About

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog peribadi saya, Jiwa Sihat. Blog ini diwujudkan pada tahun 2019, bertujuan mengisi masa terluang dan juga merupakan sebahagian daripada hobi dan minat saya. Sebenarnya, saya bermula berblog pada tahun 2009, namun terhenti seketika pada tahun 2012 dek kerana kesibukan bekerja pada masa itu. Jadi minat dan hobi ini terhenti seketika sehinggalah tahun ini, 2019. Nama saya Zulkarnain dan saya merupakan seorang usahawan berkelulusan ijazah sarjanamuda sains (geologi) dan ijazah sarjana geofizik. Bidang yang saya usahakan sekarang.

Blog ini merupakan sebahagian daripada minat saya yang suka mengetahui apa yang terkandung dalam pemakanan (nutrisi) seharian kita. Dalam blog ini saya akan kumpulkan seberapa banyak yang mungkin maklumat – maklumat dari sumber yang sahih mengenai khasiat pemakanan yang selalu kita makan atau dengar.

Sebenarnya, pemakanan turut mempunyai pengaruh terhadap sikap dan keperibadian kita. Walaupun tidak 100%, namun ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi aktiviti seharian kita. Sama ada menjadi seorang yang rajin, cergas, pemalas atau seorang yang panas baran. Dalam Islam sendiri menekankan pemakanan yang halal lagi bersih (halalan toyibba) serta jumlah yang sesuai dimakan oleh umat Islam. Oleh itu, bahagian motivasi (yang turut dikongsi di sini) sedikit sebanyak boleh dikaitkan dengan pemakanan kita.

Topik motivasi dan pembangunan diri ini merupakan salah satu topik yang turut menjadi minat dan pedoman bagi diri saya sendiri. Perkongsian di sini diharap turut dapat membantu sesiapa sahaja yang membacanya.

Wallahu a’lam.