Rawatan

Cara Hilangkan Bau Ketiak: Amalkan 8 Petua Ini

Pinterest LinkedIn Tumblr

Mungkin ramai yang mengalami masalah ketiak berbau ini. Walaupun tidak membahayakan, ketiak berbau mendatangkan masalah keyakinan diri bagi individu yang mengalami masalah ini. Artikel kali ini menerangkan beberapa cara hilangkan bau ketiak yang boleh diamalkan.

Punca Ketiak Berbau

Badan manusia diliputi oleh kelenjar peluh. Peluh adalah proses yang perlu bagi menyejukkan badan terutamanya ketika anda bersenam atau berasa panas.

Bau ketiak adalah berpunca daripada kelenjar peluh dalam badan. Terdapat dua jenis kelenjar peluh iaitu kelenjar ekrin dan kelenjar apokrin.

Kelenjar ekrin terdapat hampir seluruh badan dan terdedah pada permukaan kulit. Apabila suhu badan meningkat, kelenjar ini akan merembeskan cecair untuk menyejukkan badan.

Kelenjar apokrin pula terdapat dibahagian yang berbulu seperti di ketiak dan groin (selangkang). Kelenjar ini akan mengeluarkan cecair keruh apabila anda tertekan (stres). Cecair ini tidak berbau sehingga ia bercampur dengan bakteria di kulit anda.

cara hilangkan bau ketiak

Petua atau Cara Hilangkan Bau Ketiak

Rawatan atau cara untuk menghilangkan bau ketiak ini bergantung kepada punca atau tahap keterukan bau tersebut. Penyelesaian mudah bagi masalah ketiak berbau ini mungkin boleh di atasi dengan penggunaan deodoran dan ubat antipeluh belian kaunter.

  • Deodoran: Deodoran boleh menyingkirkan bau tetapi tidak menghalang peluh. Kebiasaanya, deodoran ini berasaskan alkohol yang meningkatkan keasidan kulit bagi menyukarkan bakteria bau untuk hidup di bahagian ketiak anda.
  • Ubat atau agen antipeluh: Agen antipeluh ini boleh menghalang atau mengurangkan peluh yang berlebihan pada kulit.

Terdapat juga beberapa petua atau cara yang boleh diamalkan untuk menghilangkan bau ketiak. Antaranya adalah:

1. Cukur Bulu Ketiak

Bulu ketiak boleh memerangkap lembapan dan mewujudkan satu persekitaran yang ideal untuk bakteria membiak. Mencukur secara berkala boleh mengawal bau ketiak atau badan.

2. Pakai Pakaian Yang Bersih

Tabiat memakai pakaian yang telah dipakai terutamanya pakaian yang sudah terkena peluh adalah tabiat yang salah. Pakai yang sudah terkena peluh dan tidak dibasuh menjadi tempat pembiakan bakteria yang disebabkan peluh.

Oleh itu, untuk mengatasi masalah bau ketiak ini, pakai pakaian bersih. Salin dan basuh pakaian yang telah digunakan terutamanya sekiranya anda melakukan senaman dan berpeluh.

3. Pakai Pakaian yang Menyerap Peluh

Pakai pakaian yang menyerap peluh seperti kain kapas dapat membantu menyerap peluh dari badan anda dan membolehkan kulit untuk bernafas.

Untuk aktiviti riadah atau bersukan, anda boleh memilih untuk memakai pakaian fabrik sintetik yang boleh menyerap kelembapan pada badan anda.

4. Sapukan Cuka Epal

Cuka epal mempunyai ciri-ciri antibakteria. Ini boleh membunuh bakteria yang menyebabkan bau busuk di ketiak. Penggunaan cuka epal yang konsisten boleh mengatasi masalah ketiak berbau.

Cara penggunaan:

  • Tuangkan sedikit cuka epal dalam mangkuk.
  • Celup kapas ke dalam cuka ini dan sapukan di bahagaian ketiak.
  • Amalkan 2 kali sehari pada waktu pagi dan malam.

