Alahan terhadap makanan laut adalah alahan paling kerap kita dengar atau ketahui. Kebiasaannya terjadi kepada kanak-kanak dan tidak mustahil untuk terjadi kepada orang dewasa.

Alahan kepada makanan laut seperti kerang-kerangan boleh terjadi akibat daripada makanan yang telah kita makan sebelum-sebelumnya tanpa sebarang masalah.

tanda alahan makanan laut

Apakah Jenis Makanan Laut yang Harus Anda Jauhi Jika Mempunyai Alahan?

Terdapat banyak jenis kategori makanan laut yang boleh dimakan, namun kebiasaannya alahan berlaku terhadap makanan laut berasaskan kerang-kerangan seperti:

  1. Udang halus
  2. Ketam
  3. Udang karang
  4. Kerang
  5. Tiram
  6. Sotong
  7. Kupang
  8. Kepah

Kebanyakan orang yang alah terhadap sejenis makanan laut akan turut mempunyai alahan terhadap jenis yang lain. namun ada juga yang hanya alah terhadap sejenis makanan laut sahaja.Contohnya seperti alah kepada udang tetapi boleh makan sotong.

Walau bagaimanapun, selalunya doktor akan menasihatkan mereka yang mempunyai alahan ini untuk mengelakkan segala jenis makanan laut yang berasaskan kerang-kerangan.

Apakah Tanda-tanda Alahan Terhadap Makanan Laut?

Alahan ialah kesan tindak balas yang memudaratkan daripada sistem imunisasi badan terhadap beberapa jenis makanan yang dianggap berbahaya kepada badan (1).

Tanda-tanda atau gejala alahan berlaku dengan cepat dalam tempoh beberapa minit hingga kurang dari 2 jam selepas makan. Kebanyakan berlaku dalam beberapa minit.

Antara tanda-tanda atau gejala alahan terhadap makanan laut ialah:

  • sakit perut yang memulas
  • loya dan muntah
  • cirit-birit
  • rasa sesemut dalam mulut
  • kesesakan atau kesukaran bernafas
  • gatal-gatal pada kulit
  • ekzema (radang pada kulit yang menampakkan kemunculan lelehan,sisik atau keruping dan menyebabkan pesakit gatal dan resah)
  • bengkak pada muka, bibir, lidah, kerongkong,telinga, jari atau tangan
  • pening atau pitam

Tidak balas alahan atau alergi yang teruk dikenali sebagai anafilaksis. Tindak balas ini boleh membawa kepada kematian . Tindak balas anafilaksis ini memerlukan rawatan cepat dan diagnosa oleh doktor.

Antara tanda dan gejala anafilaksis adalah:

  • bengkak di mulut dan kerongkong yang menyebabkan kesukaran bernafas
  • denyutan nadi menjadi laju
  • pening yang teruk atau tak sedarkan diri
  • tekanan darah rendah

Bagaimana Merawat Alahan Terhadap Makanan Laut?

Bagi kes yang telah dikenalpasti elakkan pengambilan makanan laut yang menyebabkan alahan tersebut.

Ramai doktor menyarankan mereka mempunyai alahan teruk (anafilaksis) ini membawa sendiri andrenalin atau epinephrin dalam bentuk jarum atau pen khusus jika berlaku kecemasan.

Bagi mereka yang mengalami alahan biasa seperti gatal-gatal bolehlah mendapatkan rawatan daripada doktor atau mengambil ubat anthihistamin.

Mencegah lebih baik dari mengubati. Maka bagi mereka yang telah mengetahui bahawa mereka alahan terhadap makanan jenis ini, jalan yang terbaik ialah mengelakkan dari memakanannya.

Write A Comment