JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan & Kecergasan
  • Berita
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Produk Terbaik
    • Suplemen
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang & Legum
    • Minuman & Manisan
    • Minyak
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Serat Diet
    • Sayur-sayuran
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Debunga: Gejala, Punca dan Rawatan

    30/07/2022

    6 Tanda Tak Toleran Laktosa Yang Anda Perlu Tahu

    04/07/2022

    Alahan Terhadap Kulapuk atau Kulat: Gejala, Punca dan Rawatan

    21/06/2022

    Apa itu Alahan Kasein? Punca, Simptom dan Rawatan

    29/10/2021

    Alahan Bijan: Alahan Yang Boleh Menjadi Sangat Serius

    30/08/2021
  • Kesihatan & Kecergasan

    Tidur Selepas Makan: Adakah Baik atau Tidak?

    23/07/2022

    Keracunan Makanan: Gejala, Punca dan Rawatan

    19/07/2022

    Senaman Untuk Orang Semput (Asma)

    14/07/2022

    10 Kelebihan Berbasikal Untuk Kesihatan dan Kecergasan

    06/07/2022

    Fakta Mengenai Warna Air Kencing: Ini yang Anda Perlu Tahu

    17/06/2022
  • Berita

    Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

    11/08/2022

    BL Skincare dan Biela Beauty Mengandungi Racun Berjadual

    04/07/2022

    Air Zam Zam Dilarang Dijual Di Malaysia

    01/07/2022

    Mentega Kacang Jenama Jif Tercemar dengan Bakteria Salmonella

    30/05/2022

    JAKIM Menggantung Lesen Loji Sembelihan Australia

    15/05/2022
  • Alat
    • Kalkulator Kalori
  • Hubungi
JiwaSihat
Laman Utama > Buah-buahan > 16 Buah-buahan Tinggi Kandungan Gula
Buah-buahan

16 Buah-buahan Tinggi Kandungan Gula

By JiwaSihatUpdated:19/09/20215 Mins Read

Buah-buahan adalah pilihan makanan yang sihat dalam diet seimbang. Walau bagaimanapun, terdapat buah-buahan yang tinggi dengan kandungan gula. Buah-buahan jenis ini harus dikawal pengambilannya terutamanya kepada mereka yang menghidap diabetes atau mereka yang sedang berdiet untuk menurunkan berat badan.

Pada asasnya, pemakanan yang mengandungi buah-buahan adalah baik dan sihat. Namun, terdapat sesetengah buah-buahan agak tinggi dengan kandungan gula. Ini menyebabkan golongan yang menghidap penyakit kencing manis atau diabetes harus mengawal pengambilan buah-buahan ini.

Bagi mereka yang mengamalkan diet rendah karbohidrat seperti diet keto atau diet Atkins, buah-buahan jenis ini juga tidak sesuai untuk dimakan.

Meskipun begitu, gula dalam buah adalah berbeza daripada jenis gula yang digunakan dalam makanan seperti gula-gula, coklat, ais krim atau kek.

Gula dalam buah-buahan segar lazimnya terdiri daripada fruktosa. Berdasarkan satu ulasan kajian dan analisis, gula jenis ini tidak memberikan kesan yang ketara terhadap paras gula darah, insulin atau trigliserida seseorang [1].

Langkah terbaik bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis adalah dengan mengambil buah-buahan ini dengan kadar yang sederhana dan tidak berlebihan.

buah-buahan tinggi kandungan gula

Berikut adalah senarai buah-buahan yang tinggi kandungan gula.

1. Mangga / Mempelam

Kandungan gula: 13.7 gram bagi setiap 100 gram buah mangga.

Sebiji buah mangga seberat kira-kira 330 gram boleh mengandungi kira-kira 46 gram gula. Gula dalam buah mangga ini terdiri daripada 50% sukrosa diikuti oleh 34% fruktosa dan selebihnya adalah glukosa.

2. Anggur

Kandungan gula: 15.5 gram bagi setiap 100 gram buah anggur.

Buah anggur adalah antara buah yang mudah untuk terlebih dimakan. Secawan buah anggur hijau atau merah seberat 150 gram pula boleh mengandungi gula sebanyak 23.2 gram gula.

3. Ceri

Kandungan gula: 12.8 gram bagi setiap 100 gram buah ceri manis.

Terdapat 2 jenis buah ceri yang biasanya diimport iaitu ceri masam (tart cherry) dan ceri manis (sweet cherry). Satu hidangan ceri biasanya seberat 140 gram menggandungi 17.9 gram gula yang terdiri daripada 52% glukosa diikuti 42% fruktosa dan sedikit sukrosa.

4. Pir

Kandungan gula: 9.8 gram bagi setiap 100 gram buah pir.

