• Laman Utama
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang
    • Minuman & Manisan
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Sayur-sayuran
    • Serat Diet
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Petua
    • Rawatan
  • Hubungi Kami
Twitter Pinterest YouTube
JiwaSihat
  • Laman Utama
  • Nutrisi
    • Bijirin & Bijian
    • Buah-buahan
    • Diet & Pemakanan
    • Ikan & Daging
    • Kekacang
    • Minuman & Manisan
    • Produk Tenusu
    • Rempah & Herba
    • Sayur-sayuran
    • Serat Diet
    • Vitamin & Mineral
  • Alahan

    Alahan Gandum: Punca, Simptom dan Rawatan

    17/03/2021

    12 Tanda Tak Tolerans Gluten Yang Anda Perlu Tahu

    09/03/2021

    Alahan Kafein: Punca, Simptom dan Rawatan

    15/02/2021

    Alahan Ubat: Punca, Simptom dan Rawatan

    13/02/2021

    8 Jenis Alahan Makanan Yang Lazim Berlaku

    25/12/2020
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Petua
    • Rawatan
  • Hubungi Kami
JiwaSihat
Home»Alahan»Alahan Gandum: Punca, Simptom dan Rawatan
Alahan

Alahan Gandum: Punca, Simptom dan Rawatan

JiwaSihatBy JiwaSihat17/03/2021Updated:01/04/20214 Mins Read
Kongsi
Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

Alahan gandum ialah tindak balas alahan terhadap makanan yang mengandungi gandum. Sesetengah orang mungkin mengalami alahan apabila makan makanan yang mengandungi gandum dan sesetengah orang mengalami alahan ini apabila tersedut tepung gandum.

Menurut kajian, kelaziman alahan ini di negara-negara Asia-Pasifik adalah pada julat 10.4 % hingga 26.1%. Walaupun secara umumnya alahan ini amat jarang berlaku terutamanya di negara-negara Asia-Pasifik, tetapi alahan ini adalah antara penyebab anafilaksis di rantau ini.

Alahan gandum adalah berbeza dengan penyakit seliak atau tak tolerans gluten. Alahan gandum berlaku apabila badan menghasilkan antibodi terhadap protein yang terkandung dalam gandum.

Manakala, penyakit seliak atau tak tolerans gluten pula ialah kedua-dua penyakit ini bertindak balas terhadap protein khusus yang terkandung dalam gandum iaitu gluten. Penyakit seliak lebih kepada tindak balas sistem imun badan yang tidak normal.

alahan gandum

Punca Alahan Gandum

Alahan gandum berpunca daripada tindak balas sistem imun terhadap protein-protein yang terkandung dalam gandum iaitu albumin, gluten, globulin dan gliadin.

Protein-protein gandum ini boleh terkandung dalam pelbagai jenis makanan, antaranya adalah:

  • Roti
  • Serbuk roti
  • Kek
  • Mufin atau baulu
  • Kuih
  • Biskut
  • Pasta
  • Kicap
  • Sosej
  • Aiskrim
  • Pewarna semulajadi
  • Kuskus

Mereka yang alahan terhadap gandum berkemungkinan besar juga akan mengalami alahan terhadap barli, oat atau rye.

Anafilaksis Berpunca Daripada Senaman

Bagi kes-kes yang ganjil atau sangat jarang berlaku. Terdapat segelintir individu yang menghidap alahan ini yang memperlihatkan simptom-simptom hanya selepas mereka bersenam, beberapa jam selepas makan makanan yang mengandungi gandum.

Senaman tersebut mencetuskan tindak balas alahan atau memburukkan tindak balas sistem imun terhadap protein gandum. Keadaan ini biasanya menyebabkan anafilaksis.

Faktor Risiko

Terdapat 2 faktor risiko yang meningkatkan keberangkalian untuk seseorang itu menghidap alahan ini iaitu:

  • Keturunan. Anda berisiko tinggi untuk menghidap alahan ini sekiranya ada ahli keluarga anda menghidap alahan makanan atau asma.
  • Usia. Alahan makanan jenis ini lazim berlaku dalam kalangan kanak-kanak kerana sistem imun mereka masih belum matang.

Simptom-simptom atau Gejala

Mereka yang mengalami alahan ini akan mengalami simptom-simptom atau gejala berikut:

  • Bengkak, gatal-gatal dan iritasi di bahagian mulut dan kerongkong
  • Gatal-gatal, kemerahan dan ruam pada kulit
  • Hidung tersumbat
  • Sukar bernafas
  • Loya atau muntah
  • Cirit-birit
  • Sakit kepala

Bagi kes-kes yang teruk yang membawa kepada anafilaksis, beberapa simptom yang boleh diperhatikan adalah:

  • Bengkak di kerongkong
  • Sakit atau rasa ketat di dada
  • Kesukaran bernafas yang teruk
  • Sukar untuk menelan
  • Rasa pening
  • Pitam atau pengsan
  • Tekanan darah rendah
  • Urtikaria (kulit membengkak, menebal merah dan gatal-gatal)

Anafilaksis boleh mengancam nyawa, dapatkan rawatan kecemasan sekiranya terdapat simptom-simptom anafilaksis ini.

