu yang berpanjangan lebih daripada 2 hari, sila dapatkan rawatan daripada doktor.

Sedu ini mungkin menjadi satu petanda atau simptom kepada penyakit-penyakit lain seperti:

  • Strok
  • Penyakit refluks gastroesofagus (GERD)
  • Sklerosis berbilang
  • Jangkitan COVID-19 [4]

Terdapat juga beberapa ubat yang mungkin diberikan oleh doktor bagi merawat sedu yang berpanjangan dan sukar difahami. Antaranya [5]:

  • Baclofen
  • Gabapentin
  • Matoclopramide
  • Chlorpromazine

Rujukan
Rujukan
  1. Odeh, M. et al. (1990). Termination of intractable hiccups with digital rectal massage. Journal of internal medicine.
  2. Peleg, R., & Peleg, A. (2000). Case report: sexual intercourse as potential treatment for intractable hiccups. Canadian family physician Medecin de famille canadien.
  3. Beda, B. Y. et al. (1993). Arrêt du hoquet persistant de l’adulte par manoeuvres endoscopiques [Stopping persistent hiccups in the adult by endoscopic maneuver]. Annales de gastroenterologie et d’hepatologie.
  4. Prince, G., & Sergel, M. (2020). Persistent hiccups as an atypical presenting complaint of COVID-19. The American journal of emergency medicine.
  5. Steger, M. et al. (2015). Systemic review: the pathogenesis and pharmacological treatment of hiccups. Alimentary pharmacology & therapeutics.
  • Corinne Osborn .(2017). How to Get Rid of Hiccups. Healthline [diakses pada 9 Februari 2021].
  • Mayo Clinic Staff. (2017). Hiccups. MayoClinic [diakses pada 9 Februari 2021].
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

ARTIKEL BERKAITAN

Cara Memutihkan Kulit Tanpa Produk Kosmetik

01/03/2021

10 Cara Melebatkan Rambut Dengan Berkesan

01/02/2021

10 Cara Turunkan Paras Gula Dalam Darah Yang Mudah

25/01/2021

Comments are closed.

Pilihan Editor

Kayap: Punca, Simptom, Rawatan dan Pantang Larang

01/01/2021
makanan rendah karbohidrat

10 Makanan Tinggi Serat Rendah Karbohidrat

17/01/2020

Peluh Berlebihan (Hiperhidrosis): Ketahui Punca & Rawatan

02/06/2020

10 Khasiat Daun Parsley Yang Menarik Yang Anda Perlu Tahu

23/11/2020

Artikel Terkini

6 Khasiat Kuaci Bunga Matahari Untuk Kesihatan

By JiwaSihat19/04/2021

Kanser Usus: Tanda Yang Perlu Anda Awasi & Pencegahannya

By JiwaSihat17/04/2021

Khasiat Bunga Lawang Untuk Kesihatan Disokong Oleh Kajian

By JiwaSihat15/04/2021
Twitter Pinterest YouTube RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
©2019-2021 JiwaSihat. Hak Cipta Terpelihara.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.