*Peringatan: Jangan gunakan cuka ini sebaik sahaja selepas bercukur.

Cuka epal boleh di dapati secara atas talian – Beli cuka epal online

5. Baking Soda (Soda Penaik)

Baking soda boleh membantu menghilangkan bau ketiak dengan mengekalkan ketiak sentiasa kering dan tidak berpeluh. Baking soda turut mempunyai ciri-ciri antibakteria. Penggunaannya boleh melawan bakteria penyebab bau di ketiak tersebut.

Cara penggunaan:

  • Ambil sesudu makan baking soda.
  • Campurkan ke dalam sesudu makan jus lemon.
  • Sapukan di bahagian ketiak dan biarkan sekitar 2-3 minit.
  • Kemudian, cuci bahagian tersebut atau mandi.
  • Amalkan sekali sehari.

6. Jus atau Air Perahan Lemon

Seperti cuka epal, jus lemon juga mempunyai keasidan yang tinggi. Keasidan lemon ini boleh merendahkan pH kulit ketiak seterusnya menyukarkan bakteria bau dari terus hidup di bahagian ini.

Cara penggunaan:

  • Ambil separuh daripada buah lemon.
  • Gosokkan dibahagian ketiak.
  • Biarkan sehingga lembapan akibat jus lemon ini mengering, kemudian bilas dengan air bersih.
  • Sekiranya kulit anda sensitif, campurkan jus lemon dengan ini dengan separuh cawan air. Sapukan ke bahagian ketiak menggunakan kapas.
  • Amalkan sekali sehari.

*Nota: Selain lemon, boleh juga menggunakan limau nipis atau limau purut.

7. Aloe Vera

Aloe vera atau pokok lidah buaya adalah tumbuhan yang kaya dengan antioksidan dan mempunyai ciri-ciri antibakteria. Oleh itu, menggunakan penggunaan Aloe vera boleh membantu menyingkirkan bakteria yang menyebabkan bau ketiak.

Cara penggunaan:

  • Ambil sedikit gel Aloe vera menggunakan jari anda dan sapukan terus ke bahagian ketiak.
  • Biarkan semalaman dan cuci keesokan harinya.
  • Amalkan sekali sehari.

Gel Aloe vera boleh didapati secara atas talian – Beli Aloe Vera gel Online

8. Hidrogen Peroksida (Hydrogen Peroxide)

Hidrogen peroksida banyak digunakan kerana sifat antiseptiknya. Ia kebiasaannya digunakan untuk mencegah jangkitan pada luka kecil atau digunakan sebagai pembilas mulut. Hidrogen peroksida boleh digunakan untuk membunuh bakteria yang menyebabkan bau badan atau ketiak anda.

Cara penggunaan:

  • Ambil sesudu teh 3% hidrogen peroksida dan campurkan ke dalam secawan air (240 ml).
  • Sapukan campuran ini ke bahagian ketiak menggunakan kapas.
  • Boleh dilakukan ketika anda berpeluh.

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Sekiranya pelbagai kaedah telah digunakan untuk menghilangkan bau ketiak ini, namun tidak berjaya. Anda mungkin patut berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat preskripsi yang lebih kuat.

Bagi mereka yang kuat berpeluh atau berpeluh berlebihan daripada orang biasa. Masalah ini dikenali sebagai hiperhidrosis. Penghidap hiperhidrosis biasanya berpeluh secara berlebihan di bahagian tapak tangan, kaki, ketiak dan muka.

Sekiranya, anda mengalami masalah ini, berjumpa dengan doktor adalah jalan terbaik untuk mendapatkan rawatan yang sesuai.

Kesimpulan

Terdapat beberapa petua atau cara hilangkan bau ketiak yang boleh diamalkan di rumah. Selain daripada mengamalkan rawatan di rumah ini, penjagaan kebersihan diri juga sedikit sebanyak boleh membantu.

Selain itu, amalkan gaya hidup sihat dan mengurus tekanan dengan baik bagi mengelakkan anda berpeluh berlebihan.

Rujukan

Write A Comment