Rawatan

Rawatan terbaik untuk alahan ini ialah menghindari gandum. Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk menghindari gandum sepenuhnya. Gandum digunakan dalam banyak makanan atau produk makanan.

Oleh itu, ubat-ubatan mungkin diperlukan untuk mengendalikan alahan gandum ini sekiranya anda tersilap makan makanan yang mengandungi gandum.

Ubat-ubatan

  • Antihistamin. Ubat antihistamin boleh membantu mengurangkan simptom-simptom atau gejala yang berlaku.
  • Epinefrin. Ubat epinefrin ini ialah rawatan kecemasan untuk anafilaksis. Sekiranya anda adalah golongan berisiko tinggi untuk terkena anafilaksis, anda perlu membawa 2 dos epinefrin bersama-sama anda setiap masa.

Terapi

  • Oral Immunotherapy

Kaedah rawatan ini ialah pendekatan terbaru dalam merawat alahan ini. Kaedah ini melibatkan pendedahan pesakit kepada protein gandum secara berperingkat. Bermula dengan dos yang kecil dan meningkat sedikit demi sedikit.

Tujuan terapi ini adalah untuk menjadikan badan tidak sensitif terhadap protein-protein gandum.

Kajian terbaru yang diterbitkan pada tahun 2019 melaporkan bahawa kaedah terapi ini berjaya menyahpekaan mereka yang menghidap alahan ini sehingga 50% setelah setahun menjalani terapi ini.

Langkah-langkah Pencegahan

Menghindari makanan atau produk yang mengandungi gandum masih menjadi pilihan utama atau langkah pencegahan terbaik buat mereka yang mempunyai alahan makanan jenis ini.

Selain itu, terdapat beberapa langkah pencegahan lain yang boleh dilakukan bagi mengurangkan risiko anda terdedah kepada protein gandum secara tidak sengaja.

  • Baca label. Baca label produk sebelum anda membeli atau memakannya. Protein gandum seperti gluten banyak digunakan dalam produk makanan.
  • Beli makanan bebas gluten. Beli makanan yang dilabelkan sebagai bebas gluten.
  • Maklumkan kepada orang lain. Pastikan ahli keluarga atau rakan-rakan anda mengetahui bahawa anda alah terhadap gandum. Sekiranya anak anda menghidap alahan ini, pastikan guru atau penjaganya dimaklumkan bagi memastikan mereka bersedia sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

Rujukan

Rujukan

  • Ashtari, S. et al. (2019). Prevalence of gluten-related disorders in Asia-Pacific region: a systematic review. Journal of gastrointestinal and liver diseases : JGLD.
  • Scherf, K. A. et al. (2016). Wheat-dependent exercise-induced anaphylaxis. Clinical and experimental allergy : journal of the British Society for Allergy and Clinical Immunology.
  • Nowak-WÄ™grzyn, A. et al. (2019). Multicenter, randomized, double-blind, placebo-controlled clinical trial of vital wheat gluten oral immunotherapy. The Journal of allergy and clinical immunology.
  • Mayo Clinic Staff. (2020). Wheat allergy. MayoClinic [diakses pada 26 Februari 2021].
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

ARTIKEL BERKAITAN

12 Tanda Tak Tolerans Gluten Yang Anda Perlu Tahu

09/03/2021

Alahan Kafein: Punca, Simptom dan Rawatan

15/02/2021

Alahan Ubat: Punca, Simptom dan Rawatan

13/02/2021

Comments are closed.

Pilihan Editor

Khasiat Cendawan Shiitake Yang Perlu Anda Tahu

15/03/2021
gamat

5 Khasiat Gamat Dan Potensi Untuk Kesihatan

31/01/2020

10 Makanan Untuk Melancarkan Darah

15/11/2020
aloe vera

Kegunaan Aloe Vera Yang Boleh Anda Manfaatkan

24/01/2020

Artikel Terkini

6 Khasiat Kuaci Bunga Matahari Untuk Kesihatan

By JiwaSihat19/04/2021

Kanser Usus: Tanda Yang Perlu Anda Awasi & Pencegahannya

By JiwaSihat17/04/2021

Khasiat Bunga Lawang Untuk Kesihatan Disokong Oleh Kajian

By JiwaSihat15/04/2021
Twitter Pinterest YouTube RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
©2019-2021 JiwaSihat. Hak Cipta Terpelihara.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.