Alahan

Alahan Terhadap Sengatan Serangga: Tanda dan Rawatan

Pinterest LinkedIn Tumblr

Kemaskini Terakhir Pada

Alahan terhadap sengatan serangga biasanya disalah tafsirkan dengan reaksi sengatan biasa. Dengan mengetahui perbezaan antara reaksi sengatan dan reaksi alahan terhadap sengatan boleh mengelakkan kita daripada kebimbangan yang tidak perlu.

Terdapat tiga peringkat reaksi sengatan serangga dan ia berbeza mengikut individu (1).

Peringkat pertama (normal): Tindak balas normal berlaku yang menyebabkan kesakitan, bengkak dan kemerahan di sekeliling gigitan atau sengat.

Peringkat kedua (setempat): Tindak balas setempat menyebabkan kemerahan dan bengkak yang merebak kira-kira 4 inci daripada kawasan sengatan selepas beberapa hari. Ia sepatutnya bertambah baik selepas 5 hingga 10 hari.

Peringkat ketiga (alahan): Tindak balas yang serius akibat sengatan dikenali sebagai anafilaksis. Keadaan ini memerlukan rawatan segera.

alahan sengatan serangga

Sengatan serangga yang boleh menyebabkan alahan

Terdapat 3 keluarga serangga yang boleh menyebabkan alahan. Mereka adalah:

  • Vespidae: tebuan, penyengat
  • Apidae: lebah madu, bumblebee (jarang-jarang)
  • Formicidae: Semut api, semut kebun

Gigitan serangga ini boleh menyebabkan alahan tetapi jarang berlaku:

  • Nyamuk
  • Pepijat
  • Lalat rusa

Tanda-tanda alahan terhadap sengatan

Alahan ialah reaksi yang paling serius bagi kes sengatan atau gigitan serangga. Tanda atau gejala alahan akibat sengatan serangga termasuklah (2):

  1. Gatal-gatal dan bengkak di kawasan selain daripada kawasan sengatan.
  2. Kejang perut, muntah, loya atau cirit-birit.
  3. Sukar bernafas dan rasa ketat di dada.
  4. Suara menjadi serak, bengkak lidah atau kerongkong atau sukar untuk menelan.

Bagi alahan yang teruk yang dikenali sebagai anafilaksis, rawatan segera diperlukan. Antara tanda-tanda alahan pada tahap anafilaksis ialah:

  1. Pening atau tekanan darah menurun mendadak.
  2. Pengsan atau tidak sedarkan diri.
  3. Jantung terhenti.
  4. Nadi lemah atau berdenyut pantas.

Rawatan kepada alahan sengatan

Bagi tindak balas biasa hingga sederhana, sengatan serangga ini boleh dirawat di rumah.

  • Basuh kawasan sengatan dengan sabun dan air bersih untuk menyingkirkan bisa sebanyak mungkin.
  • Letakkan ais atau pek ais di kawasan sengatan untuk mengurangkan bengkak.
  • Pastikan kawasan sengatan bersih dan kering bagi mengelakkan jangkitan.
  • Balut jika perlu.

Krim atau losyen seperti hydrocortisone dan calamine boleh digunakan jika kawasan sengatan menjadi gatal atau berlaku iritasi. Ubat antihistamin juga boleh digunakan.

Bagi reaksi atau alahan teruk seperti anafilaksis, rawatan segera diperlukan. Suntik EpiPen (epinefrin) jika dibawa bersama. Kemudian bawa mangsa ke hospital berdekatan segera.

Rawatan untuk tindak balas alahan yang teruk ini termasuklah:

  • tambahan epinefrin bagi menenangkan sistem imunisasi.
  • CPR jika pernafasan terhenti seketika.
  • oksigen, steroid atau ubat untuk memulihkan pernafasan.
  • pemberian ubat seperti antihistamin, corticosteroids dan cecair intravena.

Mereka yang mempunyai sejarah alahan terhadap sengatan serangga haruslah sentiasa membawa EpiPen (epinefrin) jika melawat kawasan yang berpotensi mempunyai serangga-serangga seperti tebuan,lebah, penyengat dan semut api.

Write A Comment