Sebiji buah pir bersaiz sederhana seberat 178 gram mengandungi kira-kira 17.4 gram gula. Terdiri daripada majoritinya fruktosa dan sedikit glukosa serta sukrosa.

5. Tembikai

Kandungan gula: 6.2 gram bagi setiap 100 gram buah tembikai.

Sepotong tembikai seberat 286 gram mengandungi 17.7 gram gula yang majoritinya adalah fruktosa dan diikuti oleh sukrosa dan glukosa.

Walaupun tembikai tinggi dengan gula, buah ini diketegorikan sebagai buah yang mempunyai muatan glisemik yang rendah. Ini bermakna pengambilan tembikai memberi kesan minima terhadap paras gula darah.

6. Buah Tin / Ara

Kandungan gula: 16.3 gram bagi setiap 100 gram buah tin.

Sebiji buah tin dengan diameter kira-kira 5 cm mengandungi 8.15 gram gula.

7. Pisang

Kandungan gula: 12.2 gram bagi setiap 100 gram buah pisang.

Sebiji pisang bersaiz sederhana iaitu sekitar 17 cm panjang dan berat seberat 118 gram mengandungi 14.4 gram gula. Gula ini terdiri daripada fruktosa dan glukosa dan sedikit sukrosa.

8. Laici

Kandungan gula: 15.2 gram bagi setiap 100 gram buah laici.

Satu cawan (190 gram) buah laici mengandungi 29 gram gula.

9. Buah Markisa

Kandungan gula: 14.2 gram bagi setiap 100 gram buah markisa.

Buah markisa juga adalah antara buah-buahan yang tinggi kandungan gula. Biasanya buah ini dijadikan jus atau jem yang berkemungkinan besar akan meningkatkan kadar gulanya akibat gula tambahan.

10. Delima

Kandungan gula: 13.7 gram bagi setiap 100 gram buah delima.

Sebiji buah delima bersaiz (10cm diameter) yang mempunyai berat kira-kira 282 gram mengandungi gula sebanyak 38.6 gram.

Buah delima juga turut dijadikan jus. Jus delima juga tinggi dengan kadar gula dan pengambilannya haruslah dikawal.

11. Nangka

Kandungan gula: 19.1 gram bagi setiap 100 gram buah nangka.

12. Durian Belanda

Kandungan gula: 13.5 gram bagi setiap 100 gram buah durian belanda.

13. Epal

Kandungan gula: 13.3 gram bagi setiap 100 gram buah epal fuji.

Kandungan gula: 11.8 gram bagi setiap 100 gram buah epal gala (royal gala).

Kandungan gula: 12.2 gram bagi setiap 100 gram buah epal red delicious.

14. Kurma

Kandungan gula: 66.5 gram bagi setiap 100 gram buah kurma medjool.

Sebiji kurma seberat 24 gram tanpa biji mengandungi gula sebanyak 16 gram. Terdiri daripada glukosa dan fruktosa serta sedikit sukrosa.

15. Rambutan

Kandungan gula: 13.6 gram bagi setiap 100 gram buah rambutan.

5 biji buah rambutan seberat 84.5 gram mengandungi kira-kira 11.5 gram gula.

16. Cempedak

Kandungan gula: 22.4 gram bagi setiap 100 gram buah cempedak.

Setiap 5 ulas cempedak seberat 75 gram mengandungi kira-kira 16.8 gram gula.

Rumusan

Senarai buah-buahan ini adalah antara buah-buahan yang tinggi dengan kandungan gula.

Walaupun buah-buahan ini tinggi dengan kandungan gula, tidak bermakna buah-buahan ini tidak baik. Hal ini kerana, buah-buahan ini masih mengandungi serat, mineral dan vitamin yang mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan badan.

Malah, buah-buahan ini lebih baik daripada produk-produk yang mengandungi gula seperti gula-gula, minuman berkarbonat, jus, kek atau coklat.

Bagi penghidap diabetes jenis 2, pengawalan terhadap jumlah buah yang dimakan adalah pilihan yang lebih baik berbanding terus menghentikan pengambilan buah-buahan dalam diet harian.

Rujukan
  • U.S. Department of Agriculture, Agricultural Research Service. FoodData Central, 2019. fdc.nal.usda.gov.
  • Malaysian Food Composition Database. 1997. https://myfcd.moh.gov.my/myfcd97/
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email
ARTIKEL TERKINI

Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula Dari Pasaran Malaysia

11/08/2022

Makanan dan Minuman Untuk Merawat Kencing Kotor (Petua)

11/08/2022

Badan Sering Lesu? Anda Mungkin Kekurangan 6 Nutrien Ini

08/08/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang JiwaSihat adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • KlinikMinda
  • SihatAfiat